Wednesday 31 October 2012

Allah uji jika mampu

Subhanallah atas apa yang terjadi. syukur atas apa yang telah terjadi. aku masih berpegang kepada Allah akan uji seseorang itu jika Dia rasakan kita mampu. besar betul dugaan di kala hujung-hujung sem ni. bermula dengan sakit telinga yang aku sendiri tak tahu bila akan berakhir(reda). tapi syukur sekarang dah kurang sikit sakitnya. rentetan daripada sakit telinga tu aku tak boleh ambil exam pada hari isnin lepas. tapi berjaya diselesaikan masalah tersebut atas budi bicara pensyarah. thanks Mr Pensyarah (nama dirahsiakan atas kehendak beliau. baik encik, patuh). Allah masih sayangkan aku. Allah nak aku lebih mendekatiNya. aku diberikan ujian sekali lagi which happened yesterday. semalam(translate) kahkah

tepat jam 1 50 aku bergerak keluar dari rumah untuk menduduki peperiksaan yang akan dimulakan tepat jam 2 petang. agak lewat. 10 minit lagi nak ambil exam. relax. cool. jangan kalut. nanti nak ambil exam mengah. bila mengah terus jam tak larat nak tulis. tak mampu nak menggoreng(wah). keluar dari simpang rumah. aku rasa aku mampu untuk lepas. tapi tidak. DANG!!!(is it a suit sound untuk bunyi accident? whatever). kereta yang aku bawa dirempuh(amboi rempuh. langgar sudah) dari tepi. bukan lori bawa getah skrap ok. kalau tak. aku tak mampu nak menulis entry ni. tapi motor. alhamdulillah pak cik yang langgar aku tu ok. luka sikit dekat hidung dan kaki. time tu aku speechless gila. tergamam. aku terus set dalam otak. relax. jangan kalut dan alih kereta ke tepi. syukur kereta(kereta orang ok) masih boleh bergerak. keluar kereta uruskan pak cik tu dan alih motor dia ke tepi. motor dia masih boleh start tapi rosak bahagian depan. jam masa tu 1 58. exam pukul 2 kot.

pak cik. saya ada exam ni pukul 2 nanti. pak cik pass no handphone pak cik. petang satg kita jumpa. apa-apa saya contact pak cik.

aku terus bawa kereta dan tinggalkan pak cik tu. jahat kan. selfish. tapi aku dah terlambat untuk exam. plus time tu dah ramai kawan-kawan pak cik tu datang. aku terangkan dekat diaorang dan berlalu pergi. tak tahu lah apa dorang cakap pasal aku. redha lagi.

boleh kau bayangkan macam mana perasaan aku jawab exam. tangan menulis. mata membaca. otak  ligat berfikir tentang kereta. berserah dan redha lagi dan lagi.

berpegang dan yakin pada yang SATU.

Saturday 27 October 2012

spice & ice

malam raya hari haji semalam berbeza. siapa cakap cliche. all of sudden cikgu zul(abah kitew) ajak pergi makan Mcd. ape kehe?(perak) abah dah muak makan daging since semalam. jom malam ni ubah selera. ubah selera terus ke mcd kau. kami adik beradik yang pelahap dan kaki kikis duit abah semestinya akan hoorayyy. yeayyy nak pergi makan mcd.

tiba di mcd, aku sebagai along yang konon abah kedua(gitu) diarahkan untuk order. aku apa lagi. nampak satu new burger set dan terus order. tak fikir harga sebab all sponsored. hehe. kan aku cakap tukang perhabis duit dan kaki kikis duit abah ialah aku dan adik beradik yang lain. abah minta order filet o fish je. kami haruslah set baru spice & ice.

bagi peminat tegar mcd korang mesti tahu kan burger dalam set spice & ice ni ialah burger chicken mcdeluxe yang semua orang tahu rasa dia lebih kurang macam KFC zinger burger cuma burger spice & ice ni lebih pedas. tapi float dia terbaik. best. thanks abah.

