Sunday 3 June 2012

kad kahwin

fuhhhh. cuti ni memang busy. busy dengan kenduri kahwin. aku memang suka pergi kenduri kahwin. makan sedap. makan free. minggu ni je abah dah dapat 3 kenduri. tentulah aku yang paling teruja nak pergi kan di samping mak yang dua kali teruja sebab mak cakap kita kena pergi kenduri2 ni. nanti kalau kita buat kenduri orang tak maw datang.

abah semenjak meniti usia senja ni*tapi muka seusisa 30* dah malas nak pergi kenduri. abah nak jaga badan. makanan dekat kenduri berminyak, berkolestrol tinggi dan berlemak katanya. kononnya tak mahu buncit mencecah usia 50 tapi aku tengok sekarang dah boleh tu daftar geng MKD(Maju Ke Depan). tapi ramai kawan aku yang datang rumah akan cakap wah!parents ko nampak muda lah. ayah kau askar ea? no. my father is not a soldier. he is a teacher*Oh myEnglish.

mungkin ramai yang tidak tahu, aku pon baru tahu. bagi setiap orang yang mendapat undangan atau jemputan kahwin. maka adalah wajib untuk anda pergi ke kenduri tersebut melainkan atas sebab keuzuran dan sebab2 yang tertentu serta sebab2 yang boleh diterima akal. aku pon tak sure kesahihan hukum ni tapi orang bagitahu aku ye. saya ulang. orang bagitahu. dalam 3 kenduri yang abah dapat tu. ada satu keluarga yang telah menjatuhkan hukum wajib. wajibulghunnah. wajib pergi. mesti pergi.



maaf atas kualiti gambar di tahap sedih. gambar diambil menggunakan camera handphone pertama di cipta.

tak terkejut beruk kau? tiap2 hari ada orang yang berlainan hantar kad kahwin yang sama ni kat rumah aku. yang pastinya penghantarnya orang yang berlainan. aku pastikan kad tu betul2. aku baca setiap kad yang sama tu berulang kali. mungkin berlainan alamat tapi diaorang buat  dekat kedai kad kahwin yang sama. mungkin kedai kad kahwin tengah buat sale sempena cuti sekolah kan. tu yang ramai orang buat kad yang sama. namun begitu, tekaan ku meleset. alamat yang sama. pengantin yang sama.

kalau dah sampai 3 kad sampai rumah. ni kalau tak pergi juga besok boleh lah ramai2 terjun jambatan berirama. dimulai abah, mak dan seterusnya. next!

5 comments:

A.R said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau weekend tu 7 hari, hari2 mau makan nasik kenduri. T_T

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yup.lepastu boleh dah buat jadual berat bdn.x yah timbang just tambah sekilo tiap2 hr.haha

Tiq said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best apeee kenduri,
boleh makan makan heuheu

Raz said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

a'ah memang wajib pegi kan

tp kalau jauh sgt.. susah tu

pastu 1 hari ade 5,6.. senak perutku. hoho

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

fatim: memang best kenduri. kalau artis mcm sy*wahhh!. ada 10 jemputan sehari macam mana?.*perasan sendiri

Razfira: owhh.memg wajib ye? tu la.kalau jauh kat ostolia dah boleh tu mkn utk stahun.