Saturday, 14 July 2012

Keputusan peperiksaan

Alhamdulillah syukur. Semester ini aku dapat result yang memberangsangkan. Walaupon tak dapat hadiah pen, makan kfc, pergi mandi kat Port Dickson(PD) kalau dapat nombor 1 masa sekolah rendah dulu. Aku syukur dapat menggembirakan mak dan abah. Walaupun dulu tak suka langsung masuk maktab. Sekarang semakin suka dan sedia suka dengan maktab. Tapi drama2 swasta yang berlaku memang tak boleh di elakkan. Semua tu kan rencah kehidupan, no drama no life.boleh macam tu?*mungkin hidup aku je kot.


ini adalah lencana tempat aku belajar sekarang. ingat sekolah je ada lencana. maktab tak de? (IPGKTB stand for Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun)


Aku masih ingat kata2 abah. Minat boleh dipupuk. Aku tak percaya pada awalnya. Sebab aku ni jenis kalau tak minat malas nak buat. Aku tak minat bola. Aku tak tengok pon euro baru2 ni. Hanya mendapatkan update daripada kawan2. Lepastu sibuk2 nak tanya budak2 rumah. Lepastu masing2 kerja nak menganjing aku. Aku yang noob gila pasal bola pon percaya yang messi score untuk spain masa malam final bola hari tu. Emang dasar punya housemate, lepastu cerita dekat kelas. Oh malu sangat. Tapi yakin  je lah. Siapa suruh tak tengok lepastu budget2 nak tahu. Amik!

gambar tahun bila entah ni. godek2 laptop jumpa. baju hijau tu emak aku yang aku emo2kan dulu (kurang ajar punya anak kan)

Setelah hampir 4 tahun setengah aku di maktab. Aku sedar. Pilihan ibu bapa adalah yang terbaik untuk anak-anaknya. Masa mula2 dulu protes tak nak cakap dengan mak sebab dipaksa masuk maktab tapi sekarang mak lah tempat aku nak cerita suka duka aku di maktab. Abah pula garu kepala mana nak cekau duit sebab anak dia kerja menghabiskan duit. Hujung2 bulan. Kemut2 dalam phone mohon bantuan kewangan. Terima kasih mak dan abah yang dititipkan Tuhan memberi peluang aku merasai peluang belajar di maktab dan insyaAllah menjadi seorang guru pada tahun 2014 nanti. Sesunggunnya pekerjaan guru itu adalah pekerjaan yang mulia. Eh! Sedih lah pulak. Touching sikit. guru ibarat lampu ayam(kalau dulu) sekarang up sikit. guru ibarat pelita. tapi zaman sekarang. guru ibarat lampu LED. boleh lagi?

6 comments:

Nj said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tahniah n kakak aku kat IPDA.

tu je nk ckp, hahahaha.

naim iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah!kire kite ni ada bau2 bacang keguruan cikgu lah kan?haha.parents ko or salah sorg cikgu?

Nj said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

arwah abah aku pon pernah jadik cikgu b4 ke PPD. kakak aku skrg kt ipda, lg 2 sem kot nk habes. heee.

aku xleh nk jadik cikgu, aku garang. nt abes sume budak aku rotan, haha.

naim iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

owh.takziah utk mcty atas pemergian ayah. tp jgn risau, ayh mcty mesti dah byk berbakti utk anak bangsa sbg cikgu dan insyaAllah byk pahala yg diperoleh.
kakak mcty lg 2 sem?aku pn lg 2 sem nak habis. satu batch kah?
garang lah sesuai jd cg. baru budak2 takut. cam aku ni. baik je.x pandai nk marah budak.haha(baik ke?)

nina said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

i nk pitam bole x?

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@nina hahaha. ok boleh pitam. tapi lepas tu bangun sendiri. hehe