Wednesday 6 March 2013

Cikgu Itu Doktor

fuhhh.praktikum kali ini memang menguji subjek Biologi yang pernah aku belajar dulu sebagai seorang bakal guru(wah dah cakap bakal guru). sebelum ni kalau boleh lepas habis maktab terus nak apply kerja dekat pejabat PPD or anywhere else yang tak memerlukan aku bangun awal pagi seawal jam 6 pagi sebab kalau dekat sekolah punch card pukul 7 30 tapi kalau kerja pejabat pukul 8 pagi baru punch. yes. setengah jam je beza tapi kalau diluangkan masa untuk bangun lewat sangat bermakna(tak bangun subuh ke?)

peristiwa 1
aku ni kalau mengajar PJ memang suka nak tengok budak penat sampai diaorang minta aku cikguuu nak minum air cikgu. selagi tak keluar ayat tu maknanya P&P aku tak berjaya. haaaa. kejam tak? satu hari ni aku mengajar larian untuk budak darjah 3. aku suruh diaorang lagi pelbagai jenis kelajuan dalam larian. dude darjah 3 kot. aku hentam budak-budak ni lari selama setengah jam. tak biru jantung diaorang nak proses oksigen. sedang semua orang letih-letih tiba-tiba ada seorang murid aku menangis. why oh why dear? kenapa ni? saya lelah. My God! dia menangis lebih teruk. aku suruh dia ke tepi. dia duduk dan aku tak sedap hati. aku berhentikan kelas dan bawa dia bersiar-siar ambil angin konon nak tambah oksigen. nanti tak  pasal sekolah kitaorang makan kenduri tahlil dan keluar paper seorang murid lelah kerana berlari pelbagai kelajuan. siapa yang uruskan budak tu? kamu? cikgu jugakkk

peristiwa 2
aku diberikan kelas relief. tak tahu nak buat apa. aku suruh budak-budak ni buat kad sebab nak mengajar memang malas. budak-budak memang gigih. sanggup pergi kedai buku beli kertas warna nak buat kad cantik-cantik sebab nanti dapat hadiah. lepas tu ada yang sanggup beli kertas potong-potong yang harganya tak worth it semata-mata nak buat origami bintang. budak-budakkkk. aku layankan aja. sedang seronok kami berorigami bintang satu kelas. tiba-tiba ada seorang murid muntah. wekkkk. bersepai atas lantai. aku pergi dekat dia. dan dia muntah kat sebelah aku. apalagi melompat riang lah Cikgu Naim nak elak muntah. siapa yang uruskan budak tu? kamu? cikgu jugakkk

peristiwa 3
dah nama budak-budak(again). nakal memang tidak kepalang. kali ini kes budak berlari-lari waktu rehat. terjatuh. muka dulu dan tersembam. bibir die luka kecik tapi darah banyak gila. bawa pergi basuh darah dan bersihkan darah-darah yang terlekat. siapa yang uruskan budak tu? kamu? cikgu jugakkk

No comments: