Friday 28 September 2012

abah idolaku

fuh. siapa  cakap lepas praktikum(praktikal kalau kau tak faham) kita akan relax. lega. yes lega dari membuat RPH tetapi kau akan menghadapi hari2 yang lebih menderita apabila assignment yang sepatutnya dah siap dari dulu dan dah nak kena hantar tapi kau tak buat2 pon. owh tolong aku. mana nak beli satu pack mood untuk buat assignment. lecturer pula baik gila, assignmnet yang sepatutnya hantar last 3 weeks dia tak minta pastu dia lupa jadi kitaorang pon tak buat. tiba2 semalam dia minta and aku minta postpone ke hari Isnin dan dia bagi. owh baiknya lecturer ku sayang. aku yang sepatutnya dah siap dah bila dia kata hantar perlu menjawab

ya, baik sir. saya hantar sekarang 

but end up dengan

sir, kalau kami minta postpone bla bla bla boleh tak? (budak tak kenang dek untung)

sebelum ni, apa yang aku tahu tentang abah adalah benda yang aku nampak, pernah baca dan dengar daripada saudara mara. Tugasan Pendidikan Moral pada semester kali ini mengkehendaki kami guru pelatih untuk membuat penulisan tentang 2 orang tokoh yang dikagumi, satu daripada ahli keluarga dan satu lagi tokoh tempatan. tokoh keluarga haruslah aku pilih abah. abah lah manusia yang paling aku hormat tabik spring wa cakap lu. seriously abah sememangnya seorang lelaki yang serba boleh dan sangatlah hebat. alhamdulillah abah berjaya membentuk kami adik beradik, garang itu kan sayang. masa kecik2 dulu memang bengang je kalau kena marah, bila dah besar ni boleh buat lawak2 pula tang kena marah dulu2 bila sembang satu keluarga.

tersentuh semalam bila chatting dengan abah dekat facebook(wah chatting dengan abah you). banyak gila benda yang aku tak tahu tentang apa pencapaian abahdulu dan terkini. owh sangat banyak. rasa malu pula bila banyak gila soalan yang aku tanya dekat abah. tapi abah tak kisah nak menjawab soalan walaupun time tu dah pukul 12 30 malam. besok ada sekolah. hati aku lagi tersentuh bila aku tanya abah soalan ni

dah nak habis ni bah. soalan last. apa pencapaian terbesar dalam hidup abah?

ermmmmm. pencapaian terbesar abah, abah ada seorang isteri(mak kau yang dah terbongkang tidur ni)dan 4 orang putera

gelak manja depan laptop dan sebak kejap

harapan abah?

harapan abah nak tengok anak2 abah berjaya dalam hidup. itu je harapan abah

tak bergenang air mata kalau kau baca ayat tu. lap air mata dulu.

Wednesday 26 September 2012

PENANG baq hang part 3 (Bukit Bendera)

Perjalanan yang sesak dan sesat di pulau tidak langsung mematahkan semangat kami untuk ke Penang Hill aka Bukit Bendera. kami parking di belah belakang. charge parking RM5 tak silap. sign board atas batu ni hanya dapat dilihat kalau korang masuk ikut pintu belakang, nice view kot. natural gitu dalam perjalanan nak masuk. berbeza di pintu hadapan, sesak sebab ramai orang bergambar.

see. natural tak? tak nampak hijau2. ececeh

owh the new train. before ni aku pergi(3 tahun yang lepas) masih menggunakan keretapi yang warna coklat tu. yang lama punya.

que up yang sangat lama sebab banyak sekolah buat rombongan. bersepah budak2 sekolah. you can see budak2 in yellow shirt beratur panjang nak tunggu turn masuk. 

view dari atas Bukit Bendera. Subhanallah. separuh daripada Penang, ye ke?

lapar beratur. jom pekena The Famous Penang Hill Kacang Putih. katanya

uncle busy ramai sangat nak makan kacang putih famous. tak pa. banyak untung uncle. hakhak

kacang putih yang famous tu. not bad. harga semangkuk RM4. macam2 rasa ada. kari, muruku, bawang, masam. wallah! kena try sendiri. lain orang lain citarasa.

sawadikap! eh silap. namaste. di hadapan kuil atas Penang Hill. masuk adalah percuma. haha


Penang hill mosque. rumah imam sebelah masjid ok. macam mana lah malam2. seram ngat aih.

penat berjalan. penat gelak. minum ayak Teh Special Mat salai stall. harga RM2.50. sedap!

meriam pon jadi.

bergambar bersama ular sawa. erk. seram.

beratur untuk balik. sejam lebih juga lah. tak pa. pengalaman. time ni segala bau manusia ada. syukur dah lepas pengalaman ngeri ni.


merenung ke luar jendela.

here we are pintu depan Bukit Bendera. next. Nasi Kandar Line Clear


Saturday 22 September 2012

bateri kereta

sambungan dari post lepas air enjin kereta

kalau temperature naik kita boleh cari paip berdekatan dan syukur sebab air berjaya diisi dan tunggu few minutes temprature akan reda.

tapi kalau kau buka lampu kereta masa masuk car prak dalam shopping mall konon sebab gelap nanti orang langgar lepastu kau parking dekat level paling atas  sekali. lepastu kau masuk ke dalam shopping mall tanpa menutup semula lampu tersebut dan jerit hooreyyy sebab bila dah bayar tiket parking nak balik dan berlari anak menuju ke arah kereta dan semasa nak start kereta. kereta tak boleh start. bateri habis. hooreyyy lagi!

masa tu lah mulut akan terkumat kamit. beristifar bagai akan wujudnya miracle. datangnya keajaiban di mana kereta yang sememangnya bateri dah habis boleh start semula even kalau tunggu bertahun pon takkan boleh start melainkan boleh charge. ini adventerous kawan. kau bayangkan. pukul 2 15 petang dengan panasnya. aku park kereta dekat level paling atas yang tak de bumbung di tambah dengan Aman(seorang kawanku) yang datang Penang dan nak balik Putrajaya, bus dia pukul 2 45 petang. apa kau nak buat? serabut. oh tidak. tolong jauhkan.

aku ambil langkah tenang. dari level paling atas ke level bawah bawa Aman cari teksi lepastu naik level paling atas balik untuk cuba start lagi konon akan wujud second miracle. miracle tak jadi. cuba call kawan2 yang ada. ramai balik sebab hoy orang cuti 3 hari kot. harus balik rumah masing2. syukur ada Rahman(senior comel). dari level atas ke level bawah semula masuk Giant beli spanar, screw driver dan playar untuk buka bateri dan di bawa ke bengkel. naik level atas balik untuk buka bateri. cuba jaya sebab salah beli spanar yang lain saiz tapi berjaya sebab berusaha. turun level bawah semula untuk pergi charge bateri. dah siap charge dan naik semula ke level atas untuk pasang. thats it. kereta boleh start semula. jerit alhamdulillah kuat2 sebab syukur sangat sampai kalau boleh nak sujud dan2 kat situ juga.

memang aku tersedar dari kemalasan dan kealpaan aku yang aku ni sememangnya patut berhati2 dan jangan clumsy sangat kalau buat benda. check satu2. pastu jangan nak malas sangat aihh. jangan nak ikut sangat minat tu aihhh. benda yang penting untuk survive tanpa menyusahkan orang kalau boleh belajar cuba belajar. please dont depend too much on others. orang meluat beb. syukur aku hanya meluatkan rahman sebab dia tolong kitew startkan kereta balik. really big thanks to you rahman. thankssssss....jom baca blog dia rahman. promote! haha

Wednesday 19 September 2012

PENANG baq hang part 2

percutian yang konon ala2 bagpackers tidak terhenti disitu sahaja. mari kita lihat2 dan muntah2 sambil menikmati gambar seterusnya.

bangun seawal jam 6 30 pagi. bangun2 awal konon nak pergi makan dekat kedai roti canai sedap known as kedai Pak Tam. sure famous untuk budak2 maktab kat sini. tapi tutup. end up pergi makan dekat kedai roti canai mamak area mengkuang. not bad. sambal dia sedap.

orang pagi2 makan roti canai tiba2 nak makan roti bom. acane tu? gula provide glukosa untuk support badan bagi tenaga for all day long travel in penang katanya. padahal banyak duduk dalam kereta sebab sesat. sedih :(

muka happy nak start the day with easy breezy batu feringgi. on the way nak ke pulau ni.

tak main lah naik jambatan. kami naik cruise. kau ADA? feri ada! 

macam lah kau yang datang dari jauh. padahal.

 dia ni tourist dari jauh, orang pose macam tu. dia pon nak juga. tapi layak lah orang dari jauh kan.

easy breezy *erk* *erk*. kitaorang atas cruise berharga RM7.70

building yang dijumpai bila sesat.

and again. sangat historical bangunan dekat penang ni. 

currently at round-about padang kota. tak jumpa sign board nak pergi bukit bendera. berhenti rehat kejap.

itu cruise kami. wah!

best wo naik cruise *berangan* currently at tepian laut padang kota lama.

esplanade penang. whatever~

teruja lebih you. 
tak rugi sesat. dapat lalu sebelah KOMTAR

lalu je lah. motif nak singgah. KOMTAR ada apa je?

eh. masjid persekutuan Pulau Pinang. first time nampak dan first time masuk. syukur dapat juga menjejakkan kaki ke rumah Allah ini.

lain dari kebiasaan kubah dia

nak sampai dah ni Bukit Bendera kalau nampak Tokong ni. nanti aku sambung lagi naaa....



Tuesday 18 September 2012

air enjin kereta

kesedaran untuk tahu dan belajar dengan lebih mendalam tentang selok belok kereta seperti enjin, sparepart dan macam2 lagi selalu diwujudkan Tuhan. tapi atas sikap pemalas aku dan tidak berminat membuatkan aku abaikan dan bila nak mula arghhh boring dan memang tak pandai. nak buwek comano? eden cubo. cubo oi jang.

hari ini Tuhan  beri aku sekali lagi "cahaya petunjuk" selepas pengalaman lalu di mana aku lupa dan malas nak check kereta. air enjin kereta aku habis. lepastu temperature naik. orang cakap, aku degil. orang check baru terkebil2 cakap.

laaaa..... aku baru isi haritu.

haritu bila? haritu bulan lepas*jom tampar ramai2 ini budak.

cik Joe: naim, temperature kereta hang naik.
naim : ye ke? aku tengok cam biasa je(dalam hati)
          aku baru isi air haritu(yang ni aku cakap)
cik joe: betul naik sebab kalau normal jarum tu di takuk ke dua(info baru kawan2)
naim: owhhh yeaaaaa...

berhenti ambil duit. cik joe dan bismil check kereta. yeay! air habis. tunggu masa nak meletup je sebab degil sangat.


Monday 17 September 2012

PENANG baq hang

short vacation yang sepatutnya berlangsung minggu lepas telah di tunda ke minggu ini dan alhamdulillah jadi. simple and packed. sesat. ting tong. serabut. menjerit. semua bercampur dan diaduk menjadi satu. ala macam nak buat bahulu. kau kena pukul kuat2 baru dapat hasil yang sedap. macam tu juga lah percutian. kalau smooth je tak adventureous beb. mesti nak kena sesat2 juga. tapi sesat2 bermakna sebab banyak tempat kita tak tahu dan kini saya tahu.

bertemakan bagpackers. no map. no planning adalah satu cara untuk kita mencapai kepuasan bercuti di samping mengelilingi dan tawaf satu pulau sebab alih2 pusing tempat yang sama juga. tapi tak pe. kitaorang gagahkan juga sebab nama pon bagpackers tapi bagpackers ada kereta lepastu bila dah lama sangat pusing2 terpaksa menggunakan kemudahan yang ada. buat apa nak kufur nikmat. GPS kan ada. hehe

orang suruh bertolak petang tapi pagi juga korang bertolak(tiket tak ada) terpaksa tunggu aku around sejam. datang berbaju melayu sebab baru balik solat jumaat. alhamdulillah

lapar. konon separuh hari dalam bus. makan nasi lemak butterwoth. RM1 sebungkus.

RM1 kot. apa kau expect? kerang 30 ketul?hahaha


mee pokok ceri. gambar je. tak singgah pon. perut time ni dah full sangat dah.

petang ada match bola dekat SK Mohd Shah. bawa Aman dan Furhan ke simi. haruslah bagi sokongan walaupon bukan coach. cikgu datang bagi sokongan pon jadi lah.

tolong menang sebab tak pernah menang lagi ni. huhu

sesi membasuh. "awat hampa ni ketegaq sangat ha. orang dah habaq main lagu ni. hampa ni laaaa...."

laksa Tasek Gelugor. antara yang menjadi sebutan orang2 kat sini. RM2 sepinggan

nak rasa yang end up dengan habis.



tak cukup dengan laksa. kena try nasi lemak Mengkuang Titi. RM1 sebungkus. nasi lemak ni lain sikit. nasi dia macam ada rasa butter2 sikit dan lauk dia daging kari bukan sambal ikan bilis. 


malam haruslah ke Bandar Perda, antara tempat yang hidup dekat Penang ni. ada Uptown.

sebelum berjalan2 dalam uptown. makan dulu. makan lagi. nak kumpul tenaga round datu Uptown. Nasi Lemak Perda. RM4 nasi lemak + ayam goreng berempah. 



macam2 ada. Furhan cukup seronok sepanjang berada dekat Uptown ni. shopaholic Uptown katanya.

jam semurah RM10. berpinar mata nak pilih jam.

dah penat pusing Perda. makan Burger Boy Penanti pula. kedai burger ni juga merupakan satu tarikan area Seberang Prai. ramai gila even dah malam pon. time ni pon around pukul 12 30 pagi.

owh. jam baru. jam Uptown je pon tapi bukan yang RM10 ok.

burger rusa. ye ke rusa? kot2 lembu. dia kata rusa. kita apa taw? kita tahu makan je.

burger arnab. "must try!" kata Aman. asyik dengar sedap sedap sedap je sepanjang makan burger ni.

om nom nom. dap dap dap.

muka happy dah habis makan. balik rumah tidur. esok nak travel satu pulau.

lagi banyak gambar akan menyusul. jangan kau muak sudah. memang kalau boleh nak upload satu album tapi sebelum kau muntah hijau depan laptop baik stop kejap.