Monday, 16 July 2012

saya bangga saya warga Malaysia

post ini tidak berkaitan sama sekali dengan kemerdekaan, nasionalisme mahupun seangkatan dengannya. tapi berkaitan kebanggaan aku terhadap sikap salah seorang warga negara kita iaitu Malaysia. kenapa nak berbangga sangat ni? bukannya Malaysia ramai orang luar negara kenal. diaorang lebih kenal Thailand dan Singapura walaupun Malaysia terletak di tengah2 dua negara tersebut. persetankan itu, bukan kedudukan dan ke-famous-an Malaysia yang aku hendak banggakan. tetapi sikap salah seorang warga negara kita. aku terharu! aku kagum! awesome!


semalam aku bersama dua orang kawan pergi ke Aeon Jaya Jusco(JJ) Perda, Penang. kononnya nak pergi lunch than ambil duit dekat Bank Islam. ye lah dulu Bank Islam bukan dalam JJ. so, kalau niat nak pergi ambil duit je tu mungkin boleh diguna pakai. ambil duit dan balik. tapi semenjak Bank Islam berpindah ke dalam JJ. owh ini tidak baik. sebab kalau nak pergi ambil duit. kena park dekat dalam JJ, lepastu jalan kaki masuk ke dalam JJ untuk pergi ke ATM Bank Islam. sepanjang jalan tu ada kedai dan papan tanda iklan lepastu nampak tulisan besar S A L E. genggam tangan. tahan kejap. tiba di depan mesin ATM. beratur. sampai turn. cek baki. sikit dah. alang2 dah sikit keluarkan semua. kosongkan bank terus. sigh.


bila dah ada duit dalam wallet lepastu nampak ada 70% less. wow! 70% banyak tu. kalau beli baju sehelai tak luak lah. tapi tak end up dengan sehelai baju. sebaliknya dua baju. 140% less. banyak dah tu tolak. ok terus pejam mata jalan pergi park. shopping is therapy. yakin masuk dalam kereta dan nak keluarkan kereta. masa aku sampai dekat JJ, parking penuh dan banyak kereta. masa aku nak balik kereta tak banyak dah. banyak kosong. kebetulan dekat depan parking aku kosong. start kereta dan meluru ke depan konon shortcut exit dan jimat minyak(taik hidung masin). 


langit tak selalu cerah. tambah2 time tu baru habis hujan. hujan renyai2. aku boleh pula buat drama korea dekat parking JJ tu. time aku yakin ke depan untuk keluar parking konon shortcut exit dan jimat minyak membawa padah kepada aku. tayar kereta aku masuk longkang. terkejut! kami semua terkejut! aku cuba untuk keluarkan tayar dari longkang dengan reverse tetapi kereta aku tak mampu. syukur pada ketika itu ada seorang mamat(pemuda lagi manis) datang bantu kitaorang. pemuda itu bersama 2 orang kawan aku angkat dan tolak kereta sementara aku reverse-kan kereta. alhamdulillah kereta aku berjaya keluar.


gambar hanya sekadar bayangan trajedi. taklah seteruk ni. kalau macam ni aku dah gunting lesen memandu sebab trauma dan tak nak drive dah. 


dapat tak kau rasai apa yang aku banggakan? susah sebenarnya di masa sekarang untuk kita temui orang seperti pemuda tu. seriously aku bersyukur dan berdoa sangat2 untuk kesejahteraan lelaki(pemuda) tu. aku juga tak sangka masih ada masyarakat di negara kita yang masih mempunyai sahsiah seperti itu walaupon kita semua selalu disogokkan dengan cerita2 tentang keburukan masyarakat sekarang. buang anak lah. selfish lah. macam2 kalau nak diceritakan. tapi aku percaya. tidak semua masyarakat berperangai buruk seperti yang digembar gemburkan. masih ada yang berpekerti mulia seperti pemuda tu. semoga beliau sentiasa dirahmati hidupnya dunia akhirat. orang buat baik kita doakan, kalau orang buat jahat siaplah tunggu masa je aku pancitkan tayar kereta kau. bwahahaha

3 comments:

Nj said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku dh habes P pon still tkut nk drive tau, inikan pula dugaan kecil mcm tu. hoho.

len kali kena lebih hati2 la weh.

naim iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

malang tak berbau.sedih betul.dah lah ritu aku langgar orang tua.dasyat2.haha

Nj said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eeeiikkkkk!

seramnya. ko bwk kete laju ke weh? insaplah.


:P