Friday 1 June 2012

mengubati cagu

cagu?apa itu cagu?*wah!ayat baik punya* menurut mr google:cagu ialah sejenis penyakit bernanah pada kuku.that's it?huh?simple gila. pendeknya. bagi aku cagu ialah satu penyakit di jari khusus kepada ibu jari kaki yang berbau busuk kerana menghasilkan nanah kemudian kuku akan buruk. lepas tu malu bila sembahyang berjemaah sebab time rukuk akan nampak kuku sendiri. lengkap dan padat. hakhak

sebut pasal sembahyangkan. aku malu sangat weyh. aku sememangnya pengidap penyakit cagu tegar sejak sekolah menengah. ini mungkin disebabkan aku suka pakai kasut yang saiznya lebih kecil sebab aku suka feeling kaki aku kecik muat pakai kasut orang lain padahal kaki kau saiz gajah.saiz gajah! faham tak?*tolong sedar diri*

tadi aku sembahyang jumaat. macam biasa takbir. al-fatihah dan rukuk. time rukuk tu aku malu sangat. boleh pulak kan aku terpandang ibu jari kaki aku.OMG!'cantiknyaaaaa'. terus aku terfikir. apa lah orang ni rasa bila dia terpandang jari kaki aku ni? mungkin nak muntah. ke aku je perasan padahal orang tu tak pandang pon. sekarang kan cuti.aku dengan harapan time cuti ni aku nak rawat kuku aku.aku nak elokkan cagu aku.aku letak inai kat cagu. orang2 tua cakap kalau letak inai insyaAllah cagu elok.

gigih aku tumbuk inai pakai batu lesung mak aku. pedas weyh ibu jari sebab tu lesung mak tumbuk sambal. tak melekat pedas cili kat inai tu? tak pa. aku rela demi elokkan jari aku. jadi bila dah berinai.kuku aku yang semulajadi bercagu dan coklat itu menjadi hitam sebab bercampur dengan colour oren inai. eeee. buruknya. tapi memang aku puas hati. betul2 berkesan.nanah2 semua hilang. kering. tapi macam biasa. aku ni memang tak istiqamah. pemalas. pakai hari ni besok tak pakai dah. sama lah macam aku pakai product muka. semua nak try. lepastu bila pakai sikit naik jerawat terus ke tong sampah lah tempatnya. tak pon aku buat koleksi je.

tadi aku google cara merawat cagu. ada seorang insan ni suggest try pakai product farmasi brand ecocot. dia cakap berkesan. lepas ni yakinlah nk sembahyang dengan khusyuknya dan lebih yakin untuk berjalan di luar dengan kaki ayam sebab kuku dah cantik.*facepalm*

6 comments:

bubblePOP! said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahahahaa.
sorry tergelakk.

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

maluuuu sgt ada cagu.bila nk elok ni?huhu

blog-tips-kurus said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

laki pon kena cagu yek?

*saye baru kena.. huhu!

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@blog-tips-kurus hahahaha.lelaki juga manusia.haha,kena juga.malu taw.dan lambat nak elok pulak tu.sedih :(

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ecocot??krim ker..

afifah_izzati said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pas2 abg pkai krim tu ok tak? sya dah kna msuk ni dah 2 kli .dah la dua2 blah ibu jari . saaakit . yg first dah cabut tpi bila tumbuh dia jdi balik . sakitnya hati . macam mna eh? pkai krim tu ok x? mcm2 dah sya buat . sedih sgt sbb byk ksut yg x leh pkai sbb sakit kcuali sandel . ahhh sengsara hila bila kdg2 kwn2 trterajang terpijak sgala ter . mmg brdarah la jawabnya . help me please