*KFC zinger burger*
tak ke kau rasa lebih kurang. cuma berbeza roti kat atas tu je.

tengah-tengah makan tu mestilah bersembang kan. takkan senyap je. tak one happy family lah kan. 

kawan along yang study oversea cakap. orang sana kalau makan mcd akan bersihkan meja lepas makan. kita orang malaysia? semua nak kena buatkan.

mak menjawab.

siapa suruh diaorang letak tax.

kan. betul juga?

Friday 26 October 2012

selamat hari raya aidiladha@haji@korban

petang semalam kajang dilanda hujan lebat. ada few places yang banjir. ada seorang bff aku mesej. rumah kau naik banjir? yakin membalas. rumah i atas bukit kot. selamat dari banjir (amboi engkau berlagak). tak terhenti. dia balas. owh lupa kau anak orang kaya. kena setepek. ok fine kawan.

disebalik hujan tu, tersulam sayup-sayup kedengaran bergema suara takbir (wah gitu bahasa). terdetik di hati nurani. owh besok raya haji. tapi ada satu lagi perkara yang mengganggu perjalanan raya haji aku. seorang kawan baru tersadai di hentian bas kajang menunggu untuk pulang ke kampung halaman di Pendang Kedah yang menunggu since pukul 6 petang dan baru dapat naik bas pada pukul 2 pagi. sedih. nangis wuwuwuwu. aku kan konon nak jadi lebih baik dari sebelum sentiasa dengan cogan kata Allah takkan uji seseorang itu kalau dirasakan tidak mampu. Allah tahu kau mampu aqil, thats why Allah uji kau. kalau aku yang menunggu waktu selama tu. besok boleh belek paper seorang lelaki amuk di hentian kajang. amuk ok. bukan setakat emos je. cuba kira dari jam 6 petang hingga 2 pagi. 8 jam. 8 jam menunggu yang bersamaan dengan kau boleh ke Penang dari Kajang dan makan nasi kandar lepastu balik ke Kajang balik. tapi engkau masih kejang menunggu di hentias bas. sedih. nangis lagi. wuwuwuwu

hari raya aidiladha@haji@korban pada tahun ini dirasakan cliche seperti raya-raya tahun terdahulu tapi tahun ni kitaorang sefamily solat raya haji di masjid putra, putrajaya. bila kau sembahyang di sana kau akan merasakan seperti engkau berada di oversea. serious. macam-macam jenis orang dan pakaian kebangsaan yang dapat dilihat. serious macam new experience gitu. syukur aku berkesempatan solat raya haji pada tahun ni walaupun malam tadi keluar meet up dengan bff yang dah lama tak jumpa lepastu sempat singgah di hentian kajang untuk tengok kejap aqil di hentian kajang sama ada masih bernyawa atau mulut dah berbuih menunggu selama 8 jam. lepak dekat marakesh dan pulang ke rumah pukul 2 30 pagi tak silap padahal kawan aku tu besok ada flight ke sarawak. kau tak tidur ke kawan? haha

Masjid Putra, Putrajaya

happy eid adha mubarak everyone!

Monday 22 October 2012

cawan kegemaran

masa kecik-kecik dulu mesti nak ada cawan yang special dekat rumah. cawan kegemaran konon. cawan tu mesti besar dari cawan orang lain. cantik. comel. lepastu tak nak kongsi dengan orang lain. cawan special khas untuk aku masa kecik-kecik dulu mestilah cawan koleksi mak yang hanya akan digunakan bila tetamu datang. padahal ahli keluarga yang lain pakai cawan biasa-biasa je.

