Friday, 3 August 2012

praktikum

praktikum? apa tu? bukan praktikal ke? ini maktab. mereka menggunakan praktikum instead of praktikal. haruslah lain daripada yang lain. maktab kan. hakhak. sepanjang 2 minggu ni otak pon dah tak betul. ting tong. senget. lengkap pakej. minggu pertama berpraktikum ok lagi sebab sekolah aku ada ujian prestasi 2 dan peperiksaan percubaan UPSR. lega. tak perlu buat Rancangan Pegajaran Harian(RPH). tak perlu berhadapan dengan konflik emosi. wah konflik emosi pula. kenapa ni? awat bunyi macam stress ja ni? dok eh. kau faham tak bila masuk kelas murid2 suka cikgu baru. lepastu semua mahukan perhatian kau. padahal kau dah tak larat layan kanak2 sebab dekat rumah dah ada 2 kanak2 yang sering mahukan perhatian. dekat sekolah ada 30 orang kali dengan  4 kelas. ok boleh masukkan air dalam kepala sekarang.

minggu kedua bermula dengan muka murung sebab exam dah habis. ujian dah tak de dan proses merancang RPH bermula. fuh. penat der kalau nak cerita. kalau ada orang cakap senang jadi cikgu tu meh aku gigit sikit otak dia. jadi cikgu ni kita sentiasa akan berfikir. merancang dan melaksana.

berfikir? kau takkan duduk senang kalau kau masuk kelas, separuh dari kelas tak boleh membaca dan apa yang akan kau lakukan agar murid-murid ni tak tertinggal pembelajaran berbanding budak kelas hadapan. owh. otak akan sentiasa ligat berfikir apa yang perlu saya lakukan agar generasi ini berilmu. kalau tidur mengigau fikir nak buat apa dekat kelas. cepat rasa bersyukur sebab engkau adalah calon guru mithali.

merancang? setelah berfikir. kau akan merancang untuk buat aktiviti apa. perancangan tersebut akan dizahirkan di atas buku ini.

ia boleh bertukar wajah. boleh bertukar kulitnya. hehe

kalau cikgu sebenar RPH simple je. kalau guru pelatih. hanya guru pelatih yang tahu. pengsan kejap.

melaksana? ini paling mendebarkan. kau akan rasa seronok bila apa yang engkau rancang berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan daripada murid2. murid2 enjoy dengan kelas kita dan memberikan komitmen seratus persen bukan setakat enam setengah. enam setengah.

dah seminggu lebih tidur lambat. makan tak kenyang. tidur tak lena. mandi tak basah (over). maklumlah penat berfikir, merancang dan melaksana. bahang2 praktikum baru bermula. sekarang ni dah start selesema, lemah2 badan. ni baru 2 minggu oi. macam mana nak hadapi lagi 2 bulan. adoi.

tak pe. sesungguhnya pekerjaan guru itu adalah sangat mulia. guru kan pelita hidup. tak de guru malaplah satu dunia.

2 comments:

Nj said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku paham. kakak aku pon sama, tlg dia jgk gunting2 kertas, hahahaa.

gunting kertas utk bahan mengajar kot.

naim iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pasni boleh lah minta tolong mekti gunting2 juga.haha