Sunday 14 July 2013

Retainer Selepas Braces

Assalamualaikum wbt

di dalam entry yang lepas-lepas aku pernah cerita aku dah buka braces aku dengan girangnya. syukur, buat masa ini masih tiada ulser dan harapnya tiada ulser lagi selepas ini, tak larat dah nak letak garam atas ulser. lepastu nangis teresak-esak sebab pedih yang teramat OMG tuhan je tahu. kalau kau pernah kena ulser kau akan faham macam mana perasaan itu. tak perlu nak dicerita dekat sini sebab dah banyak kali sangat aku cerita. dasar suka merungut, haha

lepas buka braces hari itu, gigi aku togel tak pakai apa-apa walaupun sepatutnya aku perlu pakai retainer untuk mengekalkan bentuk gigi sebab sebelum ini braces akan menyokong mengekalkan bentuk gigi yang dulu horror dan kini cantik untuk kekal cantik. tapi sekarang bahagia kembali kerana sudah memakai retainer setelah selama sebulan menunggu retainer siap. aku sendiri tak faham sebab kawan aku yang pakai braces, dia pakai retainer pada petang selepas dia buka braces pagi tu, kira retainer dia siap dalam masa sehari. tapi aku sebulan. tapi sepatutnya redha dan syukur sebab siapa nak kasi pakai braces free kan. orang lain bayar beribu-ribu. aku ni hanya perlu gigih je berulang alik dari Penang ke Selangor.

aku tahu. selepas merapu panjang di atas. mesti kau tak tahu lagi apa benda alah lah retainer tu hoi. meh sini. nak habaq mai. haaa. retainer ni dia macam braces juga tapi retainer ni boleh buka dan pasang, dia tak kekal melekat dekat gigi macam braces. fungsi retainer pula untuk mengekalkan bentuk gigi selepas membuka braces. doktor sarankan untuk pakai braces 24 7 untuk lebih berkesan. but up to you. kalau aku. aku hanya pakai pada waktu malam sebab siang lah waktu kita macam hantu. nak bercakap banyak. nak makan banyak. segala benda banyak lah. dan kena ingat juga ya. pakai retainer adalah penting. jangan diabaikan. kalau tidak sia-sia lah kau seksa bertahun pakai braces lepastu gigi kembali horror semula sebab tak pakai retainer. nangis ok kalau jadi macam tu.wuwuwuwuwu

ini salah satu contoh retainer yang aku tahu

dan ini juga

macam ni lah retainer yang aku pakai. tapi belah atas macam ni. belah bawah pula besi yang macam di gambar kedua.

gambar adalah ihsan mr goole. bukan curi ok :)

penjagaan retainer ini sangat mudah dan mengikut doktor retainer ini perlu dipakai setiap masa kecuali waktu makan dan waktu sukan. lepastu doktor suruh jaga elok-elok sebab kalau rosak, nak buat balik kena bayar rm100. later on aku cerita pasal penjagaan retainer k.

10 comments:

Winner said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

What is the benefit of having invisible braces ? Why not take traditional braces ?

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Winner are you referring to the post above? sory. the invisible thing above is retainer.its not braces.hehe. retainer is a thing we wore after braces :)

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau pakai retainer tapi sebelum tu tak pkai braces. Amacam ?

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah..kitanya ini adalah episod kedua setelah memakai braces ;)

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Anonymous

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau tak pakai braces tak ya pakai retainer. pakai retainer ni actually sbb gigi kita da biasa digerakkan so nak kekalkan dia cantik event takde besi tu kena la pakai retainer. mcm sy da setahun tak pakai. skg macam nak pakai braces balik je :(

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sy dh 2 bulan pki retainer tpi doc ckp still kene pki retainer ni even wktu mkn pun except klu ader aktiviti lasak tu knelh cbut. Sy just ikut je ckp doc sbb sy ade baca dgn intrnet ade yg x pki retainer a.k.a yg pki wktu mlm je gigi jdi mcm biase smula n duit kite pun hangus dn trpksa buat blik braces.. Minta dijauhkn.. Btw nice entry

pak muliadi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

{ finieViolet} said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Masa tunggu retainer siap tu gigi tak bergerak ke? Lama tu dekat sebulan tggu..

SK said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sebulan lamanya. Saya baru lepas bukak braces. Bukak pkul 10am. Dktr call suruh ambil retainer pkul 2.30pm. Hari yg sama berapa jam je dh siap.