Thursday 31 May 2012

seindah sakura

urgh!wa tengah marah ni beb.marah.bengang.berang.semua ada.

cerita seindah sakura ni memang buat aku marah betul.lakonan fasha sandha memang sangat menjadi.umph.slurp.aku geram tahap tak ingat dah ni.aku tak tahu nak luah kat ne.nak post kat fb cam yoyoO je kan.aku tak kira.aku kena lepaskan geram aku.aku tulis dalam blog aku.wahaha

kesian betul dengan si shakira ni.malanggggggg je hidup dia.kemain panjang kan malang tu.memang malang betul lah tu.si anida(wan sharmila) memang kaw punya.kau kalau jadi jahat memang no 1.mana tidaknya.adik aku yang darjah 6 pon rasa nak ganyang2 kau nida.jahat betul.ha...memang jahat lah tu kalau budak darjah 6 pon nak ganyang kau.aku yang 22 ni lagi.ganyang dan blender terus.

episod hari ni memang padat dan tercampak.kau ada orang tua yang jaga kau pastu nak kahwin dengan kau yang sebaya dengan anak dia.tak ke tercampak si shakira tu.mesti dia akan rasa malam pertama dia macam dengan ayah sendiri je.aku pon tak rela.*eh?*

dah habis cerita.diorang dok tayang episod akan datang.syakira kena culik.ok fine.aku dah rasa orang yang usha2 rumah dato' malik tu nak culik syakira sebab si nida tu upah.yang malanggggnya lagi.shakira kena rogol.Oh God!aku memang geram.lagi berang.*emosi tak tentu pasal kan.ko nak kena lempang?.betul ke dia kena rogol?ke kena pukul je?

mana nak cari novel seindah sakura ni ye?aku tak larat dah nak bengang.aku nak baca sampai habis.

jessica sanchez

aku memang dah lama nak cerita pasal minah ni.sweet sixteen.fil-mexican.dia ni also known as belter diva sebab dia ada vibrato atau pun belting macam beyonce.korang mesti tak tahu kan belting tu apa? aku tahu pon dari kawan aku.kawan aku ni boleh kata penyanyi baru nak maju setapak.dia pernah menang contest nyanyian.jadi dia tahu banyak juga basic in singing.

aku kan suka feeling2 suara sedap kalau karaoke.tapi feeling bertempat lah kan.malulah kalau ada orang baru join  pergi karaoke.tak yakin nak nyanyi.tapi tetap feeling sedap bila dah rasa boleh masuk dengan orang2 baru yang baru join tu.aku pon suka sangat lah nak tiru vibrato kat hujung2 lagu.satu hari tu kawan aku ni kata.

wah!kau ada belting.dari situ aku tahu belting tu macam mana.*boleh ambil belting sendiri jadi contoh. belting sangat lah tu!

aku tak de astro.jadi aku memang jarang nak tengok singing competition omputih yang ada melainkan ditayangkan di 8TV.satu hari ni ada sorang kawan aku post video jessica dekat fb.terus aku tengok.

wah!sedap gila suara minah ni.sebab dia juga lah aku ikut american idol season 11 ni sampai habis.tapi aku tengok dekat youtube je.aku kan tak de astro.tsk.

semua orang tahu.jessica tak menang american idol season 11 ni.tapi dimenangi oleh philip phillips.benda ni clishe kan.biasanya orang yang tak juara tu lah akan menyinar lebih daripada juara. aku mengharap benda yang sama berlaku dekat jessica ni. lagipun dia ni pon baru 16. mungkin tak sesuai dan belum tiba masa untuk dia. apa2 pon aku harap sangat dia akan famous se-famous kelly clarkson dan carrie underwood.amin*boleh?*

aku suka bebenor tengok jessica nyanyi lagu ni.enjoy~


Wednesday 30 May 2012

ost seindah sakura: buatku di sana

aku ada bagitahu kan aku suka tengok cerita seindah sakura.alaaa.cerita yang fasha sandha dan fahrin ahmad berlakon tu.satu rumah addicted dengan cerita tu kecuali ayah aku.biasanya dia yang akan jadi jabatan agama kat rumah.

ni semua dok berlonggok depan TV ni dah sembahyang maghrib belum?

kami semua akan yakin jawab dah.memang dah sebab lepas azan je akan ada iklan kan.time tu masing2 berebut ambil air sembahyang.lepastu sembahyang.memang tak khusyuk habaq ang.takut terlepas 0.001 saat cerita tu.

astaghfirullahalazim.

biasanya kalau cerita2 lain aku tak tengok intro dia.ala.yang ada lagu2 pastu tulis nama artis2 yang berlakon.tapi cerita ni memang aku tunggu.aku suka lagu intro dia.memang best gila.malas nak cerita banyak aku sertakan lirik dan video sekali lagu yang aku suka tu.

BUATKU DI SANA






Sering harungi sendiri kekurangan diri

Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia



Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah



*:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa



**:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati



Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana



[Ulang Chorus]



Ohhh



Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta



[Ulang *]



[Ulang *]

towel oh towel

mak dan abah baru je balik dari kedah malam isnin haritu.hari ni diorang berangkat ke terengganu pulak bersama husni(uni ucuk).abah bawak mak dan husni ikut rombongan budak2 asrama sekolah dia lawatan sambil belajar katanya kat terengganu.grand kan pergi jauh2.aku rasa aku masa sekolah dulu tak pernah join rombongan jauh2 ni.mungkin ada tapi aku tak mampu dan tak berminat kot sebab dulu kan kerja aku kat sekolah baca buku je.menghadap buku 24 jam.konon straight As.kononnya.

disebabkab mak, abah dan uni pergi terengganu, tinggallah aku dan alang kat rumah.angah dah balik perak lama dah.hari sabtu haritu.berbalik kepada tajuk di atas.towel.alang akan pergi tuition cuti2 ni setiap isnin hingga rabu jam 8 00 malam.macam biasa.aku akan menjadi driver sebab tak de siapa kat rumah yang boleh hantar melainkan aku.rutin hari ni lepas hantar alang aku mandi.selalunya aku mandi petang.sebelum start cerita seindah sakura.disebabkan petang tadi aku gigih baca roti kaya dan beutiful nara tak ingat dunia.aku terlajak.taw2 dah nak start seindah sakura.jadi aku batalkan hasrat aku nak mandi sebelum cerita tu start.bila cerita tu dah start memang aku tak pergi mandi lah kan.bontot aku memang berat nak bergerak.sayang even tertinggal 0.001 saat pon cerita tu.rasa rugi sangat.so aku tukar hasrat mandi aku lepas hantar alang.

aku hantar alang macam biasa.dah balik tu aku pergi mandi.mandi dengan lamanya sebab tak de orang kat rumah.tak de orang nak marah2.jerit2 nak berebut bilik air.wahahaha.puas hati mandi.
bila dah habis mandi macam biasa nak lap mandi.sekali aku pandang kat pintu.

eh!towel tak de.aku dah berdebar.tak kan hantu kacau aku mandi kot.berminat ke hantu kat ornag macam aku ni.ish.takkan lah.

takkanlah ada orang masuk rumah kot.aku kunci pintu depan tadi.

bila aku fikir2 balik.patutlah.aku terlupa nak ambil towel sebelum mandi.sebelum tu, aku basuh pinggan berlambak yang tak basuh aku dan alang kumpul dari pagi tadi.lepastu aku masukkan baju dalam mesin basuh.then aku aku terus mandi.

bila dah tak de orang kat rumah.tak de orang yang aku boleh panggil untuk ambilkan towel.

apa yang boleh aku buat untuk keringkan badan?

memang ber-bogel.eh.telanjang.eh togel(telanjang+bogel) lah kan.berlari2 comel lah aku pergi ambil towel dan gelak sorang2.buatnya kalau ada orang mengintai aku.ish malulah!hikhikhik

Monday 28 May 2012

sembahyang

aku sendiri tak faham kenapa benda ni selalu berlaku kat aku.benda ni selalu berlaku bila aku nak menunaikan solat berjemaah dengan kawan-kawan.

aku mesti nak gelak kalau aku yang jadi imam atau aku yang jadi makmum bila berjemaah dengan kawan aku.kenapa?kenapa mesti nak gelak?padahal tak de benda yang lawak pon untuk digelakkan.even dia nak angkat takbir je pon aku dan start nak tersembur gelak sebab tahan gelak.kadang2 tu tak sampai nak habiskan al fatihah dah bergoyang-goyang bahu masing-masing tahan gelak.

lepastu masing buat2 tahan nafas untuk tahan gelak.bila dah reda cuba untuk sembahyang balik.cuba untuk sembahyang balik.berjemaah semula.ok.lagi sekali.kali ni tersembur air liur nak terkeluar anak tekak sebab tahan gelak sangat2.lepastu gelak kuat2.

last2.kitaorang sembahyang asing-asing.kau sembahyang dulu baru aku sembahtang.macam mana nak dapat pahala 27 kali lipat ni?erm.sedih.

Sunday 27 May 2012

langgar.tonggeng.cium

Aku tah tahu nak cakap macam mana hari ni.dah lah bangun lambat.lepas tu mak dan ayah aku balik kampung.aku boleh tidur tak ingat dunia sampai dorang balik kampung pon aku tak sedar.teruk betul.aku sedar2 je dah ada RM100 bawah bantal.mak tinggalkan untuk aku dan alang makan sepanjang dia tak da.baru aku ingat.masa tidur tadi mak kejut, mak bagi duit, aku ambil, aku simpan bawah bantal. Bangun2 9 30 mimpi buruk.rumah sepi gila.krik3.pergi bilik angah dia tengah tengok movie.dia nak balik perak malam nanti.


