Monday 20 August 2012

boria raya, warna warni raya

gembira hati di raya kedua usik2 muka dah naik biji2 halus. biji2 putih bak berlian(nanah jerawat..eeee) akibat makan kuah kacang tak ingat 3 hari yang lepas sehingga hari ini dan mungkin berterusan hingga habis stok kuah kacang, kuih kacang dan kacang2 yang seangkatan dengannya. kalau kau perasan atau mungkin kalau kau orang selangor dan selatan, raya kita kali ini penuh rahmat. hujan memanjang. selamat petang dan malam je hujan. kalau pagi hujan memang tarik selimut tak pergi beraya lah kita.

sempat kan update blog walaupon raya? haruslah sebab kitaorang satu family baru sampai dari kampung petang tadi dan sekarang berehat2 di rumah tunggu orang datang rumah. nak tengok mael lambong aku dah tengok. bosannnn.

perut aku memulas2 gila hari ini. ini mesti kes makan aneka juadah di hari raya. rendang. lodeh. ayam sambal. lontong. ketupat semuanya bergabung. meletop! dah telan pil chi ket teck aun pon tak menjadi. ini memang sakit perut yang rare.

layan lah gambar2 raya kita. caption dibekalkan memudahkan anda menatapnya dengan lebih serius.

suka macam ni kan. aku tadi dah gigih rotate biar tak perlu senget, tetap senget. layankan aje. SELAMAT HARI RAYA dari naim@iman

ayahanda dan bonda bermesra di pagi raya. 


family potrait tanpa aku sebab aku tukang tangkap gambar

mana boleh! aku pon mesti ada juga. angah kau pula tangkap gambar. *arahan sangat. haha

kami 4 mohamad. ya! adik beradik aku semua lelaki seperti yang anda dapat lihat di atas. ada soalan lagi? *kekwat*

kami dan bonda

senyuman 'kak nita' dari iman. naik je biji epal kat pipi tu

akhirnya kami berenam. mata ada yang pandang camera, ada yang tak pandang sebab camera banyak time ni. tak tahu nak pandang mana satu. feeling retis sangat. jangan kata keluarga cikgu zul keluarga juling. hakhak




Friday 17 August 2012

dah nak raya dah?

kehadiran video yang dibuat oleh my best best best friend (syaqiir) membuatkan perasaan teruja nak raya yang hampir menjelang ni semakin membuak-buak. tolong jangat meluat kalau kau asyik dengar cikgu tu sebut nama aku je. haha. gelak sakan aku tengok video ni. thanks a lot and happy eid raya in advance.


Wednesday 15 August 2012

mana bil eletrik ni?

tolong menadah kedua tapak tangan dan diangkat ke atas tanda syukur jika anda sekarang hidup bil air dan bil elektrik masih bawah tanggungan family. tolong sertai kesedihan saya apabila menerima ujian di bulan  mulia apabila bil elektrik kena potong. ok sangat sedih dan pening memikirkan masalah pemotongan bil elektrik yang tak tahu puncanya plus bil tak sampai rumah dan tak tahu alamat rumah dengan jelas sebab tuan rumah mempunyai banyak sangat rumah sewa yang digunakan atas nama beliau. alamat juga hampir sama menyebabkan pada mulanya tindakan yang hanya telefon pihak TNB berakhir dengan pergi ke pejabat TNB untuk mendapatkan kepuasan diri. kau ada?*tolong buat dengan mata sekali*

mesti kau tertanya-tanya. macam mana pula boleh kena potong? rumit untuk diceritakan tapi tetap nak cerita. dua hari lepas. balik sekolah dengan riang ria sebab pelancaran bulan kemerdekaan berlaku dengan sangat mega (will update soon). tak pernah berlaku di mana2 sekolah. berani kerat jari kalau sekolah kau ada(wah!). sepanjang balik ke rumah tersengih2 tergelak2 sorang2 sambil pandang co-driver yang setia menemani dan tak tidur. hebat!. kalau aku confirm dah syahid. dengan air cond kereta. siapa boleh tahan beb? dia boleh tahan. hehe

sekolah kau ada? sekolah kami ADA!

sampai di rumah. pintu rumah ternganga. disambut dengan yeay! tak de elektrik. terus macam sukanya elektrik tak de. mungkin blackout. monolog sendiri. tidur. tak kisah tak de elektrik. macam yang aku pernah cakap. bulan puasa sambil praktikum membuatkan aku rasa tidur lagi penting dari makan. tidur dalam kepanasan. kisah kan? tidur itu penting! bangun dari tidur. housemate aku cakap. elektrik kena potong. bingkas bangun. (wah bingkas!) meluru ke kotak elektrik yang warna hitam tu. senyum sampai telinga sambil tengok kotak tu kosong tinggal wayar2 je.  syukur air tak kena potong.

Monday 13 August 2012

tidur

kami warga kampung (aku kampung boy ok) sentiasa percaya dengan kata-kata doktor. doktor kata kalau demam telan air cap badak 10 botol untuk sejukkan badan, nescaya atok, opah, nenda dan seangkatan dengannya akan minum 10 botol air cap badak atau mungkin lebih. ini kerana mereka warga desa(wah) sentiasa percaya dengan doktor. aku mungkin begitu tapi kini tidak lagi. ecece

ada doktor tu cakap untuk mendapatkan badan yag sihat include hidup yang ceria. tak emo tak pasal2. kita perlu tidur dalam lingkungan 6 hingga 8 jam sehari.

tapi semenjak aku praktikum ni tidur tak pernah nak cukup. 3 hingga 4 jam sehari. mungkin mencecah 5 jam tapi terlalu kadang-kadang. separuh daripada apa yang doktor sarankan. macam mana ni doktor? adakah saya mungkin akan sedikit gila? hakhak. please i want my sleep back. bila nak cuti ni???


konon tertidur sambil buat RPH (tak tahu RPH apa sila baca previous entry). tapi sempat update blog. acane tu?


Saturday 11 August 2012

ceritaku ciikgu

hati guru mana yang tidak tersentuh, hati guru mana yang tidak sedikit pon terasa kepedihan yang dialami seorang kanak-kanak berumur 10 tahun. aku bersyukur aku masih dilahirkan sihat walafiat. bersyukur masih mempunyai ibu bapa. tak dapat aku bayangkan jika di kala umur 22 tahun ini, dua permata hatiku pergi meninggalkan aku.

dua minggu di SK Mohd Shah aku sempat berbual dengan anak muridku, seorang murid yang agak nakal, banyak mulut, boleh kata seorag budak yang memerlukan perhatian. menunggu waktu pulang dari sekolah. aku sempat berbual dengan murid tersebut. gemar bercerita. talkactive. mudah berkongsi cerita dan rasa. sentiasa bercerita tentang ibunya. ibunya itu. ibunya ini. terdetik di hati. asyik cerita pasal ibu je? pasal ayah tak mahu cerita ke? mulut tak dapat mengawal detik hati. dizahirkan.

"kamu asyik cerita pasal ibu je? ayah kamu?"

"ayah dah lama meninggal cikgu. mak dah kahwin lain"

sedih tapi perbualan diteruskan,

"macam mana dengan ayah tiri?"

"kami panggil dia pak cik ja"

"kenapa?"

murid tersebut beredar meninggalkan kami guru pelatih terkontang kanting. mungkin dia tak suka cerita pasal family dia kot.

minggu ini, aku  berbual dengan cikgu di sekolah tentang murid kelas 4D yang suka bercakap dan kadang2 tak terkawal kelas dek mulut-mulut diaorang.

tiba-tiba cikgu berpesan,

"kamu tolong tengokkan si polan tu?"

"kenapa cikgu?"

"dia ada leukimia. jangan bagi dia buat benda heavy sangat. kalau dia letih bagi dia rehat"

bayangkan perasaan aku masa itu. kesian. setiap murid berbeza, setiap murid ada cerita. dalami dan kenali dan kita akan lebih mesra-i(tetap nak diakhiri dengan i) heh.

Wednesday 8 August 2012

penilaian praktikum 1

alhamdulillah syukur nikmat. selesai sudah penilaian aka observation pertama hari ini. minggu lepas hari isnin Encik Omar merangkap pensyarah pembimbing aku dan juga kawan aku merangkap housemate merangkap roommate datang ke sekolah kami bagi melaksanakan pra penilaian iaitu penyeliaan port folio dan buku pengajaran harian . owh banyak betul merangkap. mari amalkan penggunaan bahasa melayu yang berbudi. tak mahu lagi guna aka(as known as). ok out of topic. eh english pula. tadi kata nak amalkan bahasa melayu berbudi. whatever.

