Wednesday 19 June 2013

Johor dan Backpackers part II

Assalamualaikum wbt

entry ni telah ditulis lewat seminggu kerana baru naik semester baru. last semester. jerit yeay!!! entry ini juga merupakan kesinambungan johor backpackers(kononnya) part 1. haha. kita sambung ok.

lepas dah siap-siap semua. takkan nak duduk je dekat hotel. jom keliling Johor dalam satu malam. gila nak keliling satu Johor. kitaorang just pergi area Johor Bahru dan Danga Bay sebab dekat dengan hotel. kau tak tahu misi mencari hotel telah memakan masa yang banyak di mana kitaorang turun naik kereta sebab nak survey hotel. lepastu semua hotel nak penuh kan. syukur at last jumpa dengan hotel yang super comfort dan murah ni. ecewah. puji melambung. boleh dikatakan keliling satu Johor juga bila milage kereta naik banyak sebab sesat. haha. will story you tapi sabar. kita cerita mengikut aturan. 

lapar sangat dah malam tu. Zaim bawa pergi Restoran Singgah Selalu. nama pon dah menarik kan. Zaim pernah pergi sini masa dia join Singapore trip dulu dan sedap katanya. haruslah masing-masing order yang pelik-pelik. asal nama pelik je order, rasa tak tahu lagi tu. tapi syukur sebab nama pelik tu menghasilkan makanan yang sedap.

singgah selal(U). tak sempat nak full semua sebab aku tak sabar nak tangkap gambar.

Nasi Goreng Ayam Thai Sauce. sedap!

Nasi Goreng Singgah Selalu. sedap juga. tapi atas lagi sedap.

 second place, tak tahu nama tempat ni apa. tapi menara jam ni macam tempat penting untuk bergambar. ahak. dekat sini juga kitaorang beli cakoi dan tahu bakar. guess what berapa harga dia? cakoi seketul RM2.50 dan tauhu bakar juga RM2.50 seketul. OMG. terbeliak mata. tapi sebab nak rasa famous food dekat johor. beli je lah. even kitaorang sendiri tak pasti whether the cakoi and tauhu bakar ni famous food dekat Johor ke? maybe akak ni ingat kitaorang ni orang Singapore kot. ye lah, muka masing-masing nak ke cina-cinaan(feeling) akak ni tak tahu, dekat Selangor aku kalau RM5 tu. satu kampung aku boleh kasi makan cakoi, 5 ketul rm2 je!. uish, makanan, jangan berkira, dah masuk perut pon. 

the menara

tauhu bakar dan cakoi



tak puas lagi nak berjalan walaupun perenggan di atas menunjukkan kitaorang macam asyik makan je. masa on the way pergi, kitaorang ternampak fun fair. ok terus cop sebagai tempat wajib singgah. dah pergi mesti lah tak main. mahal sangat ok. rasa tak berbaloi. ok ambil gambar je. kebetulan funfair tu dekat dengan Danga Bay. kami terus berjalan kaki ke sana dan ambil gambar feri ni. tiada apa yang menarik sangat dekat Danga bay ni, just boleh nampak Singapura dan tengok-tengok orang je. ok penat. jom balik.

geli lah tengok. ahahaha

ni nak terbang ke macam mana ni? 




perjalanan balik sangat mencabar. masa pergi rasa dekat je. masa balik. ya ampun lama ok. kitaorang sesat. memang menguji iman Zaim bila dia drive dan co-driver(aku lah tu) sangat tak berguna. hahaha. dah tanya orang pon sesat lagi tu. astaghfirullahhalazim. sory Zaimmmmm. sory sangat-sangat. 

Thursday 13 June 2013

Johor dan Backpackers Part I

Assalamualaikum wbt

here its is Zaim. aku tahu mesti kau tak sabar-sabar nak baca entry ni since your nama akan di-mention-kan banyak kali. dalam entry lepas tak nak sedih lagi kan. tak habis lagi tu. haha. dah ok lah. sambil menaip sambil senyum. Allah memang maha kuasa. semuanya dah diaturkan dengan baik. tak dapat pergi Pahang tapi aku pergi ke Johor. hati mak yang mulanya keras tak benarkan guna kereta(it is not keras actually, salah aku sendiri, selalu sangat menjahanamkan kerata dia. ampun mak) akhirnya lembut benarkan aku bawa kereta ke Johor. mungkin sebab tak larat dengar aku membebel dan kesian sebab tak jadi pergi Pahang kot. plus mak ada kenduri tengah hari tu. so dah habis kenduri. guna lah sepuas-puasnya. mungkin ini hikmah disebalik kejadian, aku ke Johor unexpected. tak plan langsung. sebab nak revenge and i need a vacation.(wah gitu, walhal kau hari-hari keluar rumah kan). call Zaim dan ajak dia pergi johor. Zaim setuju serta merta dan kereta bergerak.

bertolak dari kajang around 3 30 petang. jalan jam sebab ada accident di hadapan sepanjang 12 km. 12 km ok. pengsan oi nak menunggu bila kereta hanya bergerak tak kurang dari 10 km/j. cari alternatif lain. guna highway LEKAS. selamat Zaim berguna instead of me yang hal-hal jalan ni memang kau hancur dan tak boleh diharap. lepastu ada orang bengang sebab sangat tak berguna bila sesat(eh?). hahahaha. rasanya kami betul-betul keluar Selangor around 6 lebih. lambat gila. sepanjang perjalanan memang tak mengantuk walaupun malam tu tidur sekejap je. fun. one word. hahaha. kami tiba di JB around 9 lebih dan perlu accomplish a mission untuk cari tempat tidur.

perjalanan pergi yang super duper jam. luckily i ada abam Zaim. haha

nampak tak muka teruja disitu. menganga-nganga mulut aku. memuncung-muncung mulut Zaim. teruja sangat lettew. hakhak (kualiti gambar rasa macam tak perlu upload pon tak pe, tapi ini je gambar yang ada untuk dikongsi)

syukur setelah sejam rasanya mencari hotel(cheap hotel please), akhirnya kami jumpa. Public Hotel. for me, murah dan berbaloi. dah masuk bilik, mandi-mandi dan mewangikan diri. nak buat apa lagi? takkan nak membuta kot even penat yang tak tahu penat kenapa. mungkin sebab banyak gelak dan menyanyi all the way nak pergi Johor kot. jom ronda satu Johor! mampu satu Johor? tak lah. just JB and Danga Bay. ke Danga Bay tu dalam JB. whatever.

bilik kami. nampak selesa kan. murah pula tu. suka lah. 

to be continue. tunggu yaaaa :)

Monday 10 June 2013

To Fasharina

Assalamualaikum wbt

hari sabtu lepas bertarikh 8 Jun 2013 adalah hari perkahwinan seorang kawan yang rapat dengan aku semasa di MRSM dulu. Fasha. maaf sangat tak dapat menghadirkan diri ke kenduri kahwin kau. segalanya dah dirancang dan ditentukan Allah. mesti kau akan rasa awkward dan geli baca post ni tapi i am really sory. kau harus tahu aku satu hari dok membebel dekat rumah sebab tak dapat datang. aku rasa bersalah sangat. kalau tak percaya tanya Zaim dan mak aku. diorang lah tempat aku melempiaskan amarah. bwahaha. amarahlah sangat. bertambah lagi rasa bersalah aku bila kau call around pukul 9 lebih. suara kau teruja

naim, korang dah sampai mana?

"korang dah sampai mana?" seriously aku speechless. tak tahu nak cakap apa. semunya dah dirancang dengan baik. dah set masa, barang dah packing, even aku bangun awal walaupun malam tu aku keluar balik lewat. tapi itulah orang cakap. kita bersungguh macam mana sekali pon. once Allah tak benarkan kita pergi. memang takkan pergi lah kan. redha tapi makan hari juga aku nak terima hakikat ni. geram pula teringat moment cancel pergi. naim redha naim. ada hikmah di sebalik semua ini. yes ada hikmah and i know what it is :)

to my dear friend Fasharina Hamid,

maaf sekali lagi tak dapat hadir ke kenduri perkahwinan kau. semoga perkahwinan kau berpanjangan hingga ke akhir hayat, hingga ke syurga. semoga alam perkahwinan kau akan sentiasa bersulamkan bahagia. kalau gaduh sikit-sikit tu biasalah kan, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri (wah), jadilah isteri yang solehah, taat kepada suami, kepada keluarga mertua dan barulah keluarga kau sendiri. ingat, syurga dibawah telapak kaki suami. selamat pengantin baru fasha. diri tak dapat menghadiri tapi doa seorang kawan yang teruk ni sentiasa mengiringi. aminnnnn

Wednesday 5 June 2013

Tips Menyesuaikan Diri Dan Membina Hubungan

Assalamualaikum wbt

semenjak pakai smartphone ni(wah berlagak), jarang sangat nak menghadap laptop. kebiasaanya akan buka di handphone. tengok instagram, twitter dan main wechat tak habis-habis macam orang gila. menyanyi-nyanyi, merengek dan bergelak-gelak dalam wechat. malah aku rasa wabak ni bukan dihadapi oleh aku sahaja dalam rumah ni bila mak pon sekarang dah mula tanya keadaan di rumah guna wechat sahaja. no more calling-calling. jimat kredit katanya. abah pun sama. 

walaupun musim cuti. aku tak faham kenapa lah aku susah sangat nak update blog. mungkin tak de perkara menarik untuk dikongsi plus duduk dekat rumah like i told di atas. main wechat. tengok instagram. main perfect365(habis segala muka-muka  nak di-edit-nya) lepastu tunggu depan TV untuk tengok cerita-cerita entah apa-apa tapi aku layankan aja. waktu siang tak boleh keluar sebab aku ada kerja yang perlu dilunaskan selaku "mak tiri" kepada dua orang anak(husni dan alang if you know). malam pula akan buka laptop kejap lepastu tunggu depan TV pukul 9 untuk tengok cerita-cerita melayu(sokonglah cerita melayu tempatan, padahal tak da astro memang kena tengok channel itu je. sedih). lepas pukul 10 lah waktu untuk keluar rumah sebab dah tak panas. bwahaha. kutu embun sangat.

ok panjang gila mukadimah. back to the title post. 

Tips Menyesuaikan Diri Dan Membina Hubungan

1) Senyum pleaseeeee

suka aku untuk cadangkan first thing to do untuk menyesuaikan diri dalam suasana baru baik membina hubungan adalah senyum. senyum. tak perlu kata apa-apa. ahaaa. why? kau sendiri boleh fikir betapa kita sendiri suka untuk tengok benda yang manis dan baik. dan senyum itu adalah satu perkara yang manis dan baik. rasa sejuk je mata tengok senyuman dan sedikit sebanyak anda telah menarik minat orang untuk menerima dan berkenalan dengan anda.

plus menurut Islam. semudah-mudah sedekah adalah senyum. mudah kan? leperkan bibir atau buka bibir anda dan nampakkan gigi sedikit. rasanya kalau besar-besar aku sendiri rasa nak lempang laju-laju. mudah tetapi sangat berharga dan banyak impaknya.

2) jangan segan untuk menegur

adat kalau kita sebagai orang baharu, memang kita yang perlu memulakan langkah. orang-orang lama yang sebenarnya mesra lagi ramah tamah akan buat muka sememeh tak nak senyum lepastu buat dek, muka macam ada aku kisah. tetapi sebaik kita melemparkan senyuman dan menegur dengan memberikan salam atau hi akan membuatkan muka yang pada mulanya sebek dan ada aku kisah tu akan tersenyum lebar dan menyapa kembali. trust me! kalau orang tu still buat dek je. ok kita pon buat tak tahu. ada aku kisah juga? hahaha

3) buat research atau homework tentang tempat dan orang-orang itu

ini bukan busy body atau jaga tepi kain orang tapi lebih manis kalau kita assume sebagi homework untuk tahu lebih lanjut tentang tempat atau orang-orang kita nak pergi tu. at least kita boleh sesuaikan diri dengan suasana tempat tersebut. bak kata orang, masuk kadang lembu, buuuuuuu, masuk kandang kambing mengembek. time ni juga kita bolehlah berlakon tak tahu tapi dah tahu sebenarnya dengan bertanya kepada orang-orang di tempat tu. nampak tak? dalam masa yang sama kita telah membina hubungan yang baik dengan orang sekeliling. hehe. nampak tak permainan dia di situ. *tibatiba

4) banyakkan membaca atau menonton berita, scroll FB, twitter

kalau malas membaca tolong rajinkan diri tengok berita. kalau malas tengok berita juga. banyak bersembang dengan kawan-kawan dan rajin-rajin scroll TL facebook atau twitter sebab kawan-kawan kita ni kebanyakannya reporter tak berbayar. kebiasaannya dalam pertemuan pertama, isu-isu semasa adalah perkara yang selamat untuk disembangkan kecuali politik, sensitiviti budaya dan agama serta beberapa perkara yang kau rasa bila kau tanya dan kau dengar akan meluatkan orang. 

sekarang ni panas kan?

ha ah panas.

isu semasa tak tu. boleh dikira. hakhak

well. aku bukanlah hebat dalam pergaulan tetapi aku rasa dengan mengamalkan 4 cara di atas sedikit sebanyak ada juga kesannya dekat aku. aku lagi pantang kalau jumpa mak cik-mak cik yang kepoh se-alam. suka nak melayan. suka lahhhh.