aku dekat rumah semua melayu. dekat sekolah lagilah semua melayu. sekolah kampung kan. jadi aku memang tak bergaul dengan orang selain orang melayu. melayu je memanjang. masa dekat MRSM dulu pon aku kawan degan melayu juga sebab tak da orang cina or india, MARA kan. bila start masuk PLKN baru aku start bergaul dengan orang cina dan india. perpsepi tentang trajedi 13 mei kini berubah*wah*

kejadian ini terjadi masa aku sekolah rendah. satu hari abah bawa kawan india dia balik rumah. jadi bila tetamu datang, mak akan keluarkan cawan koleksi dia. tambah-tambah pula kawan india abah yang datang ramai. jadi cawan special aku yang aku gunakan dan akan disimpan semula oleh emak. lepastu aku keluarkan balik, emak simpan balik. keluarkan balik (sudah cukup). cawan kegemaran aku tu digunakan sebab cawan tak cukup. tak perasan lagi time tu. kebetulan masa abah rancak bersembang. aku nak minum air kat dapur. aku ke dapur dan

eh? mana cawan aku ni?

aku tengok kat depan. semua cawan koleksi mak dah digunakan. aku kira ada 6. dulu 1 aku curi jadi tinggal 5. tapi kat depan ada 6. maknanya mak dah gunakan cawan kegemaran aku. oh tidak. orang India pula guna tu.*racist sangat kau*

aku bukan racist tapi sila faham tentang persepsi aku dulu. dulu ok!. lepas semua kawan abah dah balik. aku terus ambil semua cawan-cawan tu dan rendam dalam air panas. konon kalau rendam dalam air panas cawan tu akan bersih dan bakteria akan mati. aku selalu fikir out of the box dan nonsence. masa kecik-kecik dulu aku selalu fikir orang India dan Cina minum arak. mungkin bekas air arak yang diaorang minum tu lekat dekat cawan. sebab tu aku gigih rendam dalam air panas yang berkonsepkan sterilize. boleh macam tu? hahahaha

boleh tak tolong one day ada orang yang baik hati bagi kita cawan macam ni. ada cawan kegemaran baru. hakhak

Sunday 21 October 2012

jangkitan bakteria

Subhanallah. cuak gila bila aku chat dengan furhan(doktor going to be) dia cakap bahaya kalau sakit dekat telinga sebab telinga dekat dengan otak. tak boleh main-main dan buat tak tahu je. terus cakap dekat mak petang ni kita wajib pergi klinik cek petang ni.

actually sakit telinga dah 2 minggu. aku memang sengal malas nak pergi hospital lagi. lagi? ya lagi. hari tu aku pergi hospital BM(Bukit Mertajam). aku pusing 2 kali. parking penuh gila. bila parking dah penuh aku assume dalam pon penuh. tapi aku tak give up. aku pusing kali ketiga.*sigh* again. tak da langsung parking. ok terus balik rumah tidur nangis sakit telinga. wuwuwuwuwu. nak pergi private. private tutup plus uhuk duit kita sikit je nak hujung2 sem ni. memang malas dah nak pergi lepas ni. alah. kau memang kedekut. hahahaha

bila dah dekat rumah. mak adalah penawar instead of madu merupakan penawar bagi segala penyakit. mak ada panel klinik. jadi dengan rakusnya cerita semua dekat mak all the things happened about the ears and the hospital thing. bukan nya nak kesian. marah ada. lah. sakit2 ni pon nak fikir duit lagi. lain kali cerita dekat mak. mak masukkan duit. kecing-kecing. idea di kala sempit. next time.

di klinik. aku the only patient yang ada time tu. happy sebab tak perlu tunggu lama macam dekat hospital. kau mesti setuju sebab memang lama bin sangat kalau nak tunggu turn dekat hospital. nama aku dipanggil. doktor tanya dan aku cerita tentang kesakitan aku.

saya dah 2 minggu sakit telinga. tapi saya buat tak tahu je sebab dah pergi hospital BM tapi penuh gila dan private tutup (gedik cerita kan)

pardon me. hospitak BM? (mesti doktor cakap motif cerita)

bukit mertajam dekat penang (well its me doktor, nak share the sad moment)

kamu pon dah 2 minggu baru nak jumpa doktor. dah bengkak sampai ke leher baru nak cari doktor

amboih doktor ni. orang datang sini bukan nak bergaduh okeyh (monolog dalaman)


panjang nak cerita, lama juga aku consalt dengan doktor ni. tapi ada satu lagi sentap moment

doktor, saya rasa telinga saya luka sebab saya selalu korek telinga kot doktor

kamu korek telinga pakai dawai ke?


ok mak. jom keluar. kita jumpa doktor berbayar nak conslut. bukan untuk disentap. hahahaha

Thursday 18 October 2012

makan dalam kawan

kadang-kadang few things in life nak terus terang kita tak mampu. mujur kita ada blog yang putih nila clorox yang selalu kena bahan dengan kawan-kawan sebab awat nama blog kau pelik sangat? kenapa nak letak putih, nila dan clorox? why and why? oh suka hati aku lah nak letak apa. blog aku (marah you). haha.

aku selalu cakap dekat kawan-kawan aku. hari ini hari ini, esok esok. tak faham? apa yang berlaku hari ini ialah hari ini, apa yang berlaku esok ialah esok. tak faham lagi. meh nak celup otak kau dalam clorox biar bersih senang faham. wah. putih nila clorox sangat. hiks. aku susah nak nak ingat palat orang. tapi kalau palat yang makan dalam. kita sendiri pun tak boleh lupa.

aku kenal dengan si A tak lama dahulu. baru-baru juga. ok. kami berkawan. share everything (few things kottt). best si A ni. sporting and open minded. boleh gelak dan berseronok. yes we are happy as friend. si A ni juga pernah beberapa kali tidur dekat rumah aku. terucap juga ungkapan bestfriend. semuanya lancar je. macam aku dengan kawan-kawan yang lain.

satu malam ni. si A tidur rumah aku. gelak-gelak. pillow talk katanya. aku tanya dia.

katakanlah one day i datang rumah you? ok tak?

i rasa i tak ok lah. i tak nak parents i tahu kawan-kawan i macam mana.

simple. yes simple and smooth the way si A answered my question.

owh macam tu ea? owh ok. *speechless*

apa kau rasa? kenapa selama ini aku tak fikir apa yang parents aku fikir bila aku bawa kau ke rumah. kenapa aku nak jujur bawa macam-macam jenis kawan tidur dekat rumah?

ya aku baik dengan kau. tapi tak baik macam dulu. engkau juga sedar. kadang-kadang terlintas untuk terima seadanya tapi benda macam ini yang tak disangka orang akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada aku.

Monday 15 October 2012

tolong jangan mengarut

boleh tak jangan jadi stupid buffalo? kenapa suka sangat nak tanya soalan yang kau sendiri dah tahu jawapan dan akan mendapat lempang laju-laju jika soalan yang comel rasa nak sepak diajukan. it is me. aku seorang yang suka tanya soalan entah apa-apa dan pasti akan dapat jawapan yang macam

eeeeeeee. apa jenis soalan kau ni? (sambil muka kerut macam what the heck kau nak tanya soalan bahlul macam tu)

haritu aku kena bentang dekat depan kelas. tajuk aku HIV. the disease yang related dengan AIDS untuk lebih jelas. eleh macam lah aku(kau) tak tahu? kita semua tahu HIV akan berjangkit jika berlaku sentuhan ke atas luka dari si pembawa. so kalau kau si A(tiada virus HIV) ada luka dekat pipi(jerawat mungkin) ditampar oleh si B(pembawa virus HIV) yang ada ada luka dekat tangan. owh bersedia untuk cek darah within 6 months kerana anda mungkin telah dijangkiti dan anda juga kemungkinan bakal menjadi pembawa HIV. uih seramnya.

analogi yang jarang kita dengar sebab kita selalu dikaitkan dengn jangkitan HIV yang berlaku disebabkan sex. oral, bersetubuh and sort of things. segan kita nak cerita.

habis bentang aku tanya soalan ni dekat lecturer

sir, contoh ya. A bukan pembawa HIV, dia ehem-ehem dengan B yang juga bukan pembawa HIV. A pula ada luka. boleh ke A yang ehem-ehem dengan B tu dijangkiti HIV sir?

eeeeeeeeeeeeeeeee sambil rolled eyes.

Thursday 11 October 2012

tentang siapa?

kenangan lama atau kenangan dulu-dulu masa baru nak when i grow up(me-remaja) kalau dimbau mesti nak sengih sorang2 lepastu blushing sebab malu dan terdetik dalam hati

entah apa2 entah aku dulu. geli2 je. hakhak

semalam semangat nak belek2 fail2 lama sebab nak siapkan fail MQA tentang fail peribadi. alhamdulillah jumpa serba sedikit apa yang dikehendaki. mula2 rasa malas nak cari. suruh mak post je fail2 yang ada kat rumah. tapi susah pula bila difikirkan. selamat aku rasa aku ada buat simpanan. tapi memang gigih kena selongkor kotak2 yang aku simpan benda2 lama.

dalam misi gigih mencari. i found this. tak silap ni projek individu kelas English dengan Mr Eng Lien Tik, lecturer Chinese yang sangat best. sporting, friendly dan paling penting fasih berbahasa melayu. kitaorang kena bentang tentang diri masing2. aku yang semangat tak ingat suka sangat lah bentang tentang diri sendiri ni. konon hebat. walhal. wuwuwuwu


berdasarkan gambar kau akan nampak tilam (tidur for sure is my hobby), unique (it is me dude. unique semacam), tv (kalau ada tv je, aku boleh hidup, 24 jam aku boleh menghadap), eifil tower (dalam list konon nak travel), foods (kalau suka tengok TV mesti nak mengunyahkan) and muka perempuan cantik. paling kelakar dalam gambar ini pasal muka perempuan cantik tu. memang tak boleh blah. ada ke aku yakin bentang dekat depan kelas yang gambar muka tu melambangkan impian aku untuk memiliki kulit muka yang cantik, licin, bersih dan vibrant. feeling. berangan memang kerja aku. ke sudah. haram tak licin pon. tak pe. sabar naim. insyaAllah one day. sabar. sabar.

Sunday 7 October 2012

rindu lap top

bak kata orang jauh di mata dekat di hati. betul lah tu. jauh di mata aku ni nun jauh di penang. tapi hati selalu dok teringat family dekat selangor. dekat di hati lah tu konon. adat hidup merantau. belajar di rantau. masa mengajar di pantau(praktikum). owh rindu yang dah tak terbeban dah. asyik teringat je. tapi di gagahkan juga demi tugas dan kewajipan. menggalas harapan abah dan emak. wah! anak mitahli sangat.

bila lah nak dapat balik rumah ni? dah nak masuk 7 minggu tak dapat balik rumah. bermula dengan praktikum 4 minggu, lepastu ada je program hari jumaat dan sabtu. minggu depan pon tak boleh balik. memang lagi 2 minggu baru boleh balik. mak dah boleh kata hari2 nak call. rindu lah tu.

husni  si adik bongsu lagi lah buat aku rindu gila2 dekat rumah. setiap kali call ade je pe-el yang menggeletek jiwa. wah menggeletek you. ahaks.

perbualan telefon

hello...

hello(husni kepit buat suara mak kononnya)

siapa ni?

ni mak lah(husni kepit lagi)

owh ye ke? mak dah masak belum? abah sihat?.bla bla bla melayan budak kecik ni...gelak2

macam aku tak kenal je suara budak2 ni nak kenakan aku.
perbualan diteruskan...

husni, uni rindu dekat along tak?

rindu.....rindu lap top along.

ok bye.

Thursday 4 October 2012

PENANG baq hang part 4

ok. yang ni last part of PENANG baq hang dan kali terakhir juga anda akan muntah tengok gambar-gambar aku. enjoy naaaa...

misi mencari NASI KANDAR LINE CLEAR. parking jauh gila sebab the nearest parking semua penuh. tak pa aku gagahkan jua demi 2 tourist yang berstatus warganegara Malaysia. bak kata orang, kalau datang Penang tak makan nasi kandar macam tak cukup gitu. dah alang2 kat pulau kami ke Nasi Kandar Line Clear.
*tanya apek kat kedai motor, yakin tanya sebab ingat orang yang ada kat pulau tahu kat mana kedai Nasi Kandar Line Clear. end up with cuba you tanya orang lain* sigh

at last! jumpa! time ni terik gila. pulau sangat panas. tak pa. gigih redah panas. gigih kuasa dua.

tak ke ramai orang beratur. tak pa. alang2 dah sampai. beratur je. gigih kuasa tiga.

sedap je nampak. ini untuk seorang makan. ya ampun tamak

even serabut dan nampak kecah macam ni pon ramai. kongsi sikit anne apa tips boleh berjaya macam ni? hehe

nilai dan harga demi penungguan beratur-an. RM10 ++. berbalaoi kan. makan sampai licin.

eh macam ku kenal. Fahrin Ahmad kan? yes, Fahrin Ahmad. kitaorang ambil gambar dari jauh je. nak pergi melonjak2 tepi dia. dia tengah makan kan. kang tercekik pula ayam goreng terus tak boleh sambung shooting. tercekik sebab apa? sebab tengok lelaki ini terkinja2 nak ambil gambar dengan fahrin, erk.

sekadar hiasan. hard rock hotel. ada?

yang ni baru easy breezy it is sea! currently at Batu Feringgi.

parachute available. harga: seorang RM120 tak silap. boleh negotiate tapi kalau naik 2 orang harganya ialah RM180. cool. tapi mampu tengok dari bawah je lah lepas tu kena marah sebab mandi dekat tempat orang mendarat. kalau terjerut tali tu macam mana? terus tak nak main parachute sebab kena marah. eleh~

 nak menunggu sun set. lambat pula rasanya.

baring dulu. memandang ke langit. muhasabah diri. dah dapat pahala. senang2 je. tapi nampak lutut.  dapat dosa pula. 

Subhanallah!

MasyaaAllah!

malam di gurney plaza.

harpan nak makan mee sotong ni yang dikhabarkan keluar dekat JJCM(jalan2 cari makan), tapi kalau datang pukul 10 30 kedai dah tutup pukul 7 yang lalu. jerit yeay! sebab tutup. hanya mampu menaruh harapan

di atas jambatan. shoot ke seberang cari char koey teow. lapar dah time ni.

wallah. marvelous. Char Koey Teow Kampung Pelet terletak di kawasan Penanti. besar RM4.50 kecil RM3.50

aman dan furhan cakap the best ever char koey teow diaorang pernah makan. even dah balik ke oversea pon stil chat cakap rindu nak makan Char Koey Teow Kampung Pelet.

tambah siap. sedap sangat tuh.

 best yaw. peace.

jemput datang lagi. tak habis lagi sebenarnya kita explore Penang. insyaAllah kalau panjang umur, datang sini lagi. macam2 lagi kita boleh makan. with different theme maybe kita akan makan, makan, makan dan bulat. hakhak

Tuesday 2 October 2012

i am now nuffnangx-er

currently a people in nuffnangx. kalau rasa kita ni best follow lah kita. caranya mudah aja. taip je nama blog kita http://putihnilaclorox.blogspot.com/ dan klik follow. tiba2 kita2 pulak kan. nak pancing follower kena lah cuwwwit(sweet). kalau guna aku kau kasar pula kan. tak de siapa nak hadap kau si kasar. eh? kasar ke? hakhak

abaikan tab yang pelbagai. konon nak buat assignment tapi ada shila amzah bagai kan. memang cepatlah siap assignment kalau macam ni.