abaikan mukadimah tersebut. syukur alhamdulillah. lega sikit bahang praktikum. hari ni kami di observe kali pertama. aku memang kurang berminat sikit kalau observe hari Rabu sebab hari Rabu kelas PJ darjah satu dan dua. dush. aku memang fail nak kawal budak2 darjah satu dan darjah dua. tapi aku anggap ini sebagai cabaran. kalau kali pertama ni di observe darjah satu dan dua. tiba2 minggu depan darjah tiga dan empat. mungkin Encik akan nampak perubahan saya. tapi kalau minggu depan observe darjah satu dan dua juga. sekali aku menangis dengan budak2.

owh sebut pasal menangis. tadi masa observe ada student aku menangis. tak boleh blah der. selama ni wa ajar kelas tu. budak2 ok je. tak menangis. nak kata kelas terkawal memang out dari awal. pening kepala nak layan kerenah budak2. semua pandai. semua nak jadi wakil. semua bersemangat. cikgu kamu je yang tak bersemangat. kali pertama budak menangis dalam kelas. selamat ada lecturer observe dekat belakang. aku pon apa lagi. sweetly fake.

"kenapa ni haziq? kenapa menangis? siapa buat haziq?" tuturku lembut. wah!

tak baik tahu buat kawan. bulan2 puasa ni berdosa (sambung tuturku)

owh kalau bulan lain boleh lah cikgu.

siapa nak makan pakai sudu sila bergaduh tiap2 bulan.

kalau lecturer tak de. mungkin budak yang cari pasal dan budak yang menangis tu aku ciumkan je. biar trauma seumur hidup. kahkahkah.

Friday 3 August 2012

praktikum

praktikum? apa tu? bukan praktikal ke? ini maktab. mereka menggunakan praktikum instead of praktikal. haruslah lain daripada yang lain. maktab kan. hakhak. sepanjang 2 minggu ni otak pon dah tak betul. ting tong. senget. lengkap pakej. minggu pertama berpraktikum ok lagi sebab sekolah aku ada ujian prestasi 2 dan peperiksaan percubaan UPSR. lega. tak perlu buat Rancangan Pegajaran Harian(RPH). tak perlu berhadapan dengan konflik emosi. wah konflik emosi pula. kenapa ni? awat bunyi macam stress ja ni? dok eh. kau faham tak bila masuk kelas murid2 suka cikgu baru. lepastu semua mahukan perhatian kau. padahal kau dah tak larat layan kanak2 sebab dekat rumah dah ada 2 kanak2 yang sering mahukan perhatian. dekat sekolah ada 30 orang kali dengan  4 kelas. ok boleh masukkan air dalam kepala sekarang.

minggu kedua bermula dengan muka murung sebab exam dah habis. ujian dah tak de dan proses merancang RPH bermula. fuh. penat der kalau nak cerita. kalau ada orang cakap senang jadi cikgu tu meh aku gigit sikit otak dia. jadi cikgu ni kita sentiasa akan berfikir. merancang dan melaksana.

berfikir? kau takkan duduk senang kalau kau masuk kelas, separuh dari kelas tak boleh membaca dan apa yang akan kau lakukan agar murid-murid ni tak tertinggal pembelajaran berbanding budak kelas hadapan. owh. otak akan sentiasa ligat berfikir apa yang perlu saya lakukan agar generasi ini berilmu. kalau tidur mengigau fikir nak buat apa dekat kelas. cepat rasa bersyukur sebab engkau adalah calon guru mithali.

merancang? setelah berfikir. kau akan merancang untuk buat aktiviti apa. perancangan tersebut akan dizahirkan di atas buku ini.

ia boleh bertukar wajah. boleh bertukar kulitnya. hehe

kalau cikgu sebenar RPH simple je. kalau guru pelatih. hanya guru pelatih yang tahu. pengsan kejap.

melaksana? ini paling mendebarkan. kau akan rasa seronok bila apa yang engkau rancang berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan daripada murid2. murid2 enjoy dengan kelas kita dan memberikan komitmen seratus persen bukan setakat enam setengah. enam setengah.

dah seminggu lebih tidur lambat. makan tak kenyang. tidur tak lena. mandi tak basah (over). maklumlah penat berfikir, merancang dan melaksana. bahang2 praktikum baru bermula. sekarang ni dah start selesema, lemah2 badan. ni baru 2 minggu oi. macam mana nak hadapi lagi 2 bulan. adoi.

tak pe. sesungguhnya pekerjaan guru itu adalah sangat mulia. guru kan pelita hidup. tak de guru malaplah satu dunia.