Monday 22 October 2012

cawan kegemaran

masa kecik-kecik dulu mesti nak ada cawan yang special dekat rumah. cawan kegemaran konon. cawan tu mesti besar dari cawan orang lain. cantik. comel. lepastu tak nak kongsi dengan orang lain. cawan special khas untuk aku masa kecik-kecik dulu mestilah cawan koleksi mak yang hanya akan digunakan bila tetamu datang. padahal ahli keluarga yang lain pakai cawan biasa-biasa je.

aku dekat rumah semua melayu. dekat sekolah lagilah semua melayu. sekolah kampung kan. jadi aku memang tak bergaul dengan orang selain orang melayu. melayu je memanjang. masa dekat MRSM dulu pon aku kawan degan melayu juga sebab tak da orang cina or india, MARA kan. bila start masuk PLKN baru aku start bergaul dengan orang cina dan india. perpsepi tentang trajedi 13 mei kini berubah*wah*

kejadian ini terjadi masa aku sekolah rendah. satu hari abah bawa kawan india dia balik rumah. jadi bila tetamu datang, mak akan keluarkan cawan koleksi dia. tambah-tambah pula kawan india abah yang datang ramai. jadi cawan special aku yang aku gunakan dan akan disimpan semula oleh emak. lepastu aku keluarkan balik, emak simpan balik. keluarkan balik (sudah cukup). cawan kegemaran aku tu digunakan sebab cawan tak cukup. tak perasan lagi time tu. kebetulan masa abah rancak bersembang. aku nak minum air kat dapur. aku ke dapur dan

eh? mana cawan aku ni?

aku tengok kat depan. semua cawan koleksi mak dah digunakan. aku kira ada 6. dulu 1 aku curi jadi tinggal 5. tapi kat depan ada 6. maknanya mak dah gunakan cawan kegemaran aku. oh tidak. orang India pula guna tu.*racist sangat kau*

aku bukan racist tapi sila faham tentang persepsi aku dulu. dulu ok!. lepas semua kawan abah dah balik. aku terus ambil semua cawan-cawan tu dan rendam dalam air panas. konon kalau rendam dalam air panas cawan tu akan bersih dan bakteria akan mati. aku selalu fikir out of the box dan nonsence. masa kecik-kecik dulu aku selalu fikir orang India dan Cina minum arak. mungkin bekas air arak yang diaorang minum tu lekat dekat cawan. sebab tu aku gigih rendam dalam air panas yang berkonsepkan sterilize. boleh macam tu? hahahaha

boleh tak tolong one day ada orang yang baik hati bagi kita cawan macam ni. ada cawan kegemaran baru. hakhak

6 comments:

maizatul suraya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dari kecik sampai besar, persepsi aku tentang sharing things with others tak kisah lah kau bangsa ape, agama ape, remain the same. penah dulu ayah aku marah sbb share aiskrim dgn anak india sebelah rumah. well budak bandar. mane fikir kau aku agama ape. HAHA. mase tu ayah aku gigih suruh aku cuci mulut bersih2, takut budak yang aku share aiskrim tu pegang anjing dia b4 share dgn aku. tapi, AAK? HAHA. aku kecik lagi, dan aku ada single trait mind je. tak kisahlah. yg penting aku share. bila dh besar, bab makan aku dah tahu dah. kalau dari aku, okay je kalau nak share. tapi from geng non yg lain, aku have berhati2, unless aku tahu lifestyle dia cane. ececece.. itulah serba sedikit ttg lifestyle aku yg dikelilingi non dimana-mana. :)


love your entry. another Hamis right? ekeke

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nanti ain bagi cawan spongebob squarepants yang vavavavooo0mmm hahaha

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@maizatul suraya gitu suraya. samalah kita. aku dibesarkan di kg. 4 sure tak terdedah sangat. dah besar baru nampak terbeliak biji mata. another hamis? jauh sangat tu. hiks

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Cik Ain ok. kena tuntut ni nanti cik ain.

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Naim Iman hahaha tuntut bila ain dah keje nanti yer ,ala setakat cawan ape la sangt kan *kidding* kahkahkah

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bro try tutorial yang ni lak ,kot2 bekenan haha..comment berantai lagi senang..huhu

http://www.lyssasecret.com/2012/06/tutorial-threaded-comment-untuk.html#.UITw9sU3sjM