Thursday 28 March 2013

Operation

3 hari 2 malam aku di KPJ Kajang sememangnya tempoh yang agak lama. boring ok duduk lama-lama dekat hospital. dalam pada boring tu. banyak perkara dapat aku buat. banyak perkara yang dapat aku imbas. muhasabah diri. banyak masa aku bersendiri. sengaja tak nak dihebahkan kepada ramai orang. hanya saudara mara dan rakan terdekat sahaja yang tahu (konon macam ada orang yang risau kan?). takut nanti bila dihebahkan tak putus-putus orang datang ziarah(perasan).

pertama kali seumur hidup aku 23 tahun ni. aku kena tahan wad. ada orang tolong tolakkan katil aku(i mean nurse). aku baring naik lif. pertama kali aku dicucuk jarum untuk masukkan air. inject bius. arghhh seram bila ingat balik. dah lah aku takut jarum. ngilu rasa tangan bila ingat balik kena cucuk, pastu first time juga masuk surgeon room. cerah gila. mesti jelas gila jerawat aku yang tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan ni. mana tidak. 3 hari dekat hospital memang aku tak ambil kisah langsung pasal kecantikan (cantik ke?). yang aku tahu cepat-cepat siap operate pastu normal kembali. wahhhh. tak tahu sekarang ni tengah seksa ada kapas doktor tinggalkan dalam telinga. serius tak selesa. sekarang ni hanya telinga kiri sahaja berfungsi. telinga kanan sabar dulu ok.

actually operation ni pon tak dirancang. aku kena penyakit ni since last year bulan 10 tak silap aku. time tu selalu juga follow up dengan doktor tapi doktor selalu cakap 

kita bagi peluang dekat telinga kamu elok sendiri kalau tak elok juga dalam masa sebulan kita operate.

and the same ayat juga doktor selalu sebut setiap kali pergi follow up. tapi tidak kali ni. doktor yang menjaga aku tu pergi buat umrah. so doktor lain ambil alih aku. doktor India. bila doktor tu check dia terus cakap. kamu nak buat operation. aku terus cakap 

sekarang boleh?

tergelak doktor tu. then dia suruh pembantu dia cek jadual dia dan pada hari selasa dia free. so aku yang tak sabar dan malas nak tangguh-tangguh memandangkan sekarang cuti pon terus setuju.

Thursday 21 March 2013

Maizatul Suraya

i found this GIRL is on fire. she is my sister. my shoulder and my ears(hope so). 
nukilan Maizatul Suraya(bukan nama sebenar)


dalam hidup.

kita boleh minta macam-macam benda.
kita boleh idam macam-macam benda.
kita boleh jadi macam-macam benda.

dalam hidup.

kita boleh elak macam-macam benda.
kita boleh nafi macam-macam benda.
kita boleh tipu macam-macam benda.

dalam hidup.

bukan aku selamanya aku.
dan bukan kau selamanya kau.
manusia itu berubah sifat entah bila masa.
tapi jangan omel walau sedikit cuma.

kita mengeluh.
manusia itu begini. manusia ini begitu.
lihat cermin, pantulkan diri.
adakah aku manusia begitu, adakah aku manusia begini?

dalam hidup.

aku hanya koreksi diri.

Wednesday 20 March 2013

Dalam Hidup

dalam hidup,

minta dijauhkan dari,

si adu domba,

si pembawa mulut,

si lidah bercabang,

si pembuat cerita,

si drama tak menahan,

si penikam belakang,

tetapi,

satu aku minta,

hadirkan dengan,

si manusia yang tidak menyakiti manusia lain.

Wednesday 6 March 2013

Cikgu Itu Doktor

fuhhh.praktikum kali ini memang menguji subjek Biologi yang pernah aku belajar dulu sebagai seorang bakal guru(wah dah cakap bakal guru). sebelum ni kalau boleh lepas habis maktab terus nak apply kerja dekat pejabat PPD or anywhere else yang tak memerlukan aku bangun awal pagi seawal jam 6 pagi sebab kalau dekat sekolah punch card pukul 7 30 tapi kalau kerja pejabat pukul 8 pagi baru punch. yes. setengah jam je beza tapi kalau diluangkan masa untuk bangun lewat sangat bermakna(tak bangun subuh ke?)

peristiwa 1
aku ni kalau mengajar PJ memang suka nak tengok budak penat sampai diaorang minta aku cikguuu nak minum air cikgu. selagi tak keluar ayat tu maknanya P&P aku tak berjaya. haaaa. kejam tak? satu hari ni aku mengajar larian untuk budak darjah 3. aku suruh diaorang lagi pelbagai jenis kelajuan dalam larian. dude darjah 3 kot. aku hentam budak-budak ni lari selama setengah jam. tak biru jantung diaorang nak proses oksigen. sedang semua orang letih-letih tiba-tiba ada seorang murid aku menangis. why oh why dear? kenapa ni? saya lelah. My God! dia menangis lebih teruk. aku suruh dia ke tepi. dia duduk dan aku tak sedap hati. aku berhentikan kelas dan bawa dia bersiar-siar ambil angin konon nak tambah oksigen. nanti tak  pasal sekolah kitaorang makan kenduri tahlil dan keluar paper seorang murid lelah kerana berlari pelbagai kelajuan. siapa yang uruskan budak tu? kamu? cikgu jugakkk

peristiwa 2
aku diberikan kelas relief. tak tahu nak buat apa. aku suruh budak-budak ni buat kad sebab nak mengajar memang malas. budak-budak memang gigih. sanggup pergi kedai buku beli kertas warna nak buat kad cantik-cantik sebab nanti dapat hadiah. lepas tu ada yang sanggup beli kertas potong-potong yang harganya tak worth it semata-mata nak buat origami bintang. budak-budakkkk. aku layankan aja. sedang seronok kami berorigami bintang satu kelas. tiba-tiba ada seorang murid muntah. wekkkk. bersepai atas lantai. aku pergi dekat dia. dan dia muntah kat sebelah aku. apalagi melompat riang lah Cikgu Naim nak elak muntah. siapa yang uruskan budak tu? kamu? cikgu jugakkk

peristiwa 3
dah nama budak-budak(again). nakal memang tidak kepalang. kali ini kes budak berlari-lari waktu rehat. terjatuh. muka dulu dan tersembam. bibir die luka kecik tapi darah banyak gila. bawa pergi basuh darah dan bersihkan darah-darah yang terlekat. siapa yang uruskan budak tu? kamu? cikgu jugakkk

Saturday 2 March 2013

Hai Teknologi

dah lama tak update. tiba-tiba update terus cakap hai teknologi. konon mesra alam padahal orang marah-marah sebab tak update. dah kenapa? *ni kenapa feeling sangat ni?ingat Hanis Zalikha?*
kalau kau pengikut twitter or mungkin kau one of my friends dalam fb kau akan aku aku sangat lah, mahu lah, nak lah mempunyai satu gadget atau paling cikai pon satu smartphone. haaa. smartphone pon jadi cikai. maklumlah I kan orang yang "socialite". kena menghadap ramai kawan di twitter dan facebook. nak harapkan laptop yang jatuh hempap kaki terus retak tulang ni memang tak lah nak bawak ke mana-mana. *ampun laptop, banyak jasa kau dekat aku*

setelah sekian lama elaun tak masuk dan pada awal bulan 2 hari tu elaun masuk. aku dah pasang impian nak pakai smarphone memandangkan tablet macam tak best sebab tak boleh buat call. so dah jadi 2 benda nak kena beli. handphone baru. tablet lagi. eh alasan? boleh je pakai handphone lama. at last aku decide untuk beli smartphone konon macam best sebab boleh online dan juga boleh call. sesi usha dan survey bermula. niat hati memang nakkkk sangattttt pakai iphone. lupakan sebab elaun awak hanya 2 kali ganda harga iphone nescaya kalau beli memang menjelang hujung semester ni maggi boleh buka kilang baru sebab aku akan jadi pembeli tegar makan maggi tiap  hari duit habis beli iphone. ok tukar impian. nak note II samsung lah. wahhh angan-angannn. survey harga dan jerit saya nak 10 note II sebab "duit elaun cukup" dan "murah sangat". lupakan.

kerajaan yang baik hati sejak kebelakangan ini telah membuka satu ruang untuk aku mendapatkan smartphone dengan harga berpada dengan elaun. kau mesti tahu tentang rebate smartphone yang pada entry-entry sebelum ni aku meroyan-royan susah sangat nak daftar. tak faham! tiba-tiba kawan aku yang baru nak daftar senang gila nak daftar terus double tak faham.

owh hai teknologi itu hai ninetology. 
eh? 
ninetology? 
apa tu? 
pantyliner ke?
sejenis kuih?
ninetology itu ini!



ini baru reviewnya aja. keep update. wahhhhh