Sunday 29 July 2012

tawar menawar

kasut kulit(tak kulit sangat pon tapi pvc je)yang aku pakai pergi sekolah dah teruk sangat dah. bayangkan pvc yang menyelaputi kasut dah terkopek. buruk gila. jadi warna kelabu kasut aku. itupon aku yakin pakai selama seminggu aku berpraktikum dekat sekolah. tak yakin der. malu bila masa sambutan perpisahan seorang cikgu tu, semua cikgu kena duduk atas pentas. lepastu aku pulak kena duduk dekat barisan kedua hadapan. plus kitaorang cikgu baru. budak2 suka sangat tengok atas bawah. kalau buruk sengih.

tak pe. tahan seminggu je. tunggulah sabtu ahad ni. aku nak borong kasut kulit dekat downtown perda. downtown je? yes. itu je yang aku mampu. nak beli kasut kulit yang brand new tak mampu weyh. kena jadi pembantu CEO sendayu tinggi pulak. bundle pon ok. kadang2 barang bundle pon ok. cantik angat(muntah hijau).

sampai di downtown parking jauh2 sebab kalau parking dekat diaorang dah kenakan charge rm3. dulu tak de. sekarang dah ada. apacer? bulan2 puasa korang tahu  orang ramai pergi. terus korang charge parking. kitaorang satu kereta sanggup parking jauh2 dan gigih jalan kaki dengn satu hasrat untuk membeli kasut kulit. pusing2 downtown dan sampai di satu kedai suami isteri lingkungan umur 50 or 60-an. aku jumpa kasut yang aku nak. satu rm 35 dapat kurang rm30 dan satu kasut lagi rm45 dapat kurang rm40. bila tambah jadi rm70.

ralph lauren kawan. tapi bundle aje.huhu


aku nak murah lagi. rm60! tak dapat. rm 65 paling murah diaorang boleh kasi. tak dapat juga rm60. aku pon ape lagi. merengek macam bayi kawak. 

boleh lah mak cik. boleh lah pak cik...rm60..rm5 tu kira duit raya lah.. boleh lah cik..boleh lah..

aku dapat bayangkan mesti meluat gila pasangan suami isteri tu. tapi aku pembeli, aku mahukan yang termurah. ye idak? dalam masa yang sama aku dok tawar menawar tu. kawan coursemate(merangkap haousemate) aku datang kedai yang sama. disebabkan malu dan meluat yang menggunung dengan aku. diaorang hulurkan rm5 kepada aku. thanks kawan. setiap kali aku pakai kasut tu ke sekolah. banyak pahala yang akan kau peroleh(wah). lepasni ramai lah yang nak hulurkan duit kepada aku. hiuhiu. aku ambil dan keluarkan rm10 + rm 50 pinjam mie + rm5 duit orang bagi. bayar! tersenyum lebar suami isteri tu.

tak pasal2 balik tu kena basuh dengan housemate aku sebab aku tak malu pergi tawar menawar sebegitu rupa. kita kena fikir juga orang berniaga ni nak keuntungan. takkan kita pembeli nak murah je. kalau kita pembeli beli dengan harga modal peniaga. mana nak dapat untung weyh? sentap sekejap dan sedar. betul juga. kadang2 kita ni(aku juga) selfish dalam tawar menawar. kita tak sedar kita terlalu mahukan yang murah sehingga lupa periuk nasi peniaga. modal nya. sewa kedainya. makan minum lagi.

maafkan saya peniaga.

rasa berbaloi aku tawar menawar untuk kasut yang macam ni. heh!

Saturday 28 July 2012

cuai

tergamam sekejap dalam hidup bulan2 puasa ni apabila mendapat satu panggilan dari bank. tengah2 nyenyak tidur tiba2 ada orang call. angkat dan dengar ayat ni.


maaf mengganggu encik. saya dari Bank......


apakah? otak aku dah ligat memikirkan perkara buruk. ye lah. selalunya kalau orang bank call mesti ada kes orang cash out duit banyak2 dari kad atm kau atau engkau telah dimanipulasi oleh orang lain atau kawan baik kau curi kad atam kau nak beli hadiah hari jadi kau. heh! takutnya.then, orang bank tu cakap kad atm aku kena telan. huh? biar betul? aku capai wallet dan cari kad atm aku. tak da. terus beristifar aku dalam phone tu. subhanallah, astaghfirullahhalazim. sengih pula orang dalam telefon tu. abaikan. aku dah cuak gila. dah lah aku baru je bank in duit rumah sewa dalam bank tu. gila. memang gila.

aku tak dapat fikir panjang. aku terus suruh abang tu cek baki dalam akaun tu. alhamdulillah, masih amaun yang sama. kalau hilang semua. mana nak ganti woi. aku kena jadi CEO sendayu tinggi kot baru boleh ganti(itu melampau). alhamdulillah. lega. isnin ni diaorang suruh pergi ambil kad atm dekat bank. 

itu lah bila difikirkan balik. aku memang cuai satu malam tu. petang tu kitaorang collect duit rumah. malam aku pergi bank in. aku kononnya selaku bendahari agung rumah padahal semua orang menolak untuk pegang duit sebab takut terguna walhal aku pon sama juga terpaksa sukarela simpan duit tu. masa bank in kan duit rumah sewa tu aku dah terfikir dah jangan tinggal kad. nanti tak pasal2 ada masalah. but it end up dengan benda yang aku fikirkin. aku bank in duit, aku ambil resit dan blah macam tu. aku lupa nak ambil kad. oh sangat bagus. memang saja nak tinggalkan kad biar orang seterusnya jadi aku kayo, aku kayo.wuhuuu. 

tepuk dahi. hang cuai. memang cuai.

Wednesday 25 July 2012

putrajaya challenge park presint 5(taman cabaran)


sudah 3 tahun rupanya Putrajaya Challenge Park(PCP) ni dibuka. aku tahu pon around last year sebab pak su aku ada bagitahu dia pergi wall climbing dengan kawan2 dia. macam best. detik hati. tapi seganlah nak ikut diaorang. tak sangka pula time reunion 5 suku hari tu, kembar ajak pergi main wall climbing. akhirnya! kalau tak aku lupa langsung pasal tempat tu.

kedudukan PCP ni memang rumit sikit. mungkin sebab tu ramai orang tak datang kot. mungkin kalau orang yang tahu pon akan datang sekali sekala sebab nun jauh di ceruk putrajaya. mercu tanda yang akan memudahkan anda dan anda untuk pergi ke sana ialah tanah perkuburan putrajaya. lepastu anda akan bertemu dengan round-about then straight dont belok2 sebab round-about tu ada 2 cabang je. masa kami pergi haritu pon tak ramai orang. eh! tak de orang lagi menggambarkan suasana pada masa itu melainkan yang ada abang jurulatih dan mak guard juga kami 4 berempat. mula2 ingat tak buka. tetap gigih keluar kereta even kalau tutup nak pergi ambil gambar dekat front gate.

ok. mungkin ada yang berminat untuk melakukan extreme activities baik bersama rakan taulan mahupon family. better dari kita pergi mengelamun tak tentu pasal. sengih2 depan lap top sorang2. mari kita mengamalkan gaya hidup sihat juga berpeluh yang akan mengeluarkan toksin dari badan. bila toksin keluar, sistem dalaman badan akan lebih baik. bila dalaman baik, luaran juga akan beransur baik seterusnya cakap selamat datang kulit yang cantik. eh!

sedikit info. PCP terletak di presint 5. berdekatan dengan presint 20. pastu kalau nak senang lagi pergi PCP ni, pastikan anda sentiasa alert dengan papan tanda yang bertulis taman cabaran. kalau focus dan tidak jakun pandang keliling anda mungkin akan sampai di PCP dengan selamat dan jayanya.

apa je ada dekat PCP ni?
ok let me tell you. PCP ini ada banyak facilities seperti:

skatepark(skateboard, bmx dan inline) bagi yang yang selalu petang2 bawak skateboard ke jalan yang tinggi sikit atau berbukit lepastu naik atas skateboard dan tolak pakai tangan. anda boleh beralih kepada cabaran yang lebih sukar di PCP ini. why not? try lah. takkan asyik nak main dengan adik suruh dia tolak je kan.

mtb tracks(cross country, freeride dan downhill), bagi pengunjung dan penduduk putrajaya yang tidak pernah merasa suasana desa. ada dijemput ke sini untuk cross country. desa lah kot.

wall climbing(speed, boulder dan lead) yang ini aku buat. wall climbing ni ade dua side for beginners A dan beginners B(superior). huh? tak faham. ok let me explain. beginners A ialah wall yang simple dan rendah je. tidak memerlukan tali tetapi sangat mencabar. aku dah cuba. tak sampai separuh dinding pon aku mampu panjat sebab wall tu condong. kalau tangan kau kuat mampu bertahan dan mencengkam. engkau hebat hebak.

Beginners A

Beginners B ialah wall yang tinggi dan memerlukan tali dalam climbing. tak nak tali pon tak pe. itu kalau kau ada 10 nyawa lagi dalam peti ais. bagi kita2 yang beginners ni aku cadangkan try both A and B. kenapa? kalau yang A(basic) kau akan cepat bosan, lol daki je kot. untuk lebih cabaran, extreme dan taruhan nyawa di hujung tanduk. lets try B. tinggi dan extremely extreme!

Beginners B

fun park(bmx dan mtb). adik-adik bmx yang suka buat konvoi time merdeka boleh lah ke fun park ni praktis tambah tenaga nak konvoi merdeka yang akan menjelma tak lama lagi.

masa bila buka dan bila pula nak tutup?
operating hours PCP for skatepark from monday to thursday ialah dari 10 pgi hingga 7 malam, jumaat hingga ahad pula dari pukul 10 juga hingga 11 malam.
wall climbing, sunday to thursday dari jam 10 pagi hingga 8 malam, manakala rabu, jumaat dan sabtu bermula 10 pagi hingga 10 malam(shift kilang, tercabut tangan  abang jurulatih tu)
mtb tracks dan fun park monday to sunday 10 pagi hingga 7 malam.


kalau nak masuk bayar berapa?
kalau baca dekat brochure dia. diaorang tulis the cheapest entry fee in th world. in the world! worldddd. jerit sebab biar betik? gila kentang murah kan. berapa? ok for public rm6 dan for student rm3(sila pakai uniform sekolah untuk murah. *kidding* bring along your student card and yes! you will get the student price). namun begitu. ada namun, berbeza untuk wall climbing. pembayaran adalah berbeza jika anda mahukan seperti:



kurang jelas. meh aku terangkan. di ruangan flash itu tertulis climbing rope, bawahnya pula harness, climbing shoes, chalk bag dan belay device.


ha. dah boleh jadi duta PCP aku ni. ok lah sebarang pertanyaan sila layari putrajaya challenge park dan berhubung dengan pihak mereka secara terus. enjoy! fun! extreme!

Tuesday 24 July 2012

ramadan 2012

puasa kedua dah kena balik penang. penat. masa hari pertama puasa tak penat sangat sebab tenaga dan lemak yang ada dalam badan masih dapat menampung keperluan badan. tapi bila masuk hari kedua. owh memang tak tahan. tenaga dan segala kekuatan lemak(gemuk ke?) telah digunakan sepenuhnya pada sebelah pagi. sebelah petang pula sepanjang perjalanan pulang adalah masa melentok. letih baq hang. pastu time berbuka makan macam besok there is tomorrow.

malam ahad hari tu tidur awal sebab mata tak dapat menampung keagresifan mulut bercakap berkongsi pengalaman sepanjang bersama rakan taulan 5 hari cuti. mulut juga memohon hendak berehat. please. ok. untuk menghentikan segala proses yang memenatkan ialah tidur. known as recharge. plus besoknya ialah hari pertama aku berpraktikum semester ini di Sekolah Kebangsaan Mohd Shah. sekolah kampung tapi gempak.

"Naim! bangun sahur!" kejut roommate. tidak terhenti di situ. "dah nak habis sahur!". melompat aku dari tilam tengok jam. Subhanallah(wah! bagus. bulan puasa kan. kalau tak OMG je memanjang) aku tengok jam menunjukkan 5 48. imsak 5 42 subuh 5 52. jerit kejut housemate lain terus capai kurma rotab bisik yusufff taiyub fuhhh. walaupon tak kumur tak berus gigi. tiada masa untuk pembersihan di waktu genting. sempat telan kurma 2 biji dan meneguk 2 gelas air. diikuti dengan azan subuh sesudah tegukan terakhir. Alhamdulillah berjaya bersahur walaupun hujung tanduk. kan sunnah melewatkan sahur mempercepatkan berbuka. ecece.

bersiap untuk menghadapi hari pertama praktikum. tiba awal di sekolah. first impression. haruslah bagus.  aku dan 3 orang kawan lain disambut baik. cikgu2 sekolah ni mesra, menyapa dan senyum. duduk dekat pejabat menebeng 4 orang tunggu guru besar konon nak beramah mesra tapi beliau ada hal then PK Hem jemput kitaorang menghadiri perhimpunan rasmi sekolah. luar biasa dari kebiasaan. ada perasmian minggu Panitia Pendidikan Islam. tengah2 ustazah tazkirah dekat perhimpunan, tiba2 ada budak lelaki pakai topi naik basikal lalu belakang perhimpunan dan pergi ke hadapan stage. apakah? tiba2 je kan. ustazah pula tak pandai nak main peranan. terus cakap ada posto datang. alololo sedih. patutnya ustazah buatlah macam terkejut. kenapa ni? awat hang mai naik basikal ni? hang tak posa ka? hang minum ayaq todi ka? hahaha


then budak tu naik atas stage dan serahkan hadiah dekat PK Hem. PK Hem buka hadiah yang berisi martol(sebab kecil kalau besar hammer. ye ke?). motif hadiah martol kan? nak ketuk kepala budak tu tetiba naik atas stage ke? tiba2 lagi ada seorang cikgu datang dari belakang stage bawa tudung salji. lah! tudung salji pula. aku time tu mampu gelak je sebab benda yang berlaku tu macam surprise, surprise dan surprise. tudung salji diletakkan atas meja stage. buka2 ada ketul ais. wah semua murid boleh ke depan beratur untuk minum titisan ais yang cair. hakhak. tak da lah. puasa kot. 


lepastu PK hem guna martol tu ketuk ais ketul tu untuk ambil barang dalam ais tu. ada barang? apa benda pula? macam2. gelak lagi. kali ni terbahak2. tak tahan dah. macam2 gimik sekolah ni buat sepanjang nak merasmikan program. bila dah berjaya dipecahkan ais, barang yang ditunggu2 ialah gunting. gunting? banyak betul persoalan. nak gunting reben yang ikat banner lepastu nanti bila dah gunting banner jatuh then semua orang bertepuk tangan macam Justin Bieber datang Malaysia. walhal perasmian minggu Panitia Pendidikan Islam. 


kenangan yang manis dan seronok. semoga perjalanan kami berpraktikum di sekolah ini berjalan lancar. dimudahkan cara. amin.....

Sunday 22 July 2012

reunion farabians otaku yang 5 suku

the more the merrier. siapa cakap idiom tu betul? aku kurang setuju. boleh kau nak membantah idiom yang telah digunakan sekian lama sejak lahirnya dinasour. cuba bayangkan reunion yang sepatutnya disertai seramai 22 orang tetapi hanya ada 4 orang sahaja. sedih juga rindu dengan otaku-otaku 5 suku yang lain. tapi aku sebagai kawan sejati teman yang dicari-cari sangat memahami keadaan diaorang. rata-rata budak kelas 5 suku ni berjaya with flying colours. semua nak terbang keluar dari Malaysia. over the sea ok. hanya aku dan few persons je yang tinggal untuk study di Malaysia dan menabur bakti di tanah tumpah darahku ini. ye lah, kalau dah semua ke sana, siapa yang nak study dekat Malaysia ni kan. lepastu tak kan lah diaorang yang study abroad ni nak balik Malaysia semata-mata nak join reunion ni. gila ke hape.

tapi jangan dijadikan alasan sedikit itu tidak meriah. owh reunion yang berlangsung selama tiga hari ini sangat havoc, meriah dengan aktiviti yang pelbagai, padat dan mampat. makan-makan yang macam-macam. mengamuk. jerit. gelak. PENAT

Day 1

kanak-kanak ribena ini tiba di rumah "teratak ramada"(rumah aku) lebih kurang pukul 12 malam. mula2 kata sampai around 10 pm. katanya. tapi kita semua ni melayu. tak melayulah kalau datang tepat waktu(ampun!haha). masuk rumah salam2 then aku terus bawa diaorang pergi lepak mamak sebab kalau dekat mamak kau gelak mengilai macam pontianak orang tak kisah. kalau dekat rumah kau gelak macam hantu raya, mengilai macam pontianak lepastu kena ketuk kepala sorang2 dengan berus jamban. kena redha. orang nak tidur kat buat kecoh kan!

pulang ke rumah dan menonton telefilem Cik Paris Diva Kampung dan tidur berirama seperti gambar di atas.

Day 2

muka tak cukup tidur, tidur pukul 4 bangun pukul 7 dan bersarapan di kedai roti canai paling famous di Kampung Sungai Ramal Dalam. mimik muka dilakukan mengikut kehendak photographer*padahal candid. hodoh sungguh

menikmati roti canai dan kekal ayu.

merah muka aku sebab menahan malu ambil gambar 4 orang. duduk rapat2 sebab nak muatkan dalam frame lepastu semua orang pandang sengih2. tak pe. lepasni tak maw datang dah. haha

berada di The Mines pada tengah harinya. gambar diambil selepas menonton wayang dalam keadaan 'anda memang benganggg'(slot hot fm) tapi masih tersenyum yang ikhlas(kan?)

kalau bengang ubatnya makan. jom makan KFC, KFC kan ada lunch treat. jimat sikit untuk aktiviti seterusnya yang memakan belanja besar. macam lah KFC murah kan? 

lepas dah makan. jalan2 dalam The Mines. shopping. tiba2 aman berdehem.ehem ehem. ok faham. tekak gatal. jom karaoke. karaoke dekat sini mahal dan lagu tak berapa nak update tetapi puas hati sebab menyanyi banyak lagu, tak sempat nak habiskan satu lagu sebab rasa tak masuk dengan key suara masing2(wah wah!), tukar lagu lain dan feeling2 stacy menyanyi sambil menari padahal nyanyian ke laut. jauh dalam 7 batu.

akhirnya dapat minum chatime(sengetkan kepala ke kiri). dah lama mengidam. akhirnya dapat juga minum walaupon elaun tak masuk lagi.

syaqiir belanja makan big apple. oh tidak. kami bayar sendiri. syaqiir belanja 50 sen setiap seorang. TQ syaqiir, nanti belanja 50 sen lagi. 50 sen. 50 sen(aisyah 50 sen, astro ria)

setiap aktiviti mesti ada gambar berempat. kalau bertiga orang kate suwey (betul ke?)


drive pulang ke rumah, senyum walaupon poket kering.

makan malam terakhir di rumah aku. rasa nak raya time ni sebab mak masak rendang. rendang terbaik. sedap. kalau tak sedap tak bertambah2 kanak2 ribena ini.

Day 3(last day)

rock the wall climbing di Taman Cabaran, Putrajaya Challenge Park. besok nak puasa dah. mari berpenat-penatan hari ini. 

penat gila main wall climbing ni. kitaorang tak dapat main yang edventureous punya sebab tak ramai pekerja time ni. ada sorang je. mahu patah tulang dia nak tarik sorang2.

berguling2 atas tilam ala2 kuch2 hotak hey.hakhak(geli tengok aku, scroll down bawah cepat2)

akan ke sini lagi suatu hari nanti. sebelum tu nak built up muscle biar ketul2. kuatkan tangan baru boleh sampai ke puncak tertinggi. tak de lagi jatuh melepek atas tilam sebab tak larat nak berpaut pada dinding.

reunion yang sangat indah walaupon 4 orang sahaja, kenangan terindah. semoga berjumpa lagi nanti kawan2 dunia akhirat. bukan sekadar kawan tetapi sahabat.

Saturday 21 July 2012

hak kita

aku tengok certia Batman hari tu memang best, tapi ada dua trajedi tak best semasa dan selepas aku menonton cerita tu. ending cerita batman yang gempak berakhir dengan ke-emo-an aku sebab skrin masa 10 minit nak habis tu buat hal. boleh tak skrin ada garisan tengah. terbahagi dua. gambar yang dekat bawah naik atas dan gambar yang di atas turun bawah. bila part ada close-up muka batman, muka batman di bahagian atas tiba2 tanduk batman yang sejemput yang comel tu dekat bawah. macama mana tu?

pelik bukan bila wayang sebegini rupa. aku time dah tak khusyuk nak habiskan cerita ni. aku dok fikir nak pergi hambur je dekat kaunter tu nanti*emo tak pasal* cuba bersabar.

nampak tak. mata di atas. tiba2 dahi dekat bawah. ini sangat unik.

tengok. aku tahu ambil gambar dalam wayang tak dibenarkan tetapi aku ambil gambar ni sebagai bukti sebab lepas habis wayang tu kitaorang cepat2 pergi serbu hambur kaunter tiket buat havoc. marah2 manja sebab skrin jadi macam tu.

yang itu trajedi semasa, yang selepas tayangan pula. macam biasa bila dah habis wayang semua penonton akan jadi macam kambing2 comel masuk kandang, meluru keluar sebab masing2 tak tahan nak kencing yang ditahan selama mana cerita itu berjalan. cerita batman makan masa 3 jam. biru agaknya pundi kencing aku menahan dan menampung air kencing. rugi wo kalau tertinggal 5 saat scene cerita tu., semua penting(wah promote lagi). trajedi malang ke dua ialah bila semua dah menonong nak keluar, mungkin kami tak perasan pihak wayang ada suruh keluar ikut jalan lain termasuk aku, tapi aku tengok semua orang ikut jalan itu je. aku dan kawan2 aku follow je lah. sampai ke pintu keluar. tolak pintu. OMG. tapak tangan masing jadi hitam. pintu keluar tu baru cat. ingat menjelma jadi batman lepas tengok batman. melekit je tangan tolak pintu. rupa2nya tangan kitaorang kena cat. geram kuasa dua.

ini bukan rancangan hi 5 yang kanak-kanak tu, tapi kitaorang nak tunjuk yang tangan kitaorang kena cat sebagai bukti debat dengan kaunter tiket wayang.


terus lupa nak kencing ke apa sebab nak buat aduan cepat2 dekat kaunter pasal skrin yang separuh dan pintu yang baru cat tak ada notis. tapi aku pelik. aku rasa aku dan kawan2 aku je yang gigih pergi buat report sebab sepanjang tempoh yang lama aku buat aduan tu, tunggu manager tak keluar2. tak de seorang pon yang berani mati yakin datang kat kaunter buat aduan melainkan kitaorang yang tegar kononnya human right. tapi memang our right! kami bayar. diaorang tak kisah ke diaorang dah habiskan RM13 tapi tengok skrin wayang yang separuh dan tangan masing hitam2 kena cat? oh malaysian, khusus mereka yang pergi tengok wayang haritu. kita perlu bertindak untuk beri pengajaran agar perkara ini tidak berlaku lagi. kalau bukan kita yang mambantu diaorang untuk sedar, siapa lagi? mat salleh? ke pak salleh? lagi malu. jangan malu jangan segan. tegakkan hak anda. anda takkan rugi. kami tidak rugi sebab kami dapat tengok wayang free lagi sekali. syukur.

Thursday 19 July 2012

BATMAN the dark knight rises


tidak ke kau dapat merasai keterujaan untuk menonton filem ini? sangat awesome kan? hari ini aku berkesempatan menonton filem Batman the dark knight rises. aku pergi The Mines dengan 3 orang kawan yang baru pulang dari perantau untuk berjimba dan salah satu aktiviti berjimba ialah menonton wayang. guess how much the ticket? RM 13. tak terkejut masa nak bayar? kejung kejap. awat mahal sangat? dah standard harga tiket wayang kat pavillion dan Wangsa Walk je. tak pe. filem first day tayang. reason accepted. tapi tetap tak puas hati. harga student price tak de ke?(oh my english! dah harga, price pula tu). ada tapi not available for the first day tayangan. ok foine. dah alang2 kitaorang gigih beratur dan bersoal jawab panjang lebar. kitaorang beli aje.

cerita Batman ini wajar ditonton. even aku dah korbankan RM13 untuk menonton wayang di mana kalau pergi hari rabu dah boleh tengok 2 wayang lepastu baki seringgit tambah lagi 5 sen dah boleh makan ais krim mcd sundae yang sedap dap dap. filem ini sangat awesome. dah berapa kali aku guna perkataan awesome ini bermakna filem ini memang awesome. rentetan kepada filem sebelumnya yang logik dan tepat pada landasan. lakonan Christian Bale(batman dan bruce wayne), Michael Caine(Alfred Pennyworth), Gary Oldman(James Gorson), Anne Hathaway( catwoman dan Selina Kyle) Tom Hardy(Bane)Marion Cotillard(Miranda Tate / Talia Al Ghul)Joseph Gordon-Levitt(Robin John Blake) dan Morgan Freeman(Lucius Fox). gigih sungguh copy nama pelakon dan juga wataknya. tak pe demi batwan adiwira di zaman baru2 nak naik dulu.

setiap pelakon telah memberikan lakonan yang mantap sehingga kau akan rasa macam cerita ni memang betul2 wujud. sesungguhnya lakonan Christian Bale sebagai Batman dan Anne Hathaway sebagai catwoman sangat meninggalkan kesan dalam menjadikan cerita ini lebih gempak sebab catwoman cinta bertepuk sebelah tangan at first dan end up with beranak pinak*tipu* nak tahu macam mana kena tengok. aksi2 dalam cerita kali ini juga padat dan mendebarkan sampaikan aku gigit bibir dan tumbuk tangan geram. lepastu tutup2 mata sebab ngeri. owh kena tengok sendiri. kau juga pasti akan suka tetapi mengikut selera tersendiri. tak perlu panjang lebar aku nak ceritakan takut hilang pula "fun" nak tengok cerita ni. akhak bagi seratus peratus(ala2 kak nita dalam tari menari). aku bagi 4 setengah bintang. nak kasi 5 bintang perfect sangat pula kan. enjoy the movie. anda tidak akan menyesal. kalau menyesal boleh maki di ruangan comment*ampun*

batman di usia remaja

batman di usia senja tetapi masih muda(?)

biar betul gadis semanis ini catwoman. lincah gila Anne Hathway dalam cerita ini. tak sia2 dia amalkan diet, senaman 5 kali seminggu, kelas tarian dan latihan stunt bagi membangunkan watak catwoman. keep it up. good job kakak Anne.haha

catwoman yang better dari catwoman hally berry. tak boleh lupa seluar hally barry carik2 kena cakar kucing agaknya. catwoman katakan

eh! tiba2 catwoman post gambar malam pertama.ops.

KTM komuter

negara kita pada zaman era globalisasi kian membangun kini sedang mengalami ikilim yang tidak menentu. kalau pagi tadi sejuk dan nyaman je. tak sempat nak hirup udara yang sejuk dan nyaman tu dah panas terik. tengok jam baru pukul 9 30 pagi. kenapa panas sangat ni? inilah yang dikatakan global warming. pemanasan global yang berlaku disebabkan kita, kita, kita dan kita(jari menuding ke arah empat penjuru). terasa tak? aku? ya! engkau dan aku juga.

kenapa? sebab kita tak nak share kenderaan dengan orang lain. kita nak naik kereta asing2 pergi mana2. senang nak bergerak. tak nak susahkan orang. disebabkan nak bergerak asing2 dan tak nak menyusahkan orang itulah kita telah melepaskan banyak karbon monoksida seterusnya menyebabkan asap yang mengandungi bahan2 berbahaya meruap ke atas. lepastu hujan, hujan tersebut dinamakan sebagai hujan asid dan boleh menyebabkan permasalahan kulit kalau terkena air hujan tersebut. time tu kalau pakai skin protection pon tak dapat membantu. hujan asid kan? kalau terkena air hujan tu terus cair, berdarah dan gatal. bila gatal kita garu dan berdarah pada tahap kritikal(melampau).

aku sebagai salah seorang penduduk bumi yang perihatin dan sayang akan bumi kita(wah engkau!) telah mengambil satu inisiatif bagi mengurangkan global warming ini dengan berkongsi kereta dengan anne(seorang gadis di tempat aku belajar) untuk pulang ke selangor. tapi aku tak pulang ke selangor terus, aku ke seremban terlebih dahulu, konon bag packers. inisiatif kedua yang telah aku ambil bagi mengurangkan global warming lagi ialah aku naik KTM untuk ke rumah aku. owh you memang sangat sayangkan bumi, mesti you  jaga itu semua untuk generasi you yang seterusnya. betul, tetapi lebih untuk diri aku yang tidak dapat bernafas dengan nyaman dan segar pada masa sekarang.

puas berkempen, aku nak cerita pasal KTM komuter, aku sangat terkejut tadi. aku ke KTM UKM dari seremban, selesai beli tiket je, train dah datang, apa lagi, aku pon berlari kencang nak kejar KTM tu. aku pelik. KTM tu nampak lebih berbeza. KTM komuter sekarang berwajah baru. sebelum tu anda kena bersedia untuk memaki gambar2 yang berada pada tahap kualiti sedih. aku pakai nokia c3 je. setapak je lagi nak pakai blackberry. dah hampir dah tu.

keluasan KTM komuter lebih luas. boleh menempatkan lebih ramai penciluk saku. haha. lepasni tak perlu lagi risau sebab KTM komuter boleh menempatkan 1000 orang pada satu2 trip(jangkaan adalah sangat tidak tepat)

sit2 yang disediakan baru dan yang penting empuk. bila masa kau naik train adalah kosong boleh try landing sikit. selesa. tapi kalau time orang tengah ramai kau landing. lepas sampai destinasi seterusnya terus menuju ke hospital berdekatan (orang tak duduk atas mungkin diaorang pijak je kot)

pemegang yang bergantungan lebih kukuh. tang ni memang aku tak tahan. selalu sangat kalau naik train pack gila. boleh sebotol perfume habis sebab nak lawan ketiak2 mat bangla yang "harum" sangat bau dia. destinasi perhentian menjadi lebih awal sebab nak ambil nafas kat luar train. uhhh lega.

kalau dulu tak de lampu. sekarang meriah dah. lampu kelip2 yang membawa tema nak raya. 

ada lampu kuning dan lampu merah. merah menandakan destinasi yang sudah dilalui dan kuning menunjukkan laluan KTM komuter yang seterusnya.

tak nampak yang di atas. ini zoom dekat sikit. tapi masih tak jelas. maklumlah handphone camera pertama dicipta.

kalau anda keliru dengan lampu yang kelip2 tu(bimbo). kini KTM komuter menyediakan skrin untuk memberitahu anda destinasi seterusnya yang akan dituju. lagi seronok skrin ni tayang cerita cartoon. gelak macam orang gila sebab gambar ada suara tak de. lepasni bawak earphone sendiri cucuk dekat skrin tu.

nampak tak tu. dia tulis. next to Bangi. tapi aku tak sampai lagi. satu lagi perhentian.


ini adalah salah satu contoh yang harus diikuti. buat apa bazir masa tangkap2 gambar dalam train sorok-sorok sebab malu nanti kalau beriya2 ambil gambar mesti orang ingat budak ni dari vietnam. tak pon myanmar. owh lebih rela kau panggil aku dari thailand.

aku dah lama tak naik train. mungkin dah lama train ni bertukar menjadi baru atau mungkin baru2 ni juga sebab tak pernah pula kawan2 aku yang duduk sekitar KL ni cerita KTM komuter kini berwajah baru. ke kawan aku semua noob macam aku juga. kerja nak membuat global warming je. so, apa lagi. mulakan hari anda dengan katakan tidak pada global warming dan jom rasa naik KTM komuter baru. tak rugi.

Tuesday 17 July 2012

kenangan silam

sekarang ni mungkin tengah musim manusia menggodek gambar2 lama kot. hari ahad hari tu, aku tak tahu nak buat apa, nak update blog aku tak tahu nak tulis apa plus aku dah post pagi tu, tapi kalau update blog lagi orang kata aku lapar nak update kan. satu hari 3 4 post. lepastu simpan post yang baru tulis konon nak update blog untuk esok. tiba2 besok ada benda best berlaku. update yang best tu dulu, tapi tak tahu bila nak update post yang dah ditulis tu. tiba2 lagi, lusanya ada benda lagi best untuk di-update. last2 jadi pekasam je post tu dan menanti untuk di-delete sebab dah tak relevan untuk post benda yang dah berlaku sebulan yang lalu. rugi dah masa menaip post yang tak ter-post tu. masa itu kan emas.

macam biasa, bila mukadimah panjang kemain tapi kosong ong ong. bab melalut memang serah kat hang, cuba serah bab belajar, ok terus tutup laptop, tidur 5 minit end up besok bangun dah pagi.*suka lah kita*. hari ahad hari tu kan aku tak tahu nak buat apa. aku godek2 gambar dalam laptop, tengok gambar2 lama. lepastu sengih sorang2 depan laptop, lepstu tutup muka guna bantal konon malu tengok muka dulu2. konon sekarang macam good2 je kan. lepastu jerit.malunyaaaa kuat2 biar housmate datang dan tanya kenapa? aku pula saja je "cuba tengok gambar2 lama aku. lain gila dowh(rempit sangat)", housmate membalas "sama je". ok kau boleh blah sekarang.

tadi dekat kelas tiba2 nab(seorang gadis di kelas aku) gatal2 nak main bluetooth sebab semalam kitaorang main2 bluetooth gambar time lecturer mengajar. bosan. bluetooth2 gambar muka paling bodoh yang ada dalam handphone. lepastu gelak2. semua orang pusing. aku pon nak pusing juga. diaorang tengok siapa? padahal aku. tadi nab send note. berbunyi "semalam kitaorang tengok2 gambar lama, dan kitaorang buat konklusi  kau sangat patut pakai braces". apakah? buruk sangat ke gigi aku dulu. ya! tiba2 gadis yang lain pon nak turut serta. ok fine gigi i memang buruk dulu. tapi sekarang. apa kata anda? (lihat di bawah)

pada zaman dahulu

biar betik ni aku dulu(buat2 tak percaya). jangan perhatikan lebih lama pada wajah tapi perhatikan pada bahagian gigi. gigi sahaja ok.

pada zaman globalisasi kini

ok boleh berbangga dengan gigi sendiri. tapi ingat, semua ini hanya pinjaman tuhan.

Monday 16 July 2012

saya bangga saya warga Malaysia

post ini tidak berkaitan sama sekali dengan kemerdekaan, nasionalisme mahupun seangkatan dengannya. tapi berkaitan kebanggaan aku terhadap sikap salah seorang warga negara kita iaitu Malaysia. kenapa nak berbangga sangat ni? bukannya Malaysia ramai orang luar negara kenal. diaorang lebih kenal Thailand dan Singapura walaupun Malaysia terletak di tengah2 dua negara tersebut. persetankan itu, bukan kedudukan dan ke-famous-an Malaysia yang aku hendak banggakan. tetapi sikap salah seorang warga negara kita. aku terharu! aku kagum! awesome!


semalam aku bersama dua orang kawan pergi ke Aeon Jaya Jusco(JJ) Perda, Penang. kononnya nak pergi lunch than ambil duit dekat Bank Islam. ye lah dulu Bank Islam bukan dalam JJ. so, kalau niat nak pergi ambil duit je tu mungkin boleh diguna pakai. ambil duit dan balik. tapi semenjak Bank Islam berpindah ke dalam JJ. owh ini tidak baik. sebab kalau nak pergi ambil duit. kena park dekat dalam JJ, lepastu jalan kaki masuk ke dalam JJ untuk pergi ke ATM Bank Islam. sepanjang jalan tu ada kedai dan papan tanda iklan lepastu nampak tulisan besar S A L E. genggam tangan. tahan kejap. tiba di depan mesin ATM. beratur. sampai turn. cek baki. sikit dah. alang2 dah sikit keluarkan semua. kosongkan bank terus. sigh.


bila dah ada duit dalam wallet lepastu nampak ada 70% less. wow! 70% banyak tu. kalau beli baju sehelai tak luak lah. tapi tak end up dengan sehelai baju. sebaliknya dua baju. 140% less. banyak dah tu tolak. ok terus pejam mata jalan pergi park. shopping is therapy. yakin masuk dalam kereta dan nak keluarkan kereta. masa aku sampai dekat JJ, parking penuh dan banyak kereta. masa aku nak balik kereta tak banyak dah. banyak kosong. kebetulan dekat depan parking aku kosong. start kereta dan meluru ke depan konon shortcut exit dan jimat minyak(taik hidung masin). 


langit tak selalu cerah. tambah2 time tu baru habis hujan. hujan renyai2. aku boleh pula buat drama korea dekat parking JJ tu. time aku yakin ke depan untuk keluar parking konon shortcut exit dan jimat minyak membawa padah kepada aku. tayar kereta aku masuk longkang. terkejut! kami semua terkejut! aku cuba untuk keluarkan tayar dari longkang dengan reverse tetapi kereta aku tak mampu. syukur pada ketika itu ada seorang mamat(pemuda lagi manis) datang bantu kitaorang. pemuda itu bersama 2 orang kawan aku angkat dan tolak kereta sementara aku reverse-kan kereta. alhamdulillah kereta aku berjaya keluar.


gambar hanya sekadar bayangan trajedi. taklah seteruk ni. kalau macam ni aku dah gunting lesen memandu sebab trauma dan tak nak drive dah. 


dapat tak kau rasai apa yang aku banggakan? susah sebenarnya di masa sekarang untuk kita temui orang seperti pemuda tu. seriously aku bersyukur dan berdoa sangat2 untuk kesejahteraan lelaki(pemuda) tu. aku juga tak sangka masih ada masyarakat di negara kita yang masih mempunyai sahsiah seperti itu walaupon kita semua selalu disogokkan dengan cerita2 tentang keburukan masyarakat sekarang. buang anak lah. selfish lah. macam2 kalau nak diceritakan. tapi aku percaya. tidak semua masyarakat berperangai buruk seperti yang digembar gemburkan. masih ada yang berpekerti mulia seperti pemuda tu. semoga beliau sentiasa dirahmati hidupnya dunia akhirat. orang buat baik kita doakan, kalau orang buat jahat siaplah tunggu masa je aku pancitkan tayar kereta kau. bwahahaha

Saturday 14 July 2012

Keputusan peperiksaan

Alhamdulillah syukur. Semester ini aku dapat result yang memberangsangkan. Walaupon tak dapat hadiah pen, makan kfc, pergi mandi kat Port Dickson(PD) kalau dapat nombor 1 masa sekolah rendah dulu. Aku syukur dapat menggembirakan mak dan abah. Walaupun dulu tak suka langsung masuk maktab. Sekarang semakin suka dan sedia suka dengan maktab. Tapi drama2 swasta yang berlaku memang tak boleh di elakkan. Semua tu kan rencah kehidupan, no drama no life.boleh macam tu?*mungkin hidup aku je kot.


ini adalah lencana tempat aku belajar sekarang. ingat sekolah je ada lencana. maktab tak de? (IPGKTB stand for Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun)


Aku masih ingat kata2 abah. Minat boleh dipupuk. Aku tak percaya pada awalnya. Sebab aku ni jenis kalau tak minat malas nak buat. Aku tak minat bola. Aku tak tengok pon euro baru2 ni. Hanya mendapatkan update daripada kawan2. Lepastu sibuk2 nak tanya budak2 rumah. Lepastu masing2 kerja nak menganjing aku. Aku yang noob gila pasal bola pon percaya yang messi score untuk spain masa malam final bola hari tu. Emang dasar punya housemate, lepastu cerita dekat kelas. Oh malu sangat. Tapi yakin  je lah. Siapa suruh tak tengok lepastu budget2 nak tahu. Amik!

gambar tahun bila entah ni. godek2 laptop jumpa. baju hijau tu emak aku yang aku emo2kan dulu (kurang ajar punya anak kan)

Setelah hampir 4 tahun setengah aku di maktab. Aku sedar. Pilihan ibu bapa adalah yang terbaik untuk anak-anaknya. Masa mula2 dulu protes tak nak cakap dengan mak sebab dipaksa masuk maktab tapi sekarang mak lah tempat aku nak cerita suka duka aku di maktab. Abah pula garu kepala mana nak cekau duit sebab anak dia kerja menghabiskan duit. Hujung2 bulan. Kemut2 dalam phone mohon bantuan kewangan. Terima kasih mak dan abah yang dititipkan Tuhan memberi peluang aku merasai peluang belajar di maktab dan insyaAllah menjadi seorang guru pada tahun 2014 nanti. Sesunggunnya pekerjaan guru itu adalah pekerjaan yang mulia. Eh! Sedih lah pulak. Touching sikit. guru ibarat lampu ayam(kalau dulu) sekarang up sikit. guru ibarat pelita. tapi zaman sekarang. guru ibarat lampu LED. boleh lagi?

Wednesday 11 July 2012

Mengurangkan lemak

Baru lepas makan lepas tu baring2. Mana tak naik berat badan. Kalau naik berat badan tapi orang tak nampak tak apa. Tapi bila naik berat badan perut pon naik sekali. Ok boleh join group MKH(maju ke hadapan). Dulu mengata abah sendiri kemain kan.ha. rasain akibatnya.

Sedih! Terkejut! Kenapa? Ni nak cerita ni. Tadi aku berdiri depan seorang kawan. Tiba2 dia cakap. Perut kau buncit.(suasana kelam. Aku rasa hanya aku dan perut aku dalam dunia ni) ini melampau. Aku sedih dan terkejut seperti yang dinyatakan di atas. Bukan seperti dalam kurungan itu. Really? Betul ke? Ceh buat tanya pula kan . memang dasar tak sedar diri. Padahal time tu aku baru lepas minum air bergelen2.*alasan. Hakikatnya aku sedar diri. Diri aku semakin berisi. Ya dulu aku sangat  kurus. Ketara kekedingannya. Tapi sekarang kurus bukan satu figura untuk melambangkan aku. Tapi kurus yang boyot itu mampu menggambarkan figura aku sekarang. Wah! Figura. Jarang aku guna. Oh Bahasa Melayu ku


rupa dah macam cheese bread pon ada juga. rasa nak gigit je lelemak(lemak-lemak) tu kan.aum.

Aku sedar perut aku flabby. Cuba bayangkan. lengan aku kurus. Badan aku pangjang dan tinggi. Tiba2 perut boyot macam ibu mengandung 7 bulan setengah. Oh sangat pelik(buat muka). Mesti orang ingat aku kwarsyiorkor(bantai eja pon boleh). Atas dasar sedar diri dan faktor sekeliling yang membantu di mana rumah aku berdekatan dengan mengkuang damn aku telah berusaha untuk mengempiskan perut aku yang flabby dengan bantuan slimming world beauty juga.*itu tipu. Banyak duit engkau.

Mudah saja pengamalan cara hidup sihat aku. Berjogging hari ni selang selama sebulan lepas tu jogging balik. Memang tak istiqamah. Malas bebenor nak pergi joggingnya sebab petang2 makan cucur udang lepastu kenyang. Bila kenyang rasa nak duduk je.  Bila dah duduk je, oh lantai bersih jom baring. Eh! dah maghrib. Asal tak kejut aku?  Aku nak jogging. (Tampar laju2 cepat)

nasihat. berpakaian jogging seperti ini adalah bahaya dan boleh mendatangkan kemalangan. anda dinasihatkan berpakaian busana muslimah untuk keselamatan yang lebih terjamin.


Selain jogging aku juga mengamalkan sit-up(bangkit tubi). Ini sangat seksa. Bila dah lama tak buat. Tiba2 hari ni buat 20 kali(sikit je tu). Malam tu kita bolehlah tidur meringkuk tekan perut sebab perut tak habis  kejang buat sit-up petang tadi.  Perut marah sebab bakar lemak yang memanaskan dia dikala hujan yang nyenyaknya tidur. Wuuuuu

Malas jogging, jarang ber-sit-up. Itu semua dulu. Kini aku lebih rajin dan bersemangat untuk menghilangkan perut flabby walaupon dah 5 hari aku skip jogging tapi aku sit-up hari. Tapi setiap hari berkurang jumlah sit up. Haritu 20, kelmarin 18, semalam 17, hari 15. Besok.ah malas lah. Selamat datang perut flabby. I miss you!

Tuesday 10 July 2012

streamyx

perjalanan aku mendaftar sebagai seorang pengguna streamyx sememangnya penuh dengan onak duri. lalu ku redah jua onak duri yang berliku itu. wah engkau! puitis. aku tunggu 2 minggu orang telekom nak datang pasang streamyx kat rumah. mungkin sepatutnya rumah aku pasang streamyx dah lama dah. tapi sebab aku tidur tak sedar diri sehari lepas hari pendaftaran. lepas tu orang Telekom call tak angkat2. diaorang naik angin. owh tak angkat telefon sangat kan. hambik kau aku return balik borang kau. wuwuwu sedih. kena tunggu lagi seminggu.

mulai detik ini rumah sewa saya merupakan salah satu zone streamyx di kawasan mengkuang.wahaha
aku kan tak penyabar. aku call telekom buat aduan apasal lambat sangat pasang. kata dalam masa 7 hari bekerja ni dah 10 hari bekerja. tak campur sabtu buat OT. ini sangat lama. aku tidak sabar! kami tidak sabar!(kata housmate2 ku) housemate aku dah bising2, diaorang tak bising2 dekat telekom tapi bising kat telinga aku. semenjak aku tahu orang telekom tak dapat contact sebab aku tak angkat call sebab aku tidur mampus tak sedarkan diri melainkan kau letak bom je kat sebelah. aku tak dapat tidur nyenyak setiap kali petang walaupun tidur petang adalah rutin wajib sebab malam kena prepare untuk tidur lambat sebab besok kena present malam tu baru buat. pantang berbunyi je handphone mesti nak terus angkat dengan harapan ada orang Telekom call. kalau dalam toilet pon cepat2 nak capai phone takut orang telekom call. tangan tak henti2 genggam handphone takut orang telekom call. teruk sungguh kepentingan streamyx dalam kurungan internet terhadap diri aku. tapi aku tak KO pon even dah 2 minggu tak online. apa ada hal?

tapi hari ini berbeza. seronok sangat rasa hari ni. petang tadi abang streamyx datang pasang streamyx di rumah sewa. lepas2 pasang je seisi rumah online. rumah yang dulunya kecoh macam kapal karam sebab semua tak tahu nak buat apa sebab tak de hiburan melainkan menghadap muka housemate kini sunyi sepi.*krik2x bunyi cengkerik juga boleh didengari. bunyi jarum jatuh ke lantai tak payah cerita lah kan (so clishe). semua buat hal masing2. sengih2 depan laptop masing2 sebab nak khatamkan facebook yang dah lama tak buka lepastu macam banyak je notification masing2. konon!


nak sangat streamyx kan, ha! rasakan penangan streamyx 4 Mbps. kelip mata dah habis loading satu video youtube.*tipu sangat.

Friday 6 July 2012

tia amelia

sedap nama tu. mesti tuan empunya nama secantik nama. tapi sayang itu bukan nama wanita yang lelaki2 idamkan tapi menjadi dambaan wanita dan mungkin juga sesetengah lelaki yang mementingkan paras rupa sebagai satu aset diri. bak kata mustika ratu. kecantikan adalah hak milik setiap insan. tak salah sekiranya seorang lelaki ingin juga tampil cantik lebih bergaya.

tia amelia. satu produk kecantikan wajah yang tidak asing lagi di negara kita. fenomena tia amelia telah menular di seluruh pelusuk dunia.(mungkin Malaysia je) tak mampu weyh nak lawan SK II dan banyak lagi produk berjenama antarabangsa. tapi satu produk yang aku dan kawan aku akan ingat sampai mati. FAIR n LOVELY. cuba korang baca cogan kata di casing fair n lovely masing2 kalau anda pengguna produk tersebut. tengok betul2. produk pencerah wajah no 1 di dunia. wah! bila entah diaorang dapat pengiktirafan. tapi aku tabik diaorang yakin guna slogan macam tu bagi menarik perhatian ramai orang.

ha! promosi siap. beli jangan tak beli.
owh fyi aku adalah pengguna tia amelia. pelik? tapi itulah kenyataannya. kenapa pakai tia? tanya seorang kawan. aku tak mampu beli innershine pastu lentik jari kat pipi cakap jom innershine. kenyit mata. aww. aku juga tak mampu nak menggunakan  SK II pitera dan segala tok nenek produk yang mahal2. aku tak mampu. aku belajar lagi. aku tak de gaji. aku hanya mampu gigit jari.

sebelum ni kulit aku sememangnya sensitif dan mempunyai mutiara2 bersinar(jerawat kan senang!) memenuhi wajah membuatkan aku kelihatan berseri2. pastu jalan nak tunduk dan sikit2 nak pegang pipi, pegang dahi. konon cover jerawat, kalau jerawat 10 batu dah nampak. tak de maknanya. atas sebab itu juga aku kurang keyakinan diri (wah semua benda nak kurang keyakinan diri kan. braces lah! jerawat lah!). namun, kini tidak lagi. dengan tia amelia wajah saya kini tampil cerah dan kurang jerawat tapi masih ada sebab malam2 kalau tidur lewat terus baring malas nak pakai krim kunyit. sekali malas berterusan malas selamanya. last2 kering macam tu je krim tanpa diusik.


mesti kau tertanya2. krim kunyit? apa itu. nanti aku cerita. kalau nak cerita pasal produk kecantikan ni memang tak habis. aku adalah pengguna pelbagai produk muka. beli. pakai seminggu. tak nampak hasil. ok. besok beli lain. cuba kira kalau tiap minggu tukar produk dan aku hidup dah 22 tahun mula pakai produk sejak form 3. owh mungkin dah beribu. kini tidak lagi dengan tia amelia. asyik kini tidak lagi je. geli sangat aih.