Baru ingat.alang pergi tuisyen.aku kena ambil alang pukul 12 30.lambat lagi.aku tengok TV dulu.
aku tengok TV2 cerita menanti cik semah.kelakar.zamarul hisyam jadi lembut.awww.habis cerita tu.aku pergi mandi dan niat dalam hati nanti lepas ambil alang nak bawa pergi BILLION beli cococrunch dan susu untuk buat sarapan hari berikutnya.lunch kita makan luar.malam pon makan luar.


On the way nak ke BILLION tu memang aku tak sedap hati.tadi masa keluar parking dekat sekolah aku hampir langgar budak.fuhhh…selamat aku sedar.aku pusing belakang sebab kereta mak tak da sensor.

dasar hati masin sebab niat dalam hati mesti ada bad luck.aku langgar orang tua naik motor masa nak masuk jalan ke BILLION tu.aku dok pandang side mirror dan pandang belakang je.aku tak pandang depan.tiba2 alang jerit.



alonggggggg!!!!!!!


aku pandang depan.bommmmm.tercampak pak cik atas motor tu.melambung tertonggeng ke depan cium kereta kat depan.aku mampu tengok dan istifar.pak cik tu pula diam dan bangun.dia blur.aku terus turun kereta.angkat motor pak cik tu bawa ke tepi.pak cik tu pon ikut sekali.tak kan nak dok tercegat kat tengah jalan.aku alih kereta ke tepi jalan.aku pergi balik dekat pak cik dengan muka yang paling innocent.paling manja.paling cute.cakap sopan sangat.caring sangat.aku tahu memang salah aku.

pak cik tu masih blur.dia hanya mampu sebut haaa..iyaaaa…aku pulak memang mulut rancak.terpinga pak cik tu.aku malas nak lama kat jalan tu.aku suruh dia bagi no phone dia kat aku dan suruh dia pergi kerja dulu.petang nanti jumpa balik.pak cik ni memang blur.boleh je aku nak tipu dia.aku tak mesej dia.aku buat bodoh pon boleh je.tapi aku bukan macam tu.


Petang tu aku jumpa pak cik tu.dia bawa geng.dia bawa anak perempuan dia.aku sorang je.aku mesej adik aku untuk tengokkan motor pak cik tu.buat anggaran kasar. akuharap sangat dia akan support sikit.ye lah.aku ni belajar lagi.tak da duit.lagi2 hujung sem macam ni.mengharapkan duit FAMA je.tapi pak cik tu tetap dengan pendirian AAK(ade aku kisah) dia.aku ajak duduk bincang dulu.order air sementara nak tunggu angah aku datang tengok2kan motor.nak harapkan aku memang apa pon aku tak tahu pasal motor ni.angah datang dan kitaorang pergi tengok motor dan kami decide untuk terus bawa pergi bengkel baiki motor pak cik tu.sebelum pergi tu mestilah kena bayar air.aku jugak yang bayar.

Dah kat bengkel.bila apek tu kira2.total up RM105.aku jugak yang bayar.dah tu kereta mak aku yang calar.no plet patah sapa yang bayar?aku juga yang bayar.yeayyyy!!!memang sorak sorai lah aku.semua aku bayar.

Tak pa.aku redha.aku pasrah.ini memang ujian hujung2 sem.aku anggap aku derma je kat pak cik tu.ikhlas ke tak itu Tuhan punya kerja.aku hanya mampu cuba bermonolog dalam hati.ikhlas.ikhlas.ikhlas.I K H L A S.

blogging


Aku selalu terfikir nak buat blog.tapi aku selalu menidakkan kehendak aku tu.ye lah.kenapa kau nak buat blog?

Pengaruh FL(Fatin Liyana)? Mungkin
ko nak cari duit lebih?nuffnang mungkin
Ko memang suka nak kejar glamour kan? konon famous kan? orang nak baca kisah hidup kau kan? orang nak jenguk blog  kau? itu yang membuat aku berfikir sejuta kali nak buat blog ke tak

dulu aku pernah ada blog.tak sampai 24 jam.aku delete blog aku tu.aku selalu sangat fikir apa yang orang fikir kenapa aku buat blog.

Tapi sekarang aku nak persetankan semua tu.aku buat blog ni untuk aku.untuk aku cerita apa yang aku lalui.apa yang aku ada.apa yang aku nak share(siapa yang nak sharing2 dengan kau?)

Tak apa, blog ni untuk diri aku sebab aku ni memang senang cepat lupa.cuba tanya apa kenangan manis aku?aku memang susah nak jawab selain cakap meluangkan masa bersama keluarga.memang lame.

jadi.lepas ni kalau ada orang tanya apa kenangan manis kau?ok.buka blog aku.baca blog aku.yang gembira dan manis tu.itu kenangan manis aku.tapi kalau yang sedih masam masin.itu kenangan pahit.