Sunday 10 June 2012

braces

dulu aku tak kisah sangat pasal penampilan diri. kalau dah penampilan diri aku tak kisah apetah lagi gigi aku yang berterabur dan bertaring bagai raja bersiung kan. satu hari aku tengok satu rancangan tv ni. diaorang buat interview tanya kepada seorang artis. owh artis feberet aku tu. fasha sandha(lantak lah orang kata dia nakal tapi aku suka.titik!). diaorang tanya fasha. apa yang you pandang pada seorang lelaki instead of beriman, bertanggungjawab, berkepimpinan. sangat clishe. dia jawab GIGI. saya suka gigi yang teratur, putih dan bersih


pegang gigi sendiri. pecut berlari ke cermin. owh gigi. gigi. gigi! sejak hari itu aku simpan azam. suatu hari aku mesti berusaha untuk cantikkan gigi aku. masa tu braces tidak popular tapi dah ada orang pakai. aku rasa pelik. tapi aku kena pakai untuk mendapatkan gigi yang teratur, putih dan bersih seperti kehendak fasha. bukan untuk dia tapi untuk keyakinan aku sendiri. kalau sebelum ni kalau ambil gambar mesti nak senyum kepit. bibir bertemu bibir.tutup rapat2. malu nak tunjuk gigi sendiri. kalau senyum cameraman tercampak ke belakang. takut tengok gigi aku lah tu. aum gigit guna taring ni baru taw.

aku simpan angan aku ni. ada juga suarakan dekat mak dan abah. macam biasa. abah: ada duit? ada duit jom.*ok foine abah. mak sebagai isteri yang taat pon turut serta. mak: tanya abah.*ok foine lagi. namun siapa tahu, tuah ayam nampak di kaki. tuah aku kerajaan hulurkan. ahaks. tq hospital kerajaan. rezeki aku untuk berbraces datang juga. owh sangat perit untuk diceritakan. gigih aku menunggu dalam waiting list. gigih untuk ke melaka untuk transfer dan tukar hospital. gigih aku pulang ke selangor dari penang ber-appoinment. sangat gigih tetapi memadai.

sebelum pakai braces*abaikan kekuningan

pulang dari hospital selepas pakai braces*kemain senyum tak ingat

minggu pertama (kalau tiap minggu nak letak gambar. boleh dah buat blog braces aje)

aku mula pakai braces masa bulan puasa. syukur masa bulan puasa sebab kalau puasa tak de lah buas aku nak lahap macam2 benda kan. cuma time buka puasa lah. tak pe. bersederhana. makan bubur lambuk dan kuih tepung pelita selama sebulan. padahal orang lain time tu meriah berbuka puasa. sabar. tunggulah nanti aku dah tak sakit. nak makan kambing panggang sorang2. time tu berat turun tak payah cerita. boleh dah tu jadi duta london weight management. turun berkilo2 dalam sebulan. patutlah ella pakai braces tak buka2. nak kurus katanya.

sekarang ni dah nak masuk 2 tahun aku pakai braces. setahun lagi nak buka. itu jangkaan doktor. kalau dah 3 bulan postpone appointment. doktor mesti cakap tak payah buka lah*nanes.

2 comments:

mekryan said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahahaha..aku google pasal braces dan listerine..langsung tercampak kat blog ko nih..nak nangis baca tulisan ko dik..senak perut aku...dah dapat layan kambing panggang sorang2 belum?

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@mekryan hahaha.thanks baca. rajin2 lah menjenguk ye. kambing panggang nk mkn sorg2 x dpt lg. ayam panggang dpt. tetapi akan diusahakan 1 fine day!wah!