tapi jangan dijadikan alasan sedikit itu tidak meriah. owh reunion yang berlangsung selama tiga hari ini sangat havoc, meriah dengan aktiviti yang pelbagai, padat dan mampat. makan-makan yang macam-macam. mengamuk. jerit. gelak. PENAT
Day 1
kanak-kanak ribena ini tiba di rumah "teratak ramada"(rumah aku) lebih kurang pukul 12 malam. mula2 kata sampai around 10 pm. katanya. tapi kita semua ni melayu. tak melayulah kalau datang tepat waktu(ampun!haha). masuk rumah salam2 then aku terus bawa diaorang pergi lepak mamak sebab kalau dekat mamak kau gelak mengilai macam pontianak orang tak kisah. kalau dekat rumah kau gelak macam hantu raya, mengilai macam pontianak lepastu kena ketuk kepala sorang2 dengan berus jamban. kena redha. orang nak tidur kat buat kecoh kan!
pulang ke rumah dan menonton telefilem Cik Paris Diva Kampung dan tidur berirama seperti gambar di atas.
Day 2
muka tak cukup tidur, tidur pukul 4 bangun pukul 7 dan bersarapan di kedai roti canai paling famous di Kampung Sungai Ramal Dalam. mimik muka dilakukan mengikut kehendak photographer*padahal candid. hodoh sungguh
menikmati roti canai dan kekal ayu.
merah muka aku sebab menahan malu ambil gambar 4 orang. duduk rapat2 sebab nak muatkan dalam frame lepastu semua orang pandang sengih2. tak pe. lepasni tak maw datang dah. haha
berada di The Mines pada tengah harinya. gambar diambil selepas menonton wayang dalam keadaan 'anda memang benganggg'(slot hot fm) tapi masih tersenyum yang ikhlas(kan?)
kalau bengang ubatnya makan. jom makan KFC, KFC kan ada lunch treat. jimat sikit untuk aktiviti seterusnya yang memakan belanja besar. macam lah KFC murah kan?
lepas dah makan. jalan2 dalam The Mines. shopping. tiba2 aman berdehem.ehem ehem. ok faham. tekak gatal. jom karaoke. karaoke dekat sini mahal dan lagu tak berapa nak update tetapi puas hati sebab menyanyi banyak lagu, tak sempat nak habiskan satu lagu sebab rasa tak masuk dengan key suara masing2(wah wah!), tukar lagu lain dan feeling2 stacy menyanyi sambil menari padahal nyanyian ke laut. jauh dalam 7 batu.
akhirnya dapat minum chatime(sengetkan kepala ke kiri). dah lama mengidam. akhirnya dapat juga minum walaupon elaun tak masuk lagi.
syaqiir belanja makan big apple. oh tidak. kami bayar sendiri. syaqiir belanja 50 sen setiap seorang. TQ syaqiir, nanti belanja 50 sen lagi. 50 sen. 50 sen(aisyah 50 sen, astro ria)
setiap aktiviti mesti ada gambar berempat. kalau bertiga orang kate suwey (betul ke?)
drive pulang ke rumah, senyum walaupon poket kering.
makan malam terakhir di rumah aku. rasa nak raya time ni sebab mak masak rendang. rendang terbaik. sedap. kalau tak sedap tak bertambah2 kanak2 ribena ini.
Day 3(last day)
rock the wall climbing di Taman Cabaran, Putrajaya Challenge Park. besok nak puasa dah. mari berpenat-penatan hari ini.
penat gila main wall climbing ni. kitaorang tak dapat main yang edventureous punya sebab tak ramai pekerja time ni. ada sorang je. mahu patah tulang dia nak tarik sorang2.
berguling2 atas tilam ala2 kuch2 hotak hey.hakhak(geli tengok aku, scroll down bawah cepat2)
akan ke sini lagi suatu hari nanti. sebelum tu nak built up muscle biar ketul2. kuatkan tangan baru boleh sampai ke puncak tertinggi. tak de lagi jatuh melepek atas tilam sebab tak larat nak berpaut pada dinding.
reunion yang sangat indah walaupon 4 orang sahaja, kenangan terindah. semoga berjumpa lagi nanti kawan2 dunia akhirat. bukan sekadar kawan tetapi sahabat.
4 comments:
ehem!jalur2 rindu haha
ehem2.sy syg kamu anonymous. sy tahu siapa anda :)
Iman juga yg paling cantik dlm gmbr terakhir.
C N II: pernah ke tak cantik sebelum ni. u sendiri mengakui hr jumaat ritu.haha
Post a Comment