Sunday 7 October 2012

rindu lap top

bak kata orang jauh di mata dekat di hati. betul lah tu. jauh di mata aku ni nun jauh di penang. tapi hati selalu dok teringat family dekat selangor. dekat di hati lah tu konon. adat hidup merantau. belajar di rantau. masa mengajar di pantau(praktikum). owh rindu yang dah tak terbeban dah. asyik teringat je. tapi di gagahkan juga demi tugas dan kewajipan. menggalas harapan abah dan emak. wah! anak mitahli sangat.

bila lah nak dapat balik rumah ni? dah nak masuk 7 minggu tak dapat balik rumah. bermula dengan praktikum 4 minggu, lepastu ada je program hari jumaat dan sabtu. minggu depan pon tak boleh balik. memang lagi 2 minggu baru boleh balik. mak dah boleh kata hari2 nak call. rindu lah tu.

husni  si adik bongsu lagi lah buat aku rindu gila2 dekat rumah. setiap kali call ade je pe-el yang menggeletek jiwa. wah menggeletek you. ahaks.

perbualan telefon

hello...

hello(husni kepit buat suara mak kononnya)

siapa ni?

ni mak lah(husni kepit lagi)

owh ye ke? mak dah masak belum? abah sihat?.bla bla bla melayan budak kecik ni...gelak2

macam aku tak kenal je suara budak2 ni nak kenakan aku.
perbualan diteruskan...

husni, uni rindu dekat along tak?

rindu.....rindu lap top along.

ok bye.

No comments: