Wednesday 30 May 2012

towel oh towel

mak dan abah baru je balik dari kedah malam isnin haritu.hari ni diorang berangkat ke terengganu pulak bersama husni(uni ucuk).abah bawak mak dan husni ikut rombongan budak2 asrama sekolah dia lawatan sambil belajar katanya kat terengganu.grand kan pergi jauh2.aku rasa aku masa sekolah dulu tak pernah join rombongan jauh2 ni.mungkin ada tapi aku tak mampu dan tak berminat kot sebab dulu kan kerja aku kat sekolah baca buku je.menghadap buku 24 jam.konon straight As.kononnya.

disebabkab mak, abah dan uni pergi terengganu, tinggallah aku dan alang kat rumah.angah dah balik perak lama dah.hari sabtu haritu.berbalik kepada tajuk di atas.towel.alang akan pergi tuition cuti2 ni setiap isnin hingga rabu jam 8 00 malam.macam biasa.aku akan menjadi driver sebab tak de siapa kat rumah yang boleh hantar melainkan aku.rutin hari ni lepas hantar alang aku mandi.selalunya aku mandi petang.sebelum start cerita seindah sakura.disebabkan petang tadi aku gigih baca roti kaya dan beutiful nara tak ingat dunia.aku terlajak.taw2 dah nak start seindah sakura.jadi aku batalkan hasrat aku nak mandi sebelum cerita tu start.bila cerita tu dah start memang aku tak pergi mandi lah kan.bontot aku memang berat nak bergerak.sayang even tertinggal 0.001 saat pon cerita tu.rasa rugi sangat.so aku tukar hasrat mandi aku lepas hantar alang.

aku hantar alang macam biasa.dah balik tu aku pergi mandi.mandi dengan lamanya sebab tak de orang kat rumah.tak de orang nak marah2.jerit2 nak berebut bilik air.wahahaha.puas hati mandi.
bila dah habis mandi macam biasa nak lap mandi.sekali aku pandang kat pintu.

eh!towel tak de.aku dah berdebar.tak kan hantu kacau aku mandi kot.berminat ke hantu kat ornag macam aku ni.ish.takkan lah.

takkanlah ada orang masuk rumah kot.aku kunci pintu depan tadi.

bila aku fikir2 balik.patutlah.aku terlupa nak ambil towel sebelum mandi.sebelum tu, aku basuh pinggan berlambak yang tak basuh aku dan alang kumpul dari pagi tadi.lepastu aku masukkan baju dalam mesin basuh.then aku aku terus mandi.

bila dah tak de orang kat rumah.tak de orang yang aku boleh panggil untuk ambilkan towel.

apa yang boleh aku buat untuk keringkan badan?

memang ber-bogel.eh.telanjang.eh togel(telanjang+bogel) lah kan.berlari2 comel lah aku pergi ambil towel dan gelak sorang2.buatnya kalau ada orang mengintai aku.ish malulah!hikhikhik

No comments: