Tuesday, 12 June 2012

hukum memakai braces

berdosa weyh pakai braces. mengubah ciptaan Tuhan.

gulp. telan air liur aku. berdosa ke aku? cabut braces sekarang*tipu. aku ada juga buat research sebelum memakai braces ni. ada juga orang yang persoalkan. aku juga turut persoalkan. aku sangat mudah terpengaruh. kau kata haram aku pon. owh! haram ea? kau kata halal. owh! aku yakin dengan yang itu.

hasil siasatan aku mendapati hukum memakai braces ni depends on niat kau juga. kalau kau pakai semata-mata nak cantik lepas tu nak senyum sokmo. meh sini aku tolong taburkan gigi kau dulu sebelum orang lain taburkan.  aku tak nafikan ada sikit niat dalam diri aku untuk kelihatan cantik. frankly speaking. indeed. aku tak yakin dengan diri aku. aku malu untuk senyum. malu untuk bermasyarakat. malu nak keluar rumah(tolong tikam budak ini)

orang terdekat dengan aku mesti tahu dengan masalah ini. malah fed-up dengan masalah ini. ULSER. boleh kata sebelum pakai braces ni. tiap bulan mesti kena. sakit jangan cerita. kalau masa kena ulser lepastu balik kampung. oyang masak gulai daging salai yang kalau balik kampung tak salam oyang dulu. masing2 berebut serang dapur buka periuk cari gulai daging salai. peritnya rasa. kunyah sini sakit. kunyah situ sakit. sangat sakit. end up letak garam lepastu buat drama ayaq mata sorang2. pergi dekat mak. sakitnya mak. *mak eyes rolled. bosan dah mak dengan sakit kau.

disamping untuk memulihkan ulser dan meningkatkan keyakinan aku yang down sebab gigi "sangat cantik" itu lah membuatkan aku berkobar2 untuk memakai braces. masih tidak dinafikan untuk kelihatan lebih cantik yang seterusnya akan menaikkan keyakinan diri aku.

kini aku lebih yakin untuk senyum, tidak malu untuk bermasyarakat, tidak malu untuk keluar rumah. bukti lihat di bawah. owh! sangat yakin orang ni. tampar nak?

harap kalau colgate tengok gambar ni. saya nak jadi duta colgate!(aum. gigi saya sekuat harimau!)

2 comments:

Nj said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hokey dah tuu gigi
hehe

naim iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha.itulah.dah ok.alhamdulillah.tp lambt lg nk buka.