Saturday 23 June 2012

abah mengajar aku

masa cuti yang sepatutnya 3 minggu menjadi 4 minggu sebab exam habis awal dari orang lain lepastu cepat2 nak balik sebab masa yang perlu dihabiskan di rumah sangat berharga daripada duduk di maktab stress yang hanya akan berlaku semasa minggu exam dan musim assignment sahaja. stress ke? tidak. aku enjoy di maktab juga berpraktikum. tapi penat. kalau penat kena tidur yang cukup. tapi tidur tak cukup sebab selalu postponed RPH(rancangan pengajajaran harian) lepastu malam2 buta baru nak buat sebab malam yang sebelum buta tu pergi bilik orang cari RPH nak pinjam. bukan tiru. heh! sembang pasal budak2 yang nakal, manja dan sebagainya. kalau tak cukup tidur, penat tak hilang. it lead to stress. stress balik.

duduk di rumah memang seronok. relax, enjoy and always sit. why sit? sit in front of television. asyik tengok TV memanjang. ok jom beradu kehebatan. cakap je drama yang kau tengok masa cuti. aku pon tengok. tapi yang dekat channel biasa lah. kita tak de astro. sedih.wuwuwuwu. masa kat rumah abah memang tak boleh duduk diam. ada je benda dia nak buat. cuci tu. basuh ni. cat tu, lap ni. owh boleh dikatakan beliau akan sentiasa bergerak. tidak seperti aku yang konon2 aku yang bayar bil air, api, internet. aku bayar kau buat kerja(gila murka kalau ayah aku baca). kerja aku melingkar depan TV sambil makan keropok lekor yang dibelikan emak masa pergi bercuti tanpa aku. sedih double.

kan aku sekarang dah duduk rumah sewa. baru aku sedar perlu sebenarnya kita cuci tu. basuh ni. cat tu, lap ni. kita semua mahukan kebersihan. kalau nak bersih memang kena bergerak dengan melakukan cuci tu. basuh ni. cat tu, lap ni. masa kat rumah hari2 tengok abah buat. aku dengan sendiri nak buat juga benda tu kat rumah( tapi kadang2). kini di rumah sewa aku perlu untuk melakukan perkara2 tersebut agar rumah saya sentiasa bersih wangi dan ceria. rumahku syurgaku kan?

beliau bukan seorang askar. juga bukan seorang polis (muka garang). beliau adalah seorang guru. guru pelita hatiku.
dalam aku tak sedar abah sudah mengajar dan mendidik aku secara tidak langsung. kebersihan itu adalah tuntuan Islam. hargai ayah anda. selamat hari bapa walaupun lambat bertahun-tahun. saya sayang abah selamanya (ini sangat touching kan?) muntah kejap.

No comments: