Thursday 29 August 2013

Iftar 5 15 di Kenny Rogers, Mid Valley

Assalamualaikum wbt

belum habis lagi aku nak share moment indah aku berbuka puasa walaupun dah lama kita meninggalkan Ramadan(ulangan sangat). kalau boleh. setiap kali berbuka nak cerita dalam entry blog ni. haha. entry ini memang special sebab aku dah lama tak jumpa diaorang ni yang membesar bersama, tension bersama, stress bersama masa belajar di MRSM dulu. alhamdulillah sekarang semua dah membesar dengan jayanya. boleh kata most of my ex classmates terbang. aku dan beberapa orang je yang sayang sangat Malaysia sebab berpegang dengan konsep Malaysia Oh Tanah Airku tak nak terbang ke mana-mana. nak menabur bakti di negara sendiri. ahaks. patriotik sangat kan. maklumlanlah. kita pon berapa hari lagi nak sambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56.

macam biasa. semua orang busy dengan komitmen masing-masing. tak semua dapat berkumpul sebab kitaorang duduknya bertebaran di seluruh Malaysia. ada juga tu yang masih di perantauan sebab tempat diaorang study tak sama dengan negara lain yang cutinya jatuh pada bulan Julai or Ogos. jadi daripada 20 lebih, yang dapat menghadirkan diri adalah seramai 10 orang. ok lah tu daripada sebelum ni balik-balik 5  6 orang je. tahun ni meningkat sikit. harap next year lebih ramai. atau mungkin akan lebih ramai sebab masing-masing akan bawa suami dan anak-anak. (Fasha terbatuk)

the twin and Sue. Poland, France and Ireland mari. kitaorang sampai awal sebab nak cop tempat. bila dah awal sangat. so bergambar lah dulu.

Syaqiir the handsome guy (ye ke?) ini Ireland mari. mula ambil order.

the girls pilih order memang sangat lama. ahaaa. akak waiter yang super sporting. suka sangat tengok kita. hakhak

berbual panjang lebar sambil menunggu makanan sampai dan menunggu waktu berbuka. gambar aku tak da. tak boleh jadi. semua orang nak masuk gambar. siapa nak ambil gambar? tak pasal-pasal aku jadi photographer.

ok. aku depan sekali. thanks abang sebelah sudi tolong ambil gambar kitaorang

makan

cake sponsored by kembar. Ikhlas kan? potong sama rata kan? hehe

well. makan time. masing-masing tak hadap dah camera ke apa. makan lagi penting.

sebelum balik. bergambar sebagai kenang-kenangan. ini je girls yang hadir. tengok Diyana. different sangat kan?!

kengkonon pre raya tengok anak bulan. tapi aku? abaikan

bye. semoga kekal perhubungan ini. maaf segala salah laku. salah kata. salah segala-galanya :)

Monday 26 August 2013

Iftar Pj Shalala di The Ridge, Jeti Pulau Aman

Assalamualaikum wbt

walaupon dah lama gila rasanya kita meninggalkan bulan Ramadan dan dah lama juga kita beraya sakan. aku tetap nak post tentang aktiviti bulan puasa aku hari tu di mana my class and i telah berbuka puasa buffet di The Ridge Jeti Pulau Aman berdekatan dengan stadium batu kawan. boleh juga jadi rujukan you yang tengah research pasal interesting place untuk iftar with kesayangan di Penang. yes. dah lama gila tak update blog sebab super busy dengan persiapan raya, undangan rumah terbuka dan birthday vacation (wahhhhh. nampak kan busy dia).

mesti banyak question orang akan tanya tentang berbuka puasa especially buffet seperti di The Ridge yang kedudukan dia very the classy sebab menghadap laut. lepastu angin sepoi-sepoi bahasa, ambil gambar lawa. angin tiup-tiup macam ambil gambar atas kapal. berangan.

Mahal tak?

tak mahal pon. berbaloi-baloi. harga adult for RM29 tak silap. kids aku tak tahu. sory. disebabkan kitaorang ramai which is seramai 18 orang. kitaorang dapat 2 seats for free as reward kot sebab ramai sangat untuk memeriahkan suasana berbuka, memang dengar suara kitaorang je gelak-gelak dan menghabiskan makanan dekat buffet dengan rakus. 2 seats free tersebut seharusnya lah untuk tutor kami yang tercinta Ummi Aya(Puan Rohaya). see. jimatkan. kira macam ni lah. setiap 10 orang kau akan dapat 1 seat free. so bawa satu sekolah. cikgu-cikgu tak perlu bayar. murid-murid je bayar. muehehe

Makanan apa je yang ada?

dah nama buffet. boleh lagi tanya soalan macam tu. haip, tak baik macam tu. buffet di The Ridge ni quite ok. makanan dia pelbagai. ada kambing bakar. ikan bakar. ayam masak apa entah. kuih macam-macam dan air pon macam-macam. ada mee soto tak silap. puas hati. kira kalau kau hebat. kau boleh makan sama dengan harga dia. kira untung lah.

Makanan dia sedap tak?

for me. biasa je. tapi ade few makanan yang ada di situ sedap taw. contoh macam kerabu dia. diaorang provide macam-macam jenis kerabu. rasanya kalau makan kerabu je pon dah kenyang. sedap.

kalau membebel panjang-pannjang pon. orang malas baca. jangan kata orang. aku sendiri pon malas. so kita tengok gambar-gambar yang ada ok.

nice building isn't it?

haruslah bergambar dulu

laluan ke pintu hadapan. serius cantik, nyaman dan menyejukkan
ni betul- betul dekat tepi jeti. cantik kan view dia?



the girls yang menjangok tak ingat dunia

the boys. steady and cool (ecewah)

kedudukan makanan yang disediakan.mudah untuk diambil

my food. orang tamak selalu rugi. betul sangat lah tu. tamak.last-last membazir

my lamb. super duper tamak. selamat berjaya habis

Thursday 1 August 2013

Internship Tamat

Assalamualaikum wbt

macam biasa.bila dah seminggu berlalu sesuatu benda tu baru gigih-gigih nak update. dari Khamis minggu lepas lagi actually aku dah menamatkan Internship tapi sebab kekangan masa atau dalam kata lain "malas". aku tahan nafsu nak update blog. haha. maklumlah. bulan puasa. semua nafsu nak kena tahan kan? *kaitan?*

sebelum apa-apa aku nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua orang yang terlibat sepanjang aku menjalankan internship di SK Taman Impian. its a good school you know. barisan pentadbir yang best. cikgu-cikgu super sporting. murid-murid yang nakal alahai tapi manja cium nak? tukang kebun, mak cik cleaner yang baik hati dan semua lah. semua best. macam-macam aku lalui sepanjang internship ni. suka duka masam manis. di sekolah ni juga aku berani katakan yang aku dah mula jatuh cinta kepada profesion perguruan. but not fully in love. well. people change kan. hari ini cakap lain esok cakap lain. but for now, aku cuba berpegang dengan apa yang aku cakapkan sebelum ni. aku mula jatuh cinta.

sedih nak meninggalkan anak-anak SK Taman Impian yang super manja. jumpa Cikgu Naim berkejar-kejar nak salam. ada yang berani tepuk punggung cikgu. especially darjah 1. haip! geram sangat agaknya dengan cikgu. aku tak marah, sebab aku tahu diaorang buat tak sengaja atau mungkin diaorang suka atau marah sangat cikgu ni. tapi sebagai guru yang mendidik. nasihat itu perlu tetapi secara lembut dan jelas.

eh. mana boleh tepuk punggung cikgu macam tu. kamu perempuan, cikgu lelaki. tak baik tahu. lepas ni jangan buat macam ni lagi k.

baik kan? hakhak

the boys from 5 Zamrud. fuhhh. kelas ni memang susah nak kawal tapi bila dah dapat pegang hati masing-masing. dipeluk-peluknya kita.

the girls from 5 Zamrud. suara masing-masing macam petir. kalah sura cikgu :( tapi bila ambil gambar. kemut-kemut malu je. nyampah. haha

the whole class. owhhh. rindu. dah lah selalu relief kelas ni.dah rasa macam cikgu kelas pon ada.

3 Delima. darjah 3. kau faham kan bila budak-budak nak beralih ke tahap 2. berubah frasa orang cakap. perangai masing-masinggggggggg. haishhhh. cikgu pon tak faham

korang memang sporting. layan je ape cikgu suruh buat walaupun maisng-masing feeling separa matang.


3 Delima dan 3 Zamrud. kalau 5 tahun mengajar. aku rasa botak kepala mengajar kalau gabung kelas.

2 Delima. kelas ni lagi lahhhhhh manja.




bersama 2 penceria bilik guru. Cikgu Badrul(kiri) dan Cikgu Amir

korang memang suka melayan kerenah yang tengah tu. hahahaha

antara barisan pendidik SK Taman Impian. smart-smart belaka

Cikgu Faisal dalam baju korporat. tertinggal train ambil gambar

tamat! tamat sudah internship, cikgu sentiasa doakan murid-murid/ anak-anak cikgu sentiasa berjaya. menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. dengar cakap cikgu. hormat parents. guru, masyarakat dan kawan-kawan dan semua lah. jangan banyak bergaduh. and please jangan abaikan pelajaran. memang orang cakap peluang pekerjaan itu banyak. cacing bawah batu boleh hidup. itu cacing sayang. kita ni orang. orang ada ilmu orang sayang. orang tiada ilmu di buang-buang sayang.