Friday 15 February 2013

Ceritaku Cikgu 2

terdetik di benak fikiran. luas sebenarnya dunia yang aku cuba selami. hari ini Allah titikkan satu perasaan dalam hati agar aku sedar dan aku syukur keberadaan aku sebagai khalifah di dunia ini *insaf* tunduk muka.

kenapa senteng sangat seluar Aman(nama samaran)? tanya aku

saya TERpakai seluar adik

la. kenapa boleh TERpakai seluar adik pula? adik tak pi sekolah ka?

tak taw lah cikgu

terkebil-kebil Aman tarik hujung seluar biar tak nampak senteng. tapi tiada apa yang berubah. memang sentang Aman ku sayang. melainkan kamu londehkan seluar. kasut yang dipakai Aman juga lusuh dan kelihatan lama. baju apatah lagi. kecik tahap macam dah tak de lengan. 

Cikgu Ahmad(juga bukan nama sebenar) melintas depan kitaorang yang asyik berbual. lepas tu Cikgu Ahmad suruh Aman tunggu. ada benda dia nak beri. aku tengok je gelagat Aman. nampak malu tapi budak-budak. kalau nak dapat benda mestilah suka. Cikgu Ahmad sampai dan bawa sebungkus plastik. dalam plastik tu ada kasut. Aman gembira. tapi bila dicuba besar pula.

tak pa. nanti Aman kasi dekat kakak ka? abang ka? mak ka? simpan ja.

ok. hari tu pon Cikgu Roslan(lagi lah bukan nama sebenar) ada beri kasut juga. tapi kecik. saya kasi kat adik

Aman menjadi perhatian antara guru-guru. aku tertanya-tanya kenapa. aku simpan dulu. tunggu Aman masuk kelas aku tanya Cikgu Ahmad. kebetulan waktu tu Cikgu Ali(bukan nama sebenar lagi) lalu dan cerita kepada aku.

Aman ni dulu nakai Naim. la ni ja baik sungguh. berubah habih. dulu mencuri, curi duit kawan. curi duit surau. curi duit cikgu. tarik tudung cikgu. kami ligan tibai dia. nakaiiiiii

ada sebab yang aku tak dapat nak beritahu kenapa Aman begitu kenapa Aman begini. Hidup Aman terlalu rumit untuk kanak-kanak berumur 11 tahun. mungkin di lain hari aku cerita. rasa macam nak pelukkkkkkk je Aman dan cakap cikgu ada untuk kamu.

TER itu bukan alasan Aman. cikgu tahu kenapa.

tears. MasyaAllah

Tuesday 12 February 2013

Nuffnang Juga Gembira

niat nak update pasal "kegembiraan" ini dah lama di pendam. tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. *ustaz kejap* hampir 4 hari juga lah aku tak online sebab cable telefon dekat area rumah aku putus. putus time raya cina. tak tahu sebab apa. spekulasi mengatakan sebab ada monyet gayut dan putus. berat mana monyet tu.*gorila ke? ada juga sepkulasi mengatakan sebab ada orang curi cable. itu saya setuju sebab dekat area kampung aku ni memang ramai juga doktor tak berjaya. bila dah putus saat semua orang genggam tangan dan cakap gong xi gong xi., memang tak lah nak baikinya sebab semua orang cuti. pagi hari ini baru diaorang baiki. syukur. boleh online dan tahu perkembangan semasa. kembali bersosial katanya.hakhak

setelah lama juga aku stress memikirkan duit yang tak pernah cukup. asyik minta PAMA je.*malu* syukur dan syukur lagi pada tarikh 8 Februari 2013 elaun kami pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun dah masuk. Yeay! double yeay bila balik abah kasi surat. surat dari Nuffnang. cek Nuffnang. sebagai manusia yang bersosial. aku juga berkongsi kegembiraan ini di twitter. Nuffnang juga gembira. lihat bawah.


di kesempatan ini saya ingin mengucapklan GONG XI FA CAI  wa hen haw ni haw ma*ok tak faham* kepada warga Cina yang membaca blog ini sekiranya ada. selamat tahun ular air. semoga semuanya menyusur menjalar dan mematuk maju seperti ular mengejar katak. *tiba-tiba

Monday 4 February 2013

Hampir Sama Tetapi Berbeza

apa lagi nak buat setelah berjam-jam aku berhempas pulas menyiapkan lesson plan(rancangan pengajaran harian) untuk esok sampai ke pagi buta. nak tidur. mata tak mengantuk. jenguk-jenguk putihnilaclorox ni rasa kasihan pula dah lama tak dicoret. apa lagi nak buat kau cakap? update sekarang!

