Saturday 11 August 2012

ceritaku ciikgu

hati guru mana yang tidak tersentuh, hati guru mana yang tidak sedikit pon terasa kepedihan yang dialami seorang kanak-kanak berumur 10 tahun. aku bersyukur aku masih dilahirkan sihat walafiat. bersyukur masih mempunyai ibu bapa. tak dapat aku bayangkan jika di kala umur 22 tahun ini, dua permata hatiku pergi meninggalkan aku.

dua minggu di SK Mohd Shah aku sempat berbual dengan anak muridku, seorang murid yang agak nakal, banyak mulut, boleh kata seorag budak yang memerlukan perhatian. menunggu waktu pulang dari sekolah. aku sempat berbual dengan murid tersebut. gemar bercerita. talkactive. mudah berkongsi cerita dan rasa. sentiasa bercerita tentang ibunya. ibunya itu. ibunya ini. terdetik di hati. asyik cerita pasal ibu je? pasal ayah tak mahu cerita ke? mulut tak dapat mengawal detik hati. dizahirkan.

"kamu asyik cerita pasal ibu je? ayah kamu?"

"ayah dah lama meninggal cikgu. mak dah kahwin lain"

sedih tapi perbualan diteruskan,

"macam mana dengan ayah tiri?"

"kami panggil dia pak cik ja"

"kenapa?"

murid tersebut beredar meninggalkan kami guru pelatih terkontang kanting. mungkin dia tak suka cerita pasal family dia kot.

minggu ini, aku  berbual dengan cikgu di sekolah tentang murid kelas 4D yang suka bercakap dan kadang2 tak terkawal kelas dek mulut-mulut diaorang.

tiba-tiba cikgu berpesan,

"kamu tolong tengokkan si polan tu?"

"kenapa cikgu?"

"dia ada leukimia. jangan bagi dia buat benda heavy sangat. kalau dia letih bagi dia rehat"

bayangkan perasaan aku masa itu. kesian. setiap murid berbeza, setiap murid ada cerita. dalami dan kenali dan kita akan lebih mesra-i(tetap nak diakhiri dengan i) heh.

No comments: