Saturday, 23 June 2012

abah mengajar aku

masa cuti yang sepatutnya 3 minggu menjadi 4 minggu sebab exam habis awal dari orang lain lepastu cepat2 nak balik sebab masa yang perlu dihabiskan di rumah sangat berharga daripada duduk di maktab stress yang hanya akan berlaku semasa minggu exam dan musim assignment sahaja. stress ke? tidak. aku enjoy di maktab juga berpraktikum. tapi penat. kalau penat kena tidur yang cukup. tapi tidur tak cukup sebab selalu postponed RPH(rancangan pengajajaran harian) lepastu malam2 buta baru nak buat sebab malam yang sebelum buta tu pergi bilik orang cari RPH nak pinjam. bukan tiru. heh! sembang pasal budak2 yang nakal, manja dan sebagainya. kalau tak cukup tidur, penat tak hilang. it lead to stress. stress balik.

duduk di rumah memang seronok. relax, enjoy and always sit. why sit? sit in front of television. asyik tengok TV memanjang. ok jom beradu kehebatan. cakap je drama yang kau tengok masa cuti. aku pon tengok. tapi yang dekat channel biasa lah. kita tak de astro. sedih.wuwuwuwu. masa kat rumah abah memang tak boleh duduk diam. ada je benda dia nak buat. cuci tu. basuh ni. cat tu, lap ni. owh boleh dikatakan beliau akan sentiasa bergerak. tidak seperti aku yang konon2 aku yang bayar bil air, api, internet. aku bayar kau buat kerja(gila murka kalau ayah aku baca). kerja aku melingkar depan TV sambil makan keropok lekor yang dibelikan emak masa pergi bercuti tanpa aku. sedih double.

kan aku sekarang dah duduk rumah sewa. baru aku sedar perlu sebenarnya kita cuci tu. basuh ni. cat tu, lap ni. kita semua mahukan kebersihan. kalau nak bersih memang kena bergerak dengan melakukan cuci tu. basuh ni. cat tu, lap ni. masa kat rumah hari2 tengok abah buat. aku dengan sendiri nak buat juga benda tu kat rumah( tapi kadang2). kini di rumah sewa aku perlu untuk melakukan perkara2 tersebut agar rumah saya sentiasa bersih wangi dan ceria. rumahku syurgaku kan?

beliau bukan seorang askar. juga bukan seorang polis (muka garang). beliau adalah seorang guru. guru pelita hatiku.
dalam aku tak sedar abah sudah mengajar dan mendidik aku secara tidak langsung. kebersihan itu adalah tuntuan Islam. hargai ayah anda. selamat hari bapa walaupun lambat bertahun-tahun. saya sayang abah selamanya (ini sangat touching kan?) muntah kejap.

Thursday, 21 June 2012

rumah sewa

kini hidup tidak macam dulu. dah besar. dah tak duduk rumah sendiri. tak duduk hostel dah (hostel? apa barang?) sekarang kena berdikari. kena pandai simpan duit. macam mana kalau dalam masa 3 hari aku dah spent sebanyak RM400 sekali harung. ini semua berpunca sebab kena duduk luar. dulu masa duduk dalam asrama heaven gila. bangun lambat. bangun2 terus pergi mandi tanpa perlu cangkung depan jamban nak cop turn (itu baru cabaran beb!) haha. lepas tu boleh mandi sepuas2nya. selama2nya. kan? bil air siapa bayar? maktab bayar! wahaha. dulu kalau dekat hostel mandi lama2 tak de siapa hirau. paling teruk pon nanti budak2 ni maki hamun sebab mandi lama. tapi di rumah sewa. owh tidak. kalau mandi lama. video kau mandi akan dirakam dan diupload di youtube(takut kan?) kalau lebih lama diorang akan panjat dan waaaaaa....(keluar bilik air mengengsot) mandi lama lagi.* tak faham. abaikan.

itu dulu. di asrama ada 10 bilik air tidak termasuk tempat membuang yang ada 10 juga setiap aras. kini di rumah sewa hanya ada 2 bilik air. 1 tempat mandi. 1 tempat yakyak(berak). rumah ai ada 6 orang. kalau malam tadi makan tempoyak dah masam lepastu pagi2 semua perut meragam. ok jom sama2 kita beryakyak. berduet juga boleh (erk? itu disgusting)*tempoyak memang masam kan. itu contoh je kan?

contoh keadaan kapal yang hampir karam. barang terabur. tuan rumah dah syahid. tak larat nak kemas lagi. tidur.
siapa cakap duduk rumah sewa susah?(aku lah tu. dulu mati2 tak nak duduk rumah sewa). kenapa? sebab aku suka air. aku suka mandi lama. mandi lama banyak guna air. guna air banyak bil pon banyak. kalau bil banyak duit pon haruslah banyak. kau sebut pasal duit? duit? aku dah cakap kan aku dah guna RM400 dalam 3 hari. ini semua angkara rumah sewa. tikar getahnya. barang2 dalam biliknya. barang peribadinya(itu tak boleh cerita. rahsia kita.hakhak). rumah sewa juga jauh daripada kelas. kalau kelas skip2 boleh balik bilik. tidur beberapa minit tunggu classmate call pastu lompat jerit2 sebab classmate call bila lecturer dah masuk dan tanya mana si polan? kalau kelas skip2 kali ni boleh lah beramai2 berpicnic di padang sementara tunggu kelas seterusnya. hari ni kita mkan muffin. besok cup cakes. pastu macarons. wah!

