Tuesday 19 June 2012

sekurang-kurangnya

apakah? kenapakah?adakah aku sahaja yang mempersoalkan perkara ini? adakah engkau tidak? mungkin aku tidak hebat berbahasa tapi dari dulu aku runsing dengan benda ni. aku tertanya-tanya. sangat tertanya.*wah berbahasa basi baku engkau.

mungkin aku je yang over2 tertanya dan mengada2 nak suarakan. tapi dari dulu lagi aku pendam. aku simpan. perasan tak masa pembaca berita baca berita pasal kemalangan  yang melibatkan maut atau kematian yang ramai contoh macam bencana alam, kemalangan bas dan juga kapal terbang terhempas (owh sangat scary). tapi aku sedih aku tak pernah naik flight. tak pernah sekali pon. tak pe. nanti kalau aku dapat posting pergi sabah atau sarawak aku nak jerit puas2 (SAYA KINI PENUNGGANG KAPAL TERBANG) sebab dapat naik flight*minta jauh lah kena posting ke sabah dan sarawak. tak dapat naik flight pon tak pe.

huh. meluat baca mukadimah panjang. close tab.*eh jangan. haha. perasan tak kalau pembaca berita baca berita pasal kematian. diaorang mesti akan sebut.

sekurang-kurangnya 10 000 orang maut dalam kejadian bencana alam _______ yang berlaku __________(sila isi tempat kosong sendiri. boleh pilih bencana apa dan di mana)

kita kalau mengidam sesuatu. contoh macam aku nak makan mangga (eh mengandung ke?) mesti nak makan banyak. dan ada target untuk jumlah yang banyak tu dengan mengatakan sekurang-kurangnya. sebagai contoh: aku kalau nak makan mangga sekurang-kurangnya 20 biji baru cukup(hambik!). pastu kalau mangsa terkorban. boleh kan ada target dengan sekurang-kurangnya. sekurang-kurangnya jugak ke? tak baik lah! babab nak?

JIMAT. sekurang-kurang 24 juta rakyat Malaysia maut kerana mengamalkan penjimatan melampau sehingga menyebabkan kebuluran. boleh macam tu? hakhak

memang aku tak boleh jadi pembaca berita. aku cakap laju. kalau lah aku pembaca berita mesti besok buletin utama dah tak da siaran sebab ramai boikot. tak pe. cakap laju boleh masuk guiness world record cakap paling laju. boleh?

No comments: