Sunday, 29 July 2012

tawar menawar

kasut kulit(tak kulit sangat pon tapi pvc je)yang aku pakai pergi sekolah dah teruk sangat dah. bayangkan pvc yang menyelaputi kasut dah terkopek. buruk gila. jadi warna kelabu kasut aku. itupon aku yakin pakai selama seminggu aku berpraktikum dekat sekolah. tak yakin der. malu bila masa sambutan perpisahan seorang cikgu tu, semua cikgu kena duduk atas pentas. lepastu aku pulak kena duduk dekat barisan kedua hadapan. plus kitaorang cikgu baru. budak2 suka sangat tengok atas bawah. kalau buruk sengih.

tak pe. tahan seminggu je. tunggulah sabtu ahad ni. aku nak borong kasut kulit dekat downtown perda. downtown je? yes. itu je yang aku mampu. nak beli kasut kulit yang brand new tak mampu weyh. kena jadi pembantu CEO sendayu tinggi pulak. bundle pon ok. kadang2 barang bundle pon ok. cantik angat(muntah hijau).

sampai di downtown parking jauh2 sebab kalau parking dekat diaorang dah kenakan charge rm3. dulu tak de. sekarang dah ada. apacer? bulan2 puasa korang tahu  orang ramai pergi. terus korang charge parking. kitaorang satu kereta sanggup parking jauh2 dan gigih jalan kaki dengn satu hasrat untuk membeli kasut kulit. pusing2 downtown dan sampai di satu kedai suami isteri lingkungan umur 50 or 60-an. aku jumpa kasut yang aku nak. satu rm 35 dapat kurang rm30 dan satu kasut lagi rm45 dapat kurang rm40. bila tambah jadi rm70.

ralph lauren kawan. tapi bundle aje.huhu


aku nak murah lagi. rm60! tak dapat. rm 65 paling murah diaorang boleh kasi. tak dapat juga rm60. aku pon ape lagi. merengek macam bayi kawak. 

boleh lah mak cik. boleh lah pak cik...rm60..rm5 tu kira duit raya lah.. boleh lah cik..boleh lah..

aku dapat bayangkan mesti meluat gila pasangan suami isteri tu. tapi aku pembeli, aku mahukan yang termurah. ye idak? dalam masa yang sama aku dok tawar menawar tu. kawan coursemate(merangkap haousemate) aku datang kedai yang sama. disebabkan malu dan meluat yang menggunung dengan aku. diaorang hulurkan rm5 kepada aku. thanks kawan. setiap kali aku pakai kasut tu ke sekolah. banyak pahala yang akan kau peroleh(wah). lepasni ramai lah yang nak hulurkan duit kepada aku. hiuhiu. aku ambil dan keluarkan rm10 + rm 50 pinjam mie + rm5 duit orang bagi. bayar! tersenyum lebar suami isteri tu.

tak pasal2 balik tu kena basuh dengan housemate aku sebab aku tak malu pergi tawar menawar sebegitu rupa. kita kena fikir juga orang berniaga ni nak keuntungan. takkan kita pembeli nak murah je. kalau kita pembeli beli dengan harga modal peniaga. mana nak dapat untung weyh? sentap sekejap dan sedar. betul juga. kadang2 kita ni(aku juga) selfish dalam tawar menawar. kita tak sedar kita terlalu mahukan yang murah sehingga lupa periuk nasi peniaga. modal nya. sewa kedainya. makan minum lagi.

maafkan saya peniaga.

rasa berbaloi aku tawar menawar untuk kasut yang macam ni. heh!

2 comments:

ANGIN ANGAN said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak pinjam u la pasni utk tawar menawar. hehe

naim iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hiks. bukan kita selalu bersama kalau membeli ke angin berangan. hehe