Monday 10 June 2013

To Fasharina

Assalamualaikum wbt

hari sabtu lepas bertarikh 8 Jun 2013 adalah hari perkahwinan seorang kawan yang rapat dengan aku semasa di MRSM dulu. Fasha. maaf sangat tak dapat menghadirkan diri ke kenduri kahwin kau. segalanya dah dirancang dan ditentukan Allah. mesti kau akan rasa awkward dan geli baca post ni tapi i am really sory. kau harus tahu aku satu hari dok membebel dekat rumah sebab tak dapat datang. aku rasa bersalah sangat. kalau tak percaya tanya Zaim dan mak aku. diorang lah tempat aku melempiaskan amarah. bwahaha. amarahlah sangat. bertambah lagi rasa bersalah aku bila kau call around pukul 9 lebih. suara kau teruja

naim, korang dah sampai mana?

"korang dah sampai mana?" seriously aku speechless. tak tahu nak cakap apa. semunya dah dirancang dengan baik. dah set masa, barang dah packing, even aku bangun awal walaupun malam tu aku keluar balik lewat. tapi itulah orang cakap. kita bersungguh macam mana sekali pon. once Allah tak benarkan kita pergi. memang takkan pergi lah kan. redha tapi makan hari juga aku nak terima hakikat ni. geram pula teringat moment cancel pergi. naim redha naim. ada hikmah di sebalik semua ini. yes ada hikmah and i know what it is :)

to my dear friend Fasharina Hamid,

maaf sekali lagi tak dapat hadir ke kenduri perkahwinan kau. semoga perkahwinan kau berpanjangan hingga ke akhir hayat, hingga ke syurga. semoga alam perkahwinan kau akan sentiasa bersulamkan bahagia. kalau gaduh sikit-sikit tu biasalah kan, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri (wah), jadilah isteri yang solehah, taat kepada suami, kepada keluarga mertua dan barulah keluarga kau sendiri. ingat, syurga dibawah telapak kaki suami. selamat pengantin baru fasha. diri tak dapat menghadiri tapi doa seorang kawan yang teruk ni sentiasa mengiringi. aminnnnn

No comments: