Wednesday, 25 July 2012

putrajaya challenge park presint 5(taman cabaran)


sudah 3 tahun rupanya Putrajaya Challenge Park(PCP) ni dibuka. aku tahu pon around last year sebab pak su aku ada bagitahu dia pergi wall climbing dengan kawan2 dia. macam best. detik hati. tapi seganlah nak ikut diaorang. tak sangka pula time reunion 5 suku hari tu, kembar ajak pergi main wall climbing. akhirnya! kalau tak aku lupa langsung pasal tempat tu.

kedudukan PCP ni memang rumit sikit. mungkin sebab tu ramai orang tak datang kot. mungkin kalau orang yang tahu pon akan datang sekali sekala sebab nun jauh di ceruk putrajaya. mercu tanda yang akan memudahkan anda dan anda untuk pergi ke sana ialah tanah perkuburan putrajaya. lepastu anda akan bertemu dengan round-about then straight dont belok2 sebab round-about tu ada 2 cabang je. masa kami pergi haritu pon tak ramai orang. eh! tak de orang lagi menggambarkan suasana pada masa itu melainkan yang ada abang jurulatih dan mak guard juga kami 4 berempat. mula2 ingat tak buka. tetap gigih keluar kereta even kalau tutup nak pergi ambil gambar dekat front gate.

ok. mungkin ada yang berminat untuk melakukan extreme activities baik bersama rakan taulan mahupon family. better dari kita pergi mengelamun tak tentu pasal. sengih2 depan lap top sorang2. mari kita mengamalkan gaya hidup sihat juga berpeluh yang akan mengeluarkan toksin dari badan. bila toksin keluar, sistem dalaman badan akan lebih baik. bila dalaman baik, luaran juga akan beransur baik seterusnya cakap selamat datang kulit yang cantik. eh!

sedikit info. PCP terletak di presint 5. berdekatan dengan presint 20. pastu kalau nak senang lagi pergi PCP ni, pastikan anda sentiasa alert dengan papan tanda yang bertulis taman cabaran. kalau focus dan tidak jakun pandang keliling anda mungkin akan sampai di PCP dengan selamat dan jayanya.

apa je ada dekat PCP ni?
ok let me tell you. PCP ini ada banyak facilities seperti:

skatepark(skateboard, bmx dan inline) bagi yang yang selalu petang2 bawak skateboard ke jalan yang tinggi sikit atau berbukit lepastu naik atas skateboard dan tolak pakai tangan. anda boleh beralih kepada cabaran yang lebih sukar di PCP ini. why not? try lah. takkan asyik nak main dengan adik suruh dia tolak je kan.

mtb tracks(cross country, freeride dan downhill), bagi pengunjung dan penduduk putrajaya yang tidak pernah merasa suasana desa. ada dijemput ke sini untuk cross country. desa lah kot.

wall climbing(speed, boulder dan lead) yang ini aku buat. wall climbing ni ade dua side for beginners A dan beginners B(superior). huh? tak faham. ok let me explain. beginners A ialah wall yang simple dan rendah je. tidak memerlukan tali tetapi sangat mencabar. aku dah cuba. tak sampai separuh dinding pon aku mampu panjat sebab wall tu condong. kalau tangan kau kuat mampu bertahan dan mencengkam. engkau hebat hebak.

Beginners A

Beginners B ialah wall yang tinggi dan memerlukan tali dalam climbing. tak nak tali pon tak pe. itu kalau kau ada 10 nyawa lagi dalam peti ais. bagi kita2 yang beginners ni aku cadangkan try both A and B. kenapa? kalau yang A(basic) kau akan cepat bosan, lol daki je kot. untuk lebih cabaran, extreme dan taruhan nyawa di hujung tanduk. lets try B. tinggi dan extremely extreme!

Beginners B

fun park(bmx dan mtb). adik-adik bmx yang suka buat konvoi time merdeka boleh lah ke fun park ni praktis tambah tenaga nak konvoi merdeka yang akan menjelma tak lama lagi.

masa bila buka dan bila pula nak tutup?
operating hours PCP for skatepark from monday to thursday ialah dari 10 pgi hingga 7 malam, jumaat hingga ahad pula dari pukul 10 juga hingga 11 malam.
wall climbing, sunday to thursday dari jam 10 pagi hingga 8 malam, manakala rabu, jumaat dan sabtu bermula 10 pagi hingga 10 malam(shift kilang, tercabut tangan  abang jurulatih tu)
mtb tracks dan fun park monday to sunday 10 pagi hingga 7 malam.


kalau nak masuk bayar berapa?
kalau baca dekat brochure dia. diaorang tulis the cheapest entry fee in th world. in the world! worldddd. jerit sebab biar betik? gila kentang murah kan. berapa? ok for public rm6 dan for student rm3(sila pakai uniform sekolah untuk murah. *kidding* bring along your student card and yes! you will get the student price). namun begitu. ada namun, berbeza untuk wall climbing. pembayaran adalah berbeza jika anda mahukan seperti:



kurang jelas. meh aku terangkan. di ruangan flash itu tertulis climbing rope, bawahnya pula harness, climbing shoes, chalk bag dan belay device.


ha. dah boleh jadi duta PCP aku ni. ok lah sebarang pertanyaan sila layari putrajaya challenge park dan berhubung dengan pihak mereka secara terus. enjoy! fun! extreme!