Thursday, 4 October 2012

PENANG baq hang part 4

ok. yang ni last part of PENANG baq hang dan kali terakhir juga anda akan muntah tengok gambar-gambar aku. enjoy naaaa...

misi mencari NASI KANDAR LINE CLEAR. parking jauh gila sebab the nearest parking semua penuh. tak pa aku gagahkan jua demi 2 tourist yang berstatus warganegara Malaysia. bak kata orang, kalau datang Penang tak makan nasi kandar macam tak cukup gitu. dah alang2 kat pulau kami ke Nasi Kandar Line Clear.
*tanya apek kat kedai motor, yakin tanya sebab ingat orang yang ada kat pulau tahu kat mana kedai Nasi Kandar Line Clear. end up with cuba you tanya orang lain* sigh

at last! jumpa! time ni terik gila. pulau sangat panas. tak pa. gigih redah panas. gigih kuasa dua.

tak ke ramai orang beratur. tak pa. alang2 dah sampai. beratur je. gigih kuasa tiga.

sedap je nampak. ini untuk seorang makan. ya ampun tamak

even serabut dan nampak kecah macam ni pon ramai. kongsi sikit anne apa tips boleh berjaya macam ni? hehe

nilai dan harga demi penungguan beratur-an. RM10 ++. berbalaoi kan. makan sampai licin.

eh macam ku kenal. Fahrin Ahmad kan? yes, Fahrin Ahmad. kitaorang ambil gambar dari jauh je. nak pergi melonjak2 tepi dia. dia tengah makan kan. kang tercekik pula ayam goreng terus tak boleh sambung shooting. tercekik sebab apa? sebab tengok lelaki ini terkinja2 nak ambil gambar dengan fahrin, erk.

sekadar hiasan. hard rock hotel. ada?

yang ni baru easy breezy it is sea! currently at Batu Feringgi.

parachute available. harga: seorang RM120 tak silap. boleh negotiate tapi kalau naik 2 orang harganya ialah RM180. cool. tapi mampu tengok dari bawah je lah lepas tu kena marah sebab mandi dekat tempat orang mendarat. kalau terjerut tali tu macam mana? terus tak nak main parachute sebab kena marah. eleh~

 nak menunggu sun set. lambat pula rasanya.

baring dulu. memandang ke langit. muhasabah diri. dah dapat pahala. senang2 je. tapi nampak lutut.  dapat dosa pula. 

Subhanallah!

MasyaaAllah!

malam di gurney plaza.

harpan nak makan mee sotong ni yang dikhabarkan keluar dekat JJCM(jalan2 cari makan), tapi kalau datang pukul 10 30 kedai dah tutup pukul 7 yang lalu. jerit yeay! sebab tutup. hanya mampu menaruh harapan

di atas jambatan. shoot ke seberang cari char koey teow. lapar dah time ni.

wallah. marvelous. Char Koey Teow Kampung Pelet terletak di kawasan Penanti. besar RM4.50 kecil RM3.50

aman dan furhan cakap the best ever char koey teow diaorang pernah makan. even dah balik ke oversea pon stil chat cakap rindu nak makan Char Koey Teow Kampung Pelet.

tambah siap. sedap sangat tuh.

 best yaw. peace.

jemput datang lagi. tak habis lagi sebenarnya kita explore Penang. insyaAllah kalau panjang umur, datang sini lagi. macam2 lagi kita boleh makan. with different theme maybe kita akan makan, makan, makan dan bulat. hakhak

5 comments:

Eiqa Almond said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Besttt gilakkk.. ;D
Betul2x kalau datang Penang x pekena Nasi Kandar memang x syiokk laa.

naim iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul2. nanti mai penang mkn nasi kandaq na. byk pilihan kat sini. bukan stakat nasi kandaq line clear je :)

Suara Hati said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

udang jugak la no.1 dlm hati ..nampak sedapppp ...!

naim iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

owh. suka makan udang ye suara hati? udang sedapp. tapi kalau mkn banyak naik gatal woo. aku allergic. huhu

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hmmm....org luar nih kalau dtg penang mesti nk g nasi line clear, sama ada sedap atau kadang hanya terikut ckp org or blogger lain yg promote....hmm kedai nih tahap kebersihan amatlah mencurigakan....tikus sebesar arnab, lipas, tambah pekerja yg tahap kebersihannya adoi boleh muntahkot....sy org penang memang 1x je pergi...org penang sendiri memang dh tau kedai nih memang kotor la bro...hmmm