Wednesday, 27 April 2016

Tips Penjagaan Retainer

Assalamualaikum wbt

entry ni aku dah peram berapa lama aku pon tak tahu dan aku pon dah lama gilaaaa dah buka braces aku. malam ni terasa macam nak update blog. here we go. ada few sentences yang aku edit dan tambah. tolong gelak sebab ayat-ayat di bawah adalah semasa aku berumur 23 tahun and now i am 26. jom gelak beramai-ramai.


                                        ....................................................................................


dalam entry-enty yang lalu. aku ada beritahu kan sekarang aku adalah pemakai retainer since my braces dah dibuka beberapa bulan yang lalu (tak ingat berapa bulan). sesudah beberapa bulan ni. aku dapati penjagaan retainer agak sukar memandangkan retainer yang aku pakai berbentuk plastik dan besi like i told u before. refer to this ENTRY. kebersihan juga perlu diutamakan kerana waktu siang mulut kita aktif gila, makan itu makan ini, kunyah itu kunyah ini dan kalau tak makan malam maybe kau akan minum air susu. lepastu air susu manis. malas gosok gigi. laputan gula melekat di sekeliling gigi. bahaya! let me tell you macam mana penjagaan retainer yang baik mengikut tunjuk ajar nurse and based on my experience.

berus gigi sebelum pasang
ini penting kawan. mengikut waktu kau pakai retainer. kalau aku. aku akan pakai waktu tidur sebab ramai orang cakap waktu tidur lah gigi kita bergerak. macam biasa (cara aku) akan berus gigi sebelum tidur sebab kita tahu waktu tidur lah mulut kita berehat dariada melakukan sebarang aktiviti. waktu-waktu lain bakteria tak dapat nak membiak sebab nulut asyik bergerak je. tak dapat dia bekerja dengan senang. masa waktu tidur sah-sah lah mulut kita akan tertutup. menganga. depends on how you sleep but for sure mulut akan berehat dan waktu itulah bakteria bermaharajarela. kaitan? 

pasang secara perlahan-lahan dan buka juga perlahan
demi menjaga keberadaan retainer yang super sensitif kau kena lah pakai dan buka braces perlahan-lahan. kalau patah or rosak menangis nak beli yang baru oi. dekat kerajaan you can get it like rm100. tapi kalau dekat swasta berlecak ketiak nak cari duit beli retainer yang baru. so pasanglah braces anda perlahan-lahan dan bukalah dengan berhati-hati.

rendam dalam air paip sahaja
macam aku seorang yang penjimat(kedekut mungkin juga). aku akan rendam braces dalam bekas yang berisi air paip sahaja. tak gigih nak beli segala jenis cecair yang mematikan bacteria bagai. mungkin sebulan sekali atau setahun sekali aku akan rendam air listerin. konon-konon macam mematikan bacteria. aku pon tak ingat last time aku buat benda alah ni.

berus apabila dirasakan kotor
yup. berus retainer anda bila korang rasa dah berkeladak juga berbau jamban. berus guna berus gigi yang kau dah nak buang(tips jimat dan kedekut). well. recycle lah beb dari membazir. berus juga secara lembut ya. tak memasal patah pula braces kau.

jangan letak merata. baik pakai kalau takut patah atau rosak.
last but not least. jangan letak merata your braces. jaga lah dik. duit tu. macam aku memang sebelah sinki lah tempat dia. lepas bangun tidur. cuci dan letak dalam bekas yang aku letak sebelah sinki. lepas tu mak kau muntah masa nak potong ayam dekat sinki sebab nampak macam gigi palsu. aku selalu juga menghadapi masalah hilang braces sebab mak selalu alih dekat tempat lain. geli katanya tengok retainer masa dekat sinki.

6 comments:

Dodo said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Suke bace post braces anda , bro! 😂😂

Dodo said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Suke bace post braces anda , bro! 😂😂

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Another anonymous who likes to read your braces post here! :-) good info bro. Keep on sharing.

Saya baca cerita bro yang NI dan nak tanya pendapat bro since bro pakai berulang alik kan Penang-Selangor. Faktor study ke?

Saya orang Kedah dan akan further study di KL lagi 2 bulan. Tempoh study around 3 atau 4 tahun. Means saya juga akan berulang-alik Kedah-KL

Saya nak tanya pendapat bro lebih baik pakai di tanah kelahiran atau tempat study sebab tak mudah untuk ulang-alik disebabkan faktor masa, tenaga dan kos. Based on my internet-reading (belum pergi proper check up dekat dentist),bila tengok my teeth condition saya expect akan pakai braces selama 3 atau 4 tahun.

Jadi nak senang untuk monthly check-up tu bro pilih di tempat bro tinggal atau tempat menetap? Hahah cam sama je -_-'

Terima kasih. Hope to know the answer soon :-)

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hi. Thanks for the reading. Yup masa tu belajar penang tapi duduk selangor. Memang pilih untuk buat dekat selangor sebab sambil cek gigi boleh balik kampung. Plus pkai braces ni x tentu taw. Depends atas komitmen kita. Kalau lama dan kalau dah habis belajar. Tak memasal kene ulang alik g tempat belajar. So better buat dekat kg sendiri so senang kalau balik kg pon tak kira membazir sebab mcm kita melwat family di kg. Camtuh. Btw sory for the late reply. Baru buka blog balik

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tq :)

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau retainer retak skit, kena tukar ke eh? Mksudnya, dia jd tak function ke? Bukan koyak, retak skit je kat bahagian graham blkang, tak tahu knpa.. Tiba2 je rasa ada line kasar,
rupanya retak, tp blom tahap koyak lah.. Sayangnya duit rm 100