Thursday 18 July 2013

Mengeluh Dan Beristifar

Assalamualaikum wbt

sementara nak menunggu berbuka ni. dah siap uruskan rumah. masak nasi. bersihkan sikit kawasan rumah. boleh rehat sekejap. teringin pula kita nak share satu perkara yang baik yang kita bualkan bersama cikgu sekolah. hari ini memang macam full of motivation. mungkin Allah perantarakan cikgu-cikgu sekolah untuk menaikkan semangat yang kian luntur dek tak tahu kenapa. mungkin akhir semester. 

Banyak kerja? tapi tak juga. kadang-kadang tu melangut juga. sempat lagi tengok Teduhan Kasih second round walaupun Kajian Tindakan tak berapa nak jalan. 

Kajian Tindakan tak berjalan? mungkin juga sebab tak tahu lagi sekali kenapa. rasa malas sangat. intervensi Kajian Tindakan dilaksana tapi rekod tak buat sangat sebab tak sempat nak buat beberapa kerja dalam satu masa. 

bila rasa macam banyak pula beban nak tanggung mula lah nak mengeluh. mengeluh lagi. haaa. tak baik tahu. sooo kalau asyik mengeluh je apa ubat dia?

ubat dia mudah je. cuba fikir balik. muhasabah balik. kalau rasa muhasabah leceh. cuba kita fikir kejap je dan tarik nafas. istifar. kenapa lah aku mengelauh tadi. kan tak baik. dapat pahala kerana sedar akan kekhilafan diri(wah bahasa dia)

Selamat Berbuka Puasa :)

Sunday 14 July 2013

Retainer Selepas Braces

Assalamualaikum wbt

di dalam entry yang lepas-lepas aku pernah cerita aku dah buka braces aku dengan girangnya. syukur, buat masa ini masih tiada ulser dan harapnya tiada ulser lagi selepas ini, tak larat dah nak letak garam atas ulser. lepastu nangis teresak-esak sebab pedih yang teramat OMG tuhan je tahu. kalau kau pernah kena ulser kau akan faham macam mana perasaan itu. tak perlu nak dicerita dekat sini sebab dah banyak kali sangat aku cerita. dasar suka merungut, haha

lepas buka braces hari itu, gigi aku togel tak pakai apa-apa walaupun sepatutnya aku perlu pakai retainer untuk mengekalkan bentuk gigi sebab sebelum ini braces akan menyokong mengekalkan bentuk gigi yang dulu horror dan kini cantik untuk kekal cantik. tapi sekarang bahagia kembali kerana sudah memakai retainer setelah selama sebulan menunggu retainer siap. aku sendiri tak faham sebab kawan aku yang pakai braces, dia pakai retainer pada petang selepas dia buka braces pagi tu, kira retainer dia siap dalam masa sehari. tapi aku sebulan. tapi sepatutnya redha dan syukur sebab siapa nak kasi pakai braces free kan. orang lain bayar beribu-ribu. aku ni hanya perlu gigih je berulang alik dari Penang ke Selangor.

aku tahu. selepas merapu panjang di atas. mesti kau tak tahu lagi apa benda alah lah retainer tu hoi. meh sini. nak habaq mai. haaa. retainer ni dia macam braces juga tapi retainer ni boleh buka dan pasang, dia tak kekal melekat dekat gigi macam braces. fungsi retainer pula untuk mengekalkan bentuk gigi selepas membuka braces. doktor sarankan untuk pakai braces 24 7 untuk lebih berkesan. but up to you. kalau aku. aku hanya pakai pada waktu malam sebab siang lah waktu kita macam hantu. nak bercakap banyak. nak makan banyak. segala benda banyak lah. dan kena ingat juga ya. pakai retainer adalah penting. jangan diabaikan. kalau tidak sia-sia lah kau seksa bertahun pakai braces lepastu gigi kembali horror semula sebab tak pakai retainer. nangis ok kalau jadi macam tu.wuwuwuwuwu

ini salah satu contoh retainer yang aku tahu


dan ini juga

macam ni lah retainer yang aku pakai. tapi belah atas macam ni. belah bawah pula besi yang macam di gambar kedua.

gambar adalah ihsan mr goole. bukan curi ok :)

penjagaan retainer ini sangat mudah dan mengikut doktor retainer ini perlu dipakai setiap masa kecuali waktu makan dan waktu sukan. lepastu doktor suruh jaga elok-elok sebab kalau rosak, nak buat balik kena bayar rm100. later on aku cerita pasal penjagaan retainer k.

Friday 12 July 2013

Semester 8, Internship dan Hari Sukan

Assalamualaikum wbt

yeayyyyyy!!!! 
tapi dalam yeay ada sedih. why?

dah sebulan berlalu tapi baru sekarang aku nak update yang aku kini berada di semester 8, semester terakhir di IPG Kampus Tuanku Bainun. sebelum ni sibuk sangat nak update pasal bagpackers ke Johor sampai tak menyempat nak cerita pasal semester akhir. lepastu bila dah update pasal bagpackers. jadi malas gila nak update atau tulis apa-apa yang kononnya nak menikmati semester akhir dengan sangat hectic. hectic dengan tidur ada lah. haha. 

macam biasa. bila kita seorang guru pelatih, di semester akhir ni kita akan menjalankan internship di sekolah yang kita praktikum 3 bulan dulu dan sekarang aku sedang ber-internship di SK Taman Impian. tapi internship tak macam praktikum. hanya sebulan dan kau hanya akan diberikan 2 waktu minimum atau maksimum 4 waktu. waktu lebih tu boleh goyang kaki. haaa.. siapa cakap boleh goyang kaki. waktu internship ni juga lah walaupon sebulan, kau nak pulun buat AR, laksanakan intervensi atau rawatan yang dulu masa bentang proposal beria-ria propa dekat lecturer yang kaedah itu ini bagus. at last sampai sekolah tak sempat pon nak buat sebab banyak gila program di sekolah. lepastu dengan nak laksanakan projek lagi. plus nak tunjuk betapa busy-nya aku, dah nak masuk 2 minggu actualy tapi baru hari ini aku berkesempatan nak update. nampak tak ke-busy-an disitu? 

masa mula-mula balik sekolah minggu lepas. seriously sangat teruja. baru aku faham macam mana perasaan artis bila orang nampak kita je. diaorang akan panggil-panggil dan serbu kita untuk salam. kelakar bila di ingat balik. pagi Isnin minggu lepas. sampai-sampai je sekolah terus ke kantin sebab lapar sangat. sesudah sampai di kantin. tak sangka begini hangatnya sambutan anak-anak murid kepada Cikgu Naim walaupon baru 2 bulan kamu tak jumpa cikgu. ok terus tak nak jadi artis sebab tak larat. wahhh. berangan nombor 1.

pada minggu lepas juga sekolah aku telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan which is so called Hari Sukan. kan mudah? haha. aku sekarang ni dah macam rupa udang panggang. merah menyala dan banyak pula tu jerawat-jerawat manja naik. apa boleh buat. redha. 3 hari aku di padang sebagai pegawai dari pagi sampai tengah hari. Rumah Merah telah menjadi juara keseluruhan sebab aku tengok ramai gila atlit dalam rumah merah ni, ini tidak adil! hahaha. dia bukan seorang dua orang je, boleh kata setiap darjah yang ada atlit mesti dia rumah merah. kesian dekat rumah-rumah sukan lain. sebagai cikgu baru, murid-murid mesti bersungguh tanya. ditambah lagi aku macam semua rumah nak sokong. nak bagi nampak adil katanya. ahak

cikgu rumah mana?

cikgu rumah putih.



 Sukantara dan Saringan Akhir

nak letak juga gambar ni sebab rasa macam style je kan. macam.

Cikgu Naim beraksi. ahak

Cikgu Syukri beraksi. nak jugaaaaak.

sukantara acara lompat jauh. depan sikit tu berlambak tahi kucing. merasa korang budak-budak.

Cikgu Syukri yang penyayang. gemburkan tanah biar gebu dan sedap sikit budak-budak nak lompat. calon suami sangat kan.

acara akhir lompat tinggi. oh kenangan sangat. 

Hari Sukan SKTI 2013




persedian perbarisan. sekolah ni hanya ada 3 unit beruniform sahaja tahu. Pengakap. KRS dan Puteri Islam

perbarisan oleh kanak-kanak pra. alahai comelnya, siap bermaskot lagi.

pembacaan ikrar Hari Sukan


hari sukan yang simple dan berbeza sebab sekolah ni buat pada hari Jumaat. sangat lancar dan cepat habis. mudah. kalau macam ni lah. hari-hari nak hari sukan. hahaha. tapi tak nak panas.