Saturday, 16 June 2012

teori rambut

teringinnya nak rambut panjang. macam style kan? tapi tak pernah nak dapat. kalau aku bela rambut panjang. lepastu balik rumah. mak dan abah akan senyap je. tapi besok bila aku bangun tidur rambut aku tobek. jangan tanya siapa buat dan jangan cari pasal.

kemain hitam berkilat. edit lettew
lihat sekeliling anda. bukan sekarang. kalau di mcd boleh tengok. ramai lelaki yang sudah berumur atau meniti usia lanjut akan mempunyai pulau(owh), spotlight(owh owh) bahasa mudahnya kebotakan atau rambut gugur di bahagian atas kepala. benda ini kebiasaannya akan berlaku terhadap lelaki. kenapa tidak wanita? musykil.

mengikut teori aku, perempuan kebanyakannya mempunyai rambut yang panjang dan lelaki pula akan mempunyai rambut pendek semenjak dari kecil lagi. perempuan(yang freehair) boleh flip rambut dia. lelaki pula boleh sondol kepala kat perut anak2 sebab tajam2 lepastu anak dia gelak2. dagu pon boleh guna juga.

penelitian aku mendapati rambut yang dibela panjang jarang menyebabkab rambut gugur dari bahagian hadapan dahi ke belakang. aku tak dapat nak explain secara scientific sebab sains aku memang Ey! tapi kau boleh perasan kan. jarang perempuan yang mengalami kebotakan di atas kepala. jawapan kau mesti. ye lah! perempuan bertudung mana nak nampak. jom tengok katy ibrahim dan salamiah hasan. ruminah sidek pon boleh. diaorang tak botak pon. jawapan kau. diaorang antara contoh manusia tak mengalami kebotakan. ok foine*sambil tarik rambut satu2 bior gugur

harap aku tidak begini nanti. shampoo bawang satu gelen please!




2 comments:

Nj said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tobek tu ape weh?

rambut pnjg senang gugur sbnrnya T_T
*most girls like me lah.

naim iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lol.haha.tobek tu mcm ada potong rambut pendek gile sampai nakmpak kulit.ermm.x sure.tp yg jelas itu mungkin maknenya.haha