aku akui. berbeza hidup ber-rumah sewa ni. lebih berdikari. lebih bebas. suasana juga berbeza. tapi rumah sewa aku kan 6 orang. kalau setiap 6 mulut mewakili 5 orang. cuba darab? 30 mulut! wah! betul. dapat satu coki2. bayangkan. tak ke bising macam asrama. plus semua tak nak kalah, nak ada speaker masing2. ok. jiran rumah sebelah dah boleh sedia beli penyapu. parang dan banyak lagi untuk halau penghuni rumah sewa ini.

ini gambar bilik aku. belum  cantik lagi. tunggu lah roh eric leong meresap dalam diri. jom kita berdeko(ewah)
hidup makin seronok di rumah sewa. alhamdulillah semua berjalan lancar. duit boleh di cari. kawan sejati teman yang dicari2 mana nak cari. tapi baru 3 hari. jom tengok setahun setengah ni. macam mana?(edventurous-nya. i can't wait!)


Tuesday, 19 June 2012

sekurang-kurangnya

apakah? kenapakah?adakah aku sahaja yang mempersoalkan perkara ini? adakah engkau tidak? mungkin aku tidak hebat berbahasa tapi dari dulu aku runsing dengan benda ni. aku tertanya-tanya. sangat tertanya.*wah berbahasa basi baku engkau.

mungkin aku je yang over2 tertanya dan mengada2 nak suarakan. tapi dari dulu lagi aku pendam. aku simpan. perasan tak masa pembaca berita baca berita pasal kemalangan  yang melibatkan maut atau kematian yang ramai contoh macam bencana alam, kemalangan bas dan juga kapal terbang terhempas (owh sangat scary). tapi aku sedih aku tak pernah naik flight. tak pernah sekali pon. tak pe. nanti kalau aku dapat posting pergi sabah atau sarawak aku nak jerit puas2 (SAYA KINI PENUNGGANG KAPAL TERBANG) sebab dapat naik flight*minta jauh lah kena posting ke sabah dan sarawak. tak dapat naik flight pon tak pe.

huh. meluat baca mukadimah panjang. close tab.*eh jangan. haha. perasan tak kalau pembaca berita baca berita pasal kematian. diaorang mesti akan sebut.

sekurang-kurangnya 10 000 orang maut dalam kejadian bencana alam _______ yang berlaku __________(sila isi tempat kosong sendiri. boleh pilih bencana apa dan di mana)

kita kalau mengidam sesuatu. contoh macam aku nak makan mangga (eh mengandung ke?) mesti nak makan banyak. dan ada target untuk jumlah yang banyak tu dengan mengatakan sekurang-kurangnya. sebagai contoh: aku kalau nak makan mangga sekurang-kurangnya 20 biji baru cukup(hambik!). pastu kalau mangsa terkorban. boleh kan ada target dengan sekurang-kurangnya. sekurang-kurangnya jugak ke? tak baik lah! babab nak?

JIMAT. sekurang-kurang 24 juta rakyat Malaysia maut kerana mengamalkan penjimatan melampau sehingga menyebabkan kebuluran. boleh macam tu? hakhak

memang aku tak boleh jadi pembaca berita. aku cakap laju. kalau lah aku pembaca berita mesti besok buletin utama dah tak da siaran sebab ramai boikot. tak pe. cakap laju boleh masuk guiness world record cakap paling laju. boleh?

Saturday, 16 June 2012

teori rambut

teringinnya nak rambut panjang. macam style kan? tapi tak pernah nak dapat. kalau aku bela rambut panjang. lepastu balik rumah. mak dan abah akan senyap je. tapi besok bila aku bangun tidur rambut aku tobek. jangan tanya siapa buat dan jangan cari pasal.

kemain hitam berkilat. edit lettew
lihat sekeliling anda. bukan sekarang. kalau di mcd boleh tengok. ramai lelaki yang sudah berumur atau meniti usia lanjut akan mempunyai pulau(owh), spotlight(owh owh) bahasa mudahnya kebotakan atau rambut gugur di bahagian atas kepala. benda ini kebiasaannya akan berlaku terhadap lelaki. kenapa tidak wanita? musykil.

mengikut teori aku, perempuan kebanyakannya mempunyai rambut yang panjang dan lelaki pula akan mempunyai rambut pendek semenjak dari kecil lagi. perempuan(yang freehair) boleh flip rambut dia. lelaki pula boleh sondol kepala kat perut anak2 sebab tajam2 lepastu anak dia gelak2. dagu pon boleh guna juga.

penelitian aku mendapati rambut yang dibela panjang jarang menyebabkab rambut gugur dari bahagian hadapan dahi ke belakang. aku tak dapat nak explain secara scientific sebab sains aku memang Ey! tapi kau boleh perasan kan. jarang perempuan yang mengalami kebotakan di atas kepala. jawapan kau mesti. ye lah! perempuan bertudung mana nak nampak. jom tengok katy ibrahim dan salamiah hasan. ruminah sidek pon boleh. diaorang tak botak pon. jawapan kau. diaorang antara contoh manusia tak mengalami kebotakan. ok foine*sambil tarik rambut satu2 bior gugur

harap aku tidak begini nanti. shampoo bawang satu gelen please!




Friday, 15 June 2012

untunglah

macam biasa bila aku kat rumah kadang2 aku perlu mengambil alih tugas mak dan abah. aku perlu membantu abah ambil husni dan  alang mengaji petang2 lepas balik sekolah sebab ada hal mustahak hari tu. kan, kalau along tak de kat rumah boleh je ambil diaorang tibe2 along kat rumah mustahak pulak kan*tak baik cakap macam tu. sebagai abang mithali aku ter-pergi ambil diaorang awal. diaorang belum keluar aku dah sampai. ok tunggu.

kali ini aku bernasib baik(untunglah) aku terserempak dengan kawan lama aku. kawan sekolah rendah juga kawan sekolah menengah yang lama dah tak jumpa.

ada baiknya. aku dapat bersembang dengan kawan lama aku tu. kami sembang panjang(untunglah). kenapa asyik untunglah. sila baca perbualan di bawah. salah kan dia. untunglahhhhh

kawan: wah engkau. dah lain dah. dah hensem(ke?). untunglarrrrr
aku: lah. mana ada lah. biasa2 je. kau buat apa sekarang?
kawan: aku macam ni je lah. duduk rumah. kau pulak?
aku: aku sekarang study kat penang
kawan. wah!untunglarrrrr. belajar jauh2. belajar apa?
aku: aku bakal cikgu.hehehehe
kawan: untunglarrrr jadi cikgu. ikut bapak kau. berapa lama belajar?
aku: 5 tahun setengah. lama gila. muak lak
kawan: untunglarrrr. lama tu. aku pon tak larat
aku: huh? erk? kenapa kata untunglah kalau tak larat(dalam hati je)

kau mesti boleh kira kan betapa banyak untunglah dalam setiap ayat dia. aku pon naik pening. tak masuk pulak untunglah yang last tu. aku sebagai kawan yang sejati, teman yang dicari-cari. aku layankan aje.
owh kawan. kalau kau terbaca ni. aku minta ampun. kita kawan dunia akhirat k. amin.

Tuesday, 12 June 2012

hukum memakai braces

berdosa weyh pakai braces. mengubah ciptaan Tuhan.

gulp. telan air liur aku. berdosa ke aku? cabut braces sekarang*tipu. aku ada juga buat research sebelum memakai braces ni. ada juga orang yang persoalkan. aku juga turut persoalkan. aku sangat mudah terpengaruh. kau kata haram aku pon. owh! haram ea? kau kata halal. owh! aku yakin dengan yang itu.

hasil siasatan aku mendapati hukum memakai braces ni depends on niat kau juga. kalau kau pakai semata-mata nak cantik lepas tu nak senyum sokmo. meh sini aku tolong taburkan gigi kau dulu sebelum orang lain taburkan.  aku tak nafikan ada sikit niat dalam diri aku untuk kelihatan cantik. frankly speaking. indeed. aku tak yakin dengan diri aku. aku malu untuk senyum. malu untuk bermasyarakat. malu nak keluar rumah(tolong tikam budak ini)

orang terdekat dengan aku mesti tahu dengan masalah ini. malah fed-up dengan masalah ini. ULSER. boleh kata sebelum pakai braces ni. tiap bulan mesti kena. sakit jangan cerita. kalau masa kena ulser lepastu balik kampung. oyang masak gulai daging salai yang kalau balik kampung tak salam oyang dulu. masing2 berebut serang dapur buka periuk cari gulai daging salai. peritnya rasa. kunyah sini sakit. kunyah situ sakit. sangat sakit. end up letak garam lepastu buat drama ayaq mata sorang2. pergi dekat mak. sakitnya mak. *mak eyes rolled. bosan dah mak dengan sakit kau.

disamping untuk memulihkan ulser dan meningkatkan keyakinan aku yang down sebab gigi "sangat cantik" itu lah membuatkan aku berkobar2 untuk memakai braces. masih tidak dinafikan untuk kelihatan lebih cantik yang seterusnya akan menaikkan keyakinan diri aku.

kini aku lebih yakin untuk senyum, tidak malu untuk bermasyarakat, tidak malu untuk keluar rumah. bukti lihat di bawah. owh! sangat yakin orang ni. tampar nak?

harap kalau colgate tengok gambar ni. saya nak jadi duta colgate!(aum. gigi saya sekuat harimau!)

