Wednesday 15 August 2012

mana bil eletrik ni?

tolong menadah kedua tapak tangan dan diangkat ke atas tanda syukur jika anda sekarang hidup bil air dan bil elektrik masih bawah tanggungan family. tolong sertai kesedihan saya apabila menerima ujian di bulan  mulia apabila bil elektrik kena potong. ok sangat sedih dan pening memikirkan masalah pemotongan bil elektrik yang tak tahu puncanya plus bil tak sampai rumah dan tak tahu alamat rumah dengan jelas sebab tuan rumah mempunyai banyak sangat rumah sewa yang digunakan atas nama beliau. alamat juga hampir sama menyebabkan pada mulanya tindakan yang hanya telefon pihak TNB berakhir dengan pergi ke pejabat TNB untuk mendapatkan kepuasan diri. kau ada?*tolong buat dengan mata sekali*

mesti kau tertanya-tanya. macam mana pula boleh kena potong? rumit untuk diceritakan tapi tetap nak cerita. dua hari lepas. balik sekolah dengan riang ria sebab pelancaran bulan kemerdekaan berlaku dengan sangat mega (will update soon). tak pernah berlaku di mana2 sekolah. berani kerat jari kalau sekolah kau ada(wah!). sepanjang balik ke rumah tersengih2 tergelak2 sorang2 sambil pandang co-driver yang setia menemani dan tak tidur. hebat!. kalau aku confirm dah syahid. dengan air cond kereta. siapa boleh tahan beb? dia boleh tahan. hehe

sekolah kau ada? sekolah kami ADA!

sampai di rumah. pintu rumah ternganga. disambut dengan yeay! tak de elektrik. terus macam sukanya elektrik tak de. mungkin blackout. monolog sendiri. tidur. tak kisah tak de elektrik. macam yang aku pernah cakap. bulan puasa sambil praktikum membuatkan aku rasa tidur lagi penting dari makan. tidur dalam kepanasan. kisah kan? tidur itu penting! bangun dari tidur. housemate aku cakap. elektrik kena potong. bingkas bangun. (wah bingkas!) meluru ke kotak elektrik yang warna hitam tu. senyum sampai telinga sambil tengok kotak tu kosong tinggal wayar2 je.  syukur air tak kena potong.

2 comments:

bubblePOP! said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha, aku tergelak dgn bingkas tuh.
aku pernah trcakap 'bingkaslah bangun weh' masa tunggu ktm dulu. 2 3 hari kwn2 aku gelakkan aku.


mmg jrg pakai eh? sbb aku org kelantan, aku main hentam je guna apa2 prkataan, hahaha. aku x rasa pelik pon.

n lastly, sila pergi langsaikan bil.

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mekti. bingkas memang jarang guna. tu yg teruja lebih bila guna word bingkas tu. sy org selangor dan sy juga main guna je ape2 word yg dirasakan sesuai. bil tu bukan salah kami. rupa2nya berlaku kecurian bekalan elektrik tanpa kami sedari. semalam baru taw.huhu