subjek Pendidikan Moral biasanya orang akan pandang sebagai subjek alaaaa senang je. side dish katanya. tapi persepsi ni akan berubah bila kau belajar bagaimana hendak mengajar Pendidikan Moral. pepatah pon ada mengatakan. cakap senang cuba buat. eh? ada ea pepatah macam tu *abaikan*

this week parents aku datang ke Penang, ambil aku dan kitaorang ke Kedah sebab ada kenduri kahwin saudara. hanya 2 malam 2 hari di Kedah. serious sekarang ni Kedah sangat super panas. rasa macam tak nak pergi mana-mana sebab i walaupon cikgu PJ allergic sangat kena panas ni. satgi mula lah muka nak naik jerawat. ruam lah. mengada. bedah nanti buat plastic surgery tahulah. hari kedua around pukul 10 lebih pagi tadi kami ke pasar besar Naka. walaupon masih pukul 10 pagi lebih, tapi cuaca sangat panas macam pukul 1 tengah hari. berpeluh ketiak pusing satu pasar. mak aku kalau nampak pasar ni memang tak boleh cakap apa. macam biasa kalau kitaorang datang bawa lori, tak penuh lori tu jangan cakap itu mak aku. aku sebagai anak sulung mithali mestilah kena ikut mak aku ke hulu ke hilir sebagai pembantu angkat barang manakala abah akan ke kedai minum berhampiran dan tunggu kitaorang call 

abah dah habis. jumpa kat kereta.

...............

bercakap pasal duit ni memang sensitif sikit, hari ni aku dikejutkan dengan satu perkara. actually aku tak pasti apa yang penjual tu sengih-sengihkan sambil pandang seorang mak cik ni. mungkin aku diutuskan Tuhan untuk sampaikan peringatan ini. perkara ini mungkin benar atau tidak tapi atas dasar kemanusiaan aku buat andaian ni. boleh?

mak aku kebetulan dekat sebelah mak cik ni. so aku dapat tengok the whole kejadian dari awal sampai habis. seorang mak cik ni beli ikan masin dengan harga RM9.80. (haaa, busy body tak? sampai harga ikan mak cik tu beli pon tahu). lepastu mak cik ni bayar. aku tak pasti dia hulur RM10 ke RM20 dan aku pasti mak cik tu pon tak pasti berapa RM yang dia hulur sebab time tu panas, kalut dan riuh. kalau aku pon main ambil duit, bayar dan blah. kebetulan time tu pula mak aku suruh tengokkan ikan yang dia pilih. jadi aku tak pasti berapa mak cik tu hulur. 

tapi aku perasan masa penjual tu nak bagi baki. penjual tu sengih-sengih sambil bagi bagi 20 sen. aku tak pasti duit tu actually token game archade sebab tu dia sengih-sengih atau dia patut bagi baki RM10.20 instead of 20 sen. mak cik tu pon selamba badak blah, aku pon buat tak tahu.

tapi aku sedar(banyak tapi). lepas ni kalau nak bayar cek dulu RM10 ke RM20 yang kau hulurkan. kalau tidak kita yang rugi*dasar kedekut* bukan kedekut tapi berhati-hati. siapa yang rugi? kita yang rugi.

ini RM10

dan ini RM20. hampir sama tetapi berbeza ya mak cik-mak cik. berganda nilainya. tak gitu?

Friday 1 February 2013

Kredibilitiku Sebagai Guru

aku selalu tertanya. betulkah ini yang aku mahu?

bersungguh dalam membuat kerja. ada yang persoal. betul ini bukan minat kau? namun keputusan kau berbeza dengan apa yang kau cakapkan.

aku membesar sebagai ramaja dan manusia di MRSM. semua benda mahu berjaya. tak minat Biology. tak minat Chemistry tapi semua kena berjaya. sama seperti di Bainun. tak minat PJ tetapi harus berjaya. 

kau mahu gagal? tidak bukan? kau mahu berjaya? mahu bagus? ya! aku mahu keputusan yang bagus kerana aku mahu abah dan mak bangga kerana aku pernah derhaka. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. takkan aku mudah mengalah. mengatakan ini bukan minat dan aku tak boleh buat.

mulut boleh bercakap kencang. tangan boleh menulis berjela tapi jiwa. jiwa tak boleh menipu. jiwa jauh entah di mana tapi jasad ligat ke sini ke sana.

mendidik budak bukan anak bangsa lain sangat rasanya. entah kenapa aku tersedar. aku diutus untuk mereka. menjadi anak. menjadi insan. ada pendirian. ada pegangan. 

siapa lagi kalau bukan aku untuk menyedarkan meraka. Allah bantu aku.