Monday, 11 June 2012

air terjun chepor

minggu lepas kami bercuti ke chepor. lol chepor je? (wah!nak paris ke?). kami sekeluarga bukan bercuti tapi  pergi melawat angah yang dah seminggu demam denggi. kesian. seminggu dia tak bangun dan seminggu juga dia tak makan. tak lalu. siapa yang pernah kena dia faham. tapi aku paling kesian dia cerita yang dia pergi klinik sendiri masa mula2 dia demam tu. bukan kerana tidak mempunyai kawan yang prihatin. semua housemate dia busy. diorang sekarang musim praktikal. shift siang ada shift malam pon ada. dia malas nak susahkan kawan dia. owh engkau kalau kat rumah aku juga jadi mangsa kan buat kerja2 rumah, tak kesian kat abang you pon. wuwuwu

selalu aku rajin nak taip panjang2, hari ni kita jamu mata dengan melihat2 gambar hijau di kawasan air terjun chepor(erk. air terjun ke? ). best! masuk pon murah. satu kereta RM2. kat dalam tu pulak ada banyak pondok2. pondok2 tersebut boleh disewa. murah juga. hanya RM2. sekarang ni semua benda berbayar. nak berak pon kadang2 50 sen.

gambar pada skala sedih. maklumlah kamera pertama dicipta.*tetap nak upload










Sunday, 10 June 2012

braces

dulu aku tak kisah sangat pasal penampilan diri. kalau dah penampilan diri aku tak kisah apetah lagi gigi aku yang berterabur dan bertaring bagai raja bersiung kan. satu hari aku tengok satu rancangan tv ni. diaorang buat interview tanya kepada seorang artis. owh artis feberet aku tu. fasha sandha(lantak lah orang kata dia nakal tapi aku suka.titik!). diaorang tanya fasha. apa yang you pandang pada seorang lelaki instead of beriman, bertanggungjawab, berkepimpinan. sangat clishe. dia jawab GIGI. saya suka gigi yang teratur, putih dan bersih


pegang gigi sendiri. pecut berlari ke cermin. owh gigi. gigi. gigi! sejak hari itu aku simpan azam. suatu hari aku mesti berusaha untuk cantikkan gigi aku. masa tu braces tidak popular tapi dah ada orang pakai. aku rasa pelik. tapi aku kena pakai untuk mendapatkan gigi yang teratur, putih dan bersih seperti kehendak fasha. bukan untuk dia tapi untuk keyakinan aku sendiri. kalau sebelum ni kalau ambil gambar mesti nak senyum kepit. bibir bertemu bibir.tutup rapat2. malu nak tunjuk gigi sendiri. kalau senyum cameraman tercampak ke belakang. takut tengok gigi aku lah tu. aum gigit guna taring ni baru taw.

aku simpan angan aku ni. ada juga suarakan dekat mak dan abah. macam biasa. abah: ada duit? ada duit jom.*ok foine abah. mak sebagai isteri yang taat pon turut serta. mak: tanya abah.*ok foine lagi. namun siapa tahu, tuah ayam nampak di kaki. tuah aku kerajaan hulurkan. ahaks. tq hospital kerajaan. rezeki aku untuk berbraces datang juga. owh sangat perit untuk diceritakan. gigih aku menunggu dalam waiting list. gigih untuk ke melaka untuk transfer dan tukar hospital. gigih aku pulang ke selangor dari penang ber-appoinment. sangat gigih tetapi memadai.

sebelum pakai braces*abaikan kekuningan

pulang dari hospital selepas pakai braces*kemain senyum tak ingat

minggu pertama (kalau tiap minggu nak letak gambar. boleh dah buat blog braces aje)

aku mula pakai braces masa bulan puasa. syukur masa bulan puasa sebab kalau puasa tak de lah buas aku nak lahap macam2 benda kan. cuma time buka puasa lah. tak pe. bersederhana. makan bubur lambuk dan kuih tepung pelita selama sebulan. padahal orang lain time tu meriah berbuka puasa. sabar. tunggulah nanti aku dah tak sakit. nak makan kambing panggang sorang2. time tu berat turun tak payah cerita. boleh dah tu jadi duta london weight management. turun berkilo2 dalam sebulan. patutlah ella pakai braces tak buka2. nak kurus katanya.

sekarang ni dah nak masuk 2 tahun aku pakai braces. setahun lagi nak buka. itu jangkaan doktor. kalau dah 3 bulan postpone appointment. doktor mesti cakap tak payah buka lah*nanes.

Saturday, 9 June 2012

memutihkan ketiak


yang pasti ini bukan saya tapi underarm saya seputih itu.(wah engkau)

Bukan main artis tu ber-sleeveless. putihnya underam dia. Bersihnya. Macam mana dia buat ye? Cuba check underam masing-masing, sama tak macam artis2 yang yakin bersleeveless? Putih dan bersih tak? Tidak bukan? Adakah ini kerana artis dilahirkan gorgeous serta mempunyai underam yang putih dan bersih? Mustahil. Mereka juga manusia. aku juga manusia. Mesti aku pun boleh mempunyai ketiak(eh tak tak gune underam dah?penat) yang bersih juga.*ok geli

Aku kan manusia gigih. Aku mesti nak selidik macam mana lah diaorang boleh dapat ketiak sebersih itu. Bagi menjawab penyelesesaian itu aku perlu cari sendiri. Takkan aku nak tanya abah, emak, atok dan nenek kan? Kalau diaorang bagi jawapan pon mesti berunsurkan tradisional dan kejawaan yang kadang2 leceh untuk dilaksanakan. Maklumlah aku ni bukan busy. Busy nak menghadap muka buku. Lepastu punya lah berat bontot nak minum air pon suruh adik ambilkan. *Sayang along tak? Sayang. Kalau sayang tolong ambilkan along air. Tqqqqq

Mungkin juga diaorang akan suruh aku sental ketiak dengan arang sebab emak cakap petua orang2 tua dulu2 kalau nak putihkan gigi cuba berus gigi pakai arang. Ha, sentallah ketiak pakai arang. Confirm putih. Malah, petua ini juga telah dipraktikkan oleh beberapa orang kenalan dan berjaya. Bukan pada ketiak ye. Tapi pada gigi. Aku tak pernah cuba sebab aku kan malas. Jadi aku telah jadikan mr google sebagai rujukan aku. Aku google search. Aku juga merujuk kepada mr youtube. Kedua2 nya memberikan jawapan yang bernas kepada permasalahan aku.

Walaupun kita di zaman moden. Jawapannya masih tradisional. Mudah. Hanya menggunakan lime. Limau purut. Here are the steps:

Cukurkan bulu underarm(kasaw pulak bila guna bulu ketiak.ye idak?)  anda sehingga bersih menggunakan razor blade, pisau cukur anne kedai gunting rambut atau boleh juga menggunakan penyepit bulu serbaguna(hidung, misai, ketiak dan segala tempat boleh guna.tapi tahan yo lah pedihnyew)

Sesudah cukur anda biarkan ketiak anda selama sehari. Jangan pakai apa2 takut nanti senang kena infection. Lepas shave kan luka. Pisau kan. Tapi kalau anda adalah kebal dan suka ketiak anda lebih hitam. Gonyoh terus limau purut kat ketiak anda. Hasilnya memberangsagkan di mana anda akan menglamai kepedihan melampau, kehangitan ketiak dan hitam sepanjang zaman.*kidding.for few days kot.

Kalau shave hari ni. Bolehlah gonyoh limau purut tu besoknya. Jangan on the spot k.nanti jadi macam di atas.takutkan. gonyoh slow2 ok. Jangan ganas2. Jangan gonyoh sampai nampak isi danging ketiak. Takut pulak kitew.ahaks

Ok lah. Selamat mencuba. Lepas ni yakinlah aku nak keluar rumah pakai singlet. Lepastu sengaja nak buat lenguh menggeliat tolak tangan ke atas. Fasha sandha tengok makan hati.hakhak

yang pasti aku bukan duta produk ini. tapi gambar nampak bagus kan. watson!


Thursday, 7 June 2012

manusia teknologi


Ini cerita lawak antarabangsa darjah satu. Mak dan abah gelak sakan bila dengar cerita ni. Adik aku yang bongsu bernama husni used to call uni merupakan kanak-kanak yang lahir pada zaman serba canggih berteknologi tinggi. lahir pon di hospital beteknologi tinggi. bila segala benda di sekeliling berteknologi tinggi, manusia yang lahir pada zaman tu pon haruslah berteknologi tinggi. uni seawal usia 4 tahun dia dah pandai buka computer*erm.benda biasa je tu. Ok.

owh muka sangat innocent (ini dulu)

aku nak tidur boleh jangan kacau tak? (ini sekarang. boleh tak tolong maintain muka yang dulu)

Pada usia 5 tahun pula dia dah pandai bermain game counter strike walaupun abang dia yang kini berumur 22 tahun tak pernah langsung main game tu. Uni juga merupakan pemain tegar counter strike dan need for speed 24 jam tanpa makan, mandi, main di luar dan tidur. Dia bosan dengan kedua-dua game tersebut, beralih pula kepada game plant vs zombie*hebat kan? tak lagi? ok

Abang dia ada facebook. Dia pon nak ada facebook. Mana boleh kalahkan manusia beteknologi tinggi ni. Tak silap aku husni ni dah ada 4 facebook. semua facebook baru dia nak add aku dan haruslah aku ignore je sebab aku tahu tak de satu pon yang dia guna nak keep in touch melainkan game dan game. Kesemuanya sangat berguna untuk main game di facebook seperti wild one. Car crash dan etc. tak cukup dengan 4 facebook yang telah dikendali, facebook aku juga menjadi mangsa bagi memenuhi nafsu buas dia main game. Setiap facebook akan di buat baru setelah dia dah habis main satu2 game. Limit kan. meaning dia dah main game tu sehingga peringkat teratas. tak puas dia akan main lagi. So dia akan buat facebook baru.

Satu hari ni uni minta tolong abang mithali dia buatkan facebook baru.

Malas lah. Uni dah ada facebook.buat apa nak buat lagi. Nanti tak belajar*so good brother. Pelajaran lagi penting adik

Husni. Berteknologi kan. Dia nak buat facebook sendiri. Kita semua tahu dekat homepage facebook kita boleh mendaftar dengan mudah. Isi your first name. surname . Email dan i am?*sila rujuk kalau tidak pasti. amboi! gigihnya.

Ini kelakar. ini lawak. Uni isi semua sendiri. Aku malas nak layan. aku tengok tv. tiba2 uni panggil

Husni: Along macam mana ni. Uni dah isi semua tapi yang ni macam mana? yang Ma-lay dengan fay-ma-lay?( male dan female)
Along: huh? Jap.

Ok. Aku gelak sakan. Kalau boleh sampai besok aku nak gelak. uni besar nanti nak jadi angkasawan. yo lah kau dik. along sokong uni. aja!aja!ajah!

Wednesday, 6 June 2012

5 al farabi, 5 15, 5 suku

aku bermula dengan seorang yang sangat lah malas semasa di sekolah rendah. masa UPSR siapa yang pulun study? aku bukan orang yang pulun study. bila kita tak pulun. result pon tak maw pulun datang kat kita. aku redha. masuk di alam sekolah menengah. kami merupakan batch pertama yang menggunakan English in Maths and Science. erk? English memang "makanan" aku. no hal lah. pheww*lurut dahi

English bagi orang kampung seperti aku sangat sukar. tambahan lagi bahasa kedua orang2 kampung aku ialah bahasa jawa. jawa totok. siji loro telu papat limo. atuk aku cakap jawa dengan aku walaupun kadang2 tak faham. aku jawab haa.iye tok. mak aku boleh berbahasa jawa. jadi tidak mustahil untuk Bahasa Inggeris aku tidak maju walau setapak. aku bangkit berbekalkan result yang gemerlap masa UPSR dan gemilang masa PMR. alhamdulillah. syukur.

aku masih di sekolah yang sama masa form 4. aku anak cikgu. abah aku ajar PJ kelas aku. aku tak pandai main sukan. aku dapat tawaran masuk MRSM. aku cepat2 masuk MRSM sebab kalau stay dekat sekolah lama abah akan ajar PJ kelas aku untuk 2 tahun. haha*good reason.

MRSM. satu kejutan budaya untuk aku. banyak aku belajar. banyak aku menangis. banyak aku gelak. kenangannya masa MRSM. kalaulah boleh putar masa. aku tak nak masuk sekolah menengah. aku nak jadi baby. tak de masalah. tak perlu stress. tak perlu konflik. tak perlu tangani masalah, stress dan konflik. aku syukur aku ditempatkan di kelas bersama ahli kelas al farabi. ahli kelas 15 dan ahli kelas suku semasa di MRSM. walaupun banyak orang cakap kelas kitaorang kelas skema. tapi kelas kitaorang selalu menang kelas tercantik. kelas kitaorang ada carpet. best!


jangan cakap gigih aku buat. aku godek laptop aku. aku jumpa. semua adik2 lagi.comel.

kelas ni banyak drama. gaduh tu. gaduh ni. tumbuk tu. tumbuk ni. tapi kitaorang bahagia. kitaorang ada Meggi cup fair anjuran Syaqiir. kelas kitaorang ada sesi bersama Syed ala2 semanis kurma. owh. mana nak dapat tu semua? mustahil tak untuk kita semua berkumpul dan ber-meggi cup fair semula? bila nak jejak kasih ni?

aku pernah masuk pertandingan nyanyian lagu patriotik. pernah dengar lagu sejahtera malaysia jadi lagu tradisional? jemput aku nyanyi kat kenduri kahwin korang.

Tuesday, 5 June 2012

semut dalam air

owh!*jari menunjuk ke langit. teringat dulu masa di sekolah menengah. aku bersekolah di MRSM. semua oranga akan anggap "wow! budak MRSM! hebat woo!" tapi tidak bagi aku sebab aku adalah contoh terbaik bagi budak MRSM yang tidak mendapat keputusan cemerlang seGemilangnya MRSM. ini berpunca daripada diri aku yang suka sangat minum air semut. makan kepala ikan goreng yang garing*umph* tengok benda yang bukan2. dengar umpat umpatan. masyaAllah. tapi itu dulu. tidak sekarang. tapi sikit je sekarang.*tetap.hakhak

tentang air yang bersemut. aku ni memang penyegan. kalau di kedai makan, nak minum air. tiba2 nampak kepala semut, lepastu badan semut berenang dalam air aku. aku cukup jarang nak pergi panggil waiter kedai makan lepastu bisik konon tak nak bagi orang dengar kau mengadu kata ada semut dalam air. padahal masa kau panggil waiter jerit bukan main semua dah tengok. cukup jarang. aku yang kononnya baik akan keluarkan semut tu lepastu minum air tu( itu kadang2). selalunya aku akan tinggalkan je air tu. tapi itu dulu masa sekolah menengah.

sekarang berani kau buat cam tu. memang tidak. sejak dah ada duit sendiri, air teh tarik RM1.20 ada semut aku panggil waiter tukar. tapi masih berbisik. wajib tukar. tapi kadang2 aku takut jugak. mana lah tahu kan. 2nd time dorang wat air tu. dorang perah air lap meja buat bancuh teh tarik aku ke? dorang masukkan apa2 ke? pengalaman mengajar kita. aku ada kawan yang kerja kedai makan buat apa yang aku cakap tadi. ye lah. kalau hari tu kau bangun lambat lepastu kena tunggu bas 2 jam padahal masuk kerja 3 jam yang lalu. tak emo sampai kat tempat kerja? tak mengamuk bos? tak ke kau nak bahan pelanggan yang demand dan diva.

baru tadi time tengah mandi aku terfikir aku nak post apa. aku dah plan baik punya. aku susun mengikut kerangka sebab aku rasa benda tu penting untuk diceritakan di dalam blog ini. tapi sekarang.haish.*semut!semut!* apa nak jadi?

Sunday, 3 June 2012

kad kahwin

fuhhhh. cuti ni memang busy. busy dengan kenduri kahwin. aku memang suka pergi kenduri kahwin. makan sedap. makan free. minggu ni je abah dah dapat 3 kenduri. tentulah aku yang paling teruja nak pergi kan di samping mak yang dua kali teruja sebab mak cakap kita kena pergi kenduri2 ni. nanti kalau kita buat kenduri orang tak maw datang.

abah semenjak meniti usia senja ni*tapi muka seusisa 30* dah malas nak pergi kenduri. abah nak jaga badan. makanan dekat kenduri berminyak, berkolestrol tinggi dan berlemak katanya. kononnya tak mahu buncit mencecah usia 50 tapi aku tengok sekarang dah boleh tu daftar geng MKD(Maju Ke Depan). tapi ramai kawan aku yang datang rumah akan cakap wah!parents ko nampak muda lah. ayah kau askar ea? no. my father is not a soldier. he is a teacher*Oh myEnglish.

mungkin ramai yang tidak tahu, aku pon baru tahu. bagi setiap orang yang mendapat undangan atau jemputan kahwin. maka adalah wajib untuk anda pergi ke kenduri tersebut melainkan atas sebab keuzuran dan sebab2 yang tertentu serta sebab2 yang boleh diterima akal. aku pon tak sure kesahihan hukum ni tapi orang bagitahu aku ye. saya ulang. orang bagitahu. dalam 3 kenduri yang abah dapat tu. ada satu keluarga yang telah menjatuhkan hukum wajib. wajibulghunnah. wajib pergi. mesti pergi.



maaf atas kualiti gambar di tahap sedih. gambar diambil menggunakan camera handphone pertama di cipta.

tak terkejut beruk kau? tiap2 hari ada orang yang berlainan hantar kad kahwin yang sama ni kat rumah aku. yang pastinya penghantarnya orang yang berlainan. aku pastikan kad tu betul2. aku baca setiap kad yang sama tu berulang kali. mungkin berlainan alamat tapi diaorang buat  dekat kedai kad kahwin yang sama. mungkin kedai kad kahwin tengah buat sale sempena cuti sekolah kan. tu yang ramai orang buat kad yang sama. namun begitu, tekaan ku meleset. alamat yang sama. pengantin yang sama.

kalau dah sampai 3 kad sampai rumah. ni kalau tak pergi juga besok boleh lah ramai2 terjun jambatan berirama. dimulai abah, mak dan seterusnya. next!

atuk dan nenek

syukur sehingga waktu aku menulis blog ini. aku masih mempunyai atuk dan nenek yang sehat walafiat. kedua-duanya dari belah emak. belah abah dah lama meninggal. nenek meninggal masa abah berumur 12 tahun dan atuk meninggal ketika aku masih kecil*sedih* tak pernah melihat wajah. hanya mampu menatap gambar. kalau pernah tengok pon mungkin aku dah lupa. masa tu kecik lagi kan.

hujung-hujung minggu ni keluarga Wak Salim dan Wak Yam(gelaran untuk atuk dan nenek aku) sememangnya penuh dengan undangan dan jemputan kenduri. macam2 kenduri. disebab kan mak dan abah masih di terenggagu, mak ngah se-family balik kampung. jadi tinggal aku je si cucu mithali yang ada dan boleh memandu untuk menjadi driver. memang aku lah kena bawa atuk pergi kenduri. best woo kalau naik kereta dengan atuk aku, aku jadi driver dan atuk co-driver. kali ni nenek tak ikut sekali sebab nenek ke kampung bersama mak ngah. kalau nenek dan atuk naik sekali memang perang weyh. tapi diaorang ni selalu perang2 manja je. suami isteri. dah berapa lama diaorang bertahan. mak aku sekarang dah berumur 48 tahun. 48 tahun + 1 tahun fasa mak dalam rahim : berapa lama tu? lama kan.

atuk dan nenek selalunya akan beradu kehebatan masing-masing dalam menunjuk arah. aku jugalah yang akan menjadi mangsa. berhenti tepi jalan lepas tu tanya betul2. cakap betul2. arah mana yang betul. macam mana nak pergi rumah si polan? mana tidaknya. kalau atuk kata kanan, nenek akan kata kiri, bila atuk kata terus, nenek kata belok. huh? orang belakang mesti bengang dengan aku sebab aku bawa kereta dah macam orang mabuk. kejap kanan kejap kiri. brek mengejut.*ampun*

sungguh indah ada nenek dan atuk yang suka bila cucuk dia balik. nanti nenek akan hantar lauk kat rumah. lepastu kalau cucu dia pergi bercuti. dia akan suruh mak simpan lauk dalam peti ais. simpan lauk tu untuk along. nanti dia balik dia boleh makan. atuk pula memang suka bercerita. pagi tadi masa pergi rumah atuk, atuk cerita pasal dia ambil lesen. tadi masa pergi kenduri lalu kat tempat driving school, atuk cerita lagi macam mana atuk ambil lesen dulu. lepastu masa balik lalu lagi kat driving school tu, atuk cerita lagi dan lagi pasal dia ambil lesen. atuk.atuk.atuk. kita dah tahu. tapi atuk tetap atuk. nanti besok2 dia cerita lagi.haha

oh nenek dan atuk. i love you all lah.



Saturday, 2 June 2012

cili terbaik

masa kecik2 mak selalu cakap,

kalau mulut jahat sangat.mak cili2 mulut kau long!

kalau tak pernah boleh tak aku nak tabik spring kat kau. well, aku memang famous among my friends and relatives serta orang terdekat dengan aku, aku ialah seorang yang mulut tak de insurans(kadang2), mulut lancang(kadang2 juga) dan berterus terang(ini selalu). good what kalau terus terang? daripada aku hipokrit. tapi terus terang aku pon tetap ada kawan aku yang cakap aku ni hipokrit.sedih.sobsob.kadang2 pendapat orang tentang diri kita adalah yang terbaik. take it positive!positive!

tadi aku pergi makan luar, alang ajak try makan kedai baru buka. kedai char koey teow. aku pon apa lagi. of  course aku nak try. dah 4 tahun lebih aku duduk penang. aku da merasa macam2 char koey teow pelbagai jenis rasa. aku nak tahu lah kedai ni sedap ke tak? alang cerita dia makan hari itu dengan abah sedap.

abang bawa adik pergi makan macam cool kan. 2 orang je ok. abang mithali kan. aku pon duduk dan order. bukan pasal char koey teow yang aku nak highlightkan dalam post ni. tapi tentang cili. lebih kurang setengah jam aku duduk, makan dan bersembang dengan alang. tiba-tiba*suspen kan.

tiba-tiba.tiba-tiba.tiba-tiba*eyes roll, meluat.

aku rasa punggung*nama lain bagi bontot* aku panas. pedih mungkin. aku pelik? asal? mungkin sebab seluar aku ketat. aku kan suka pakai seluar ketat. skinny kan. style kan?*hak tuih. aku buat bodoh je. selang 10 minit aku rasa makin pedih. aku pegang seluar aku. basah. OMG! kenapa ni?

aku bangun. okeyh! yeay! ada cili. aku duduk atas cili! memang terbaik woooo. baru sekarang aku faham sakitnya kena cili. kalau dulu mulut aku kena sental dengan cili oleh mak aku. confirm sekarang aku dah bisu. memamg pedih. sekarang aku menaip ni pon rasa pedih lagi. duduk atas ais.haha

Friday, 1 June 2012

mengubati cagu

cagu?apa itu cagu?*wah!ayat baik punya* menurut mr google:cagu ialah sejenis penyakit bernanah pada kuku.that's it?huh?simple gila. pendeknya. bagi aku cagu ialah satu penyakit di jari khusus kepada ibu jari kaki yang berbau busuk kerana menghasilkan nanah kemudian kuku akan buruk. lepas tu malu bila sembahyang berjemaah sebab time rukuk akan nampak kuku sendiri. lengkap dan padat. hakhak

sebut pasal sembahyangkan. aku malu sangat weyh. aku sememangnya pengidap penyakit cagu tegar sejak sekolah menengah. ini mungkin disebabkan aku suka pakai kasut yang saiznya lebih kecil sebab aku suka feeling kaki aku kecik muat pakai kasut orang lain padahal kaki kau saiz gajah.saiz gajah! faham tak?*tolong sedar diri*

tadi aku sembahyang jumaat. macam biasa takbir. al-fatihah dan rukuk. time rukuk tu aku malu sangat. boleh pulak kan aku terpandang ibu jari kaki aku.OMG!'cantiknyaaaaa'. terus aku terfikir. apa lah orang ni rasa bila dia terpandang jari kaki aku ni? mungkin nak muntah. ke aku je perasan padahal orang tu tak pandang pon. sekarang kan cuti.aku dengan harapan time cuti ni aku nak rawat kuku aku.aku nak elokkan cagu aku.aku letak inai kat cagu. orang2 tua cakap kalau letak inai insyaAllah cagu elok.

gigih aku tumbuk inai pakai batu lesung mak aku. pedas weyh ibu jari sebab tu lesung mak tumbuk sambal. tak melekat pedas cili kat inai tu? tak pa. aku rela demi elokkan jari aku. jadi bila dah berinai.kuku aku yang semulajadi bercagu dan coklat itu menjadi hitam sebab bercampur dengan colour oren inai. eeee. buruknya. tapi memang aku puas hati. betul2 berkesan.nanah2 semua hilang. kering. tapi macam biasa. aku ni memang tak istiqamah. pemalas. pakai hari ni besok tak pakai dah. sama lah macam aku pakai product muka. semua nak try. lepastu bila pakai sikit naik jerawat terus ke tong sampah lah tempatnya. tak pon aku buat koleksi je.

tadi aku google cara merawat cagu. ada seorang insan ni suggest try pakai product farmasi brand ecocot. dia cakap berkesan. lepas ni yakinlah nk sembahyang dengan khusyuknya dan lebih yakin untuk berjalan di luar dengan kaki ayam sebab kuku dah cantik.*facepalm*