Wednesday 5 June 2013

Tips Menyesuaikan Diri Dan Membina Hubungan

Assalamualaikum wbt

semenjak pakai smartphone ni(wah berlagak), jarang sangat nak menghadap laptop. kebiasaanya akan buka di handphone. tengok instagram, twitter dan main wechat tak habis-habis macam orang gila. menyanyi-nyanyi, merengek dan bergelak-gelak dalam wechat. malah aku rasa wabak ni bukan dihadapi oleh aku sahaja dalam rumah ni bila mak pon sekarang dah mula tanya keadaan di rumah guna wechat sahaja. no more calling-calling. jimat kredit katanya. abah pun sama. 

walaupun musim cuti. aku tak faham kenapa lah aku susah sangat nak update blog. mungkin tak de perkara menarik untuk dikongsi plus duduk dekat rumah like i told di atas. main wechat. tengok instagram. main perfect365(habis segala muka-muka  nak di-edit-nya) lepastu tunggu depan TV untuk tengok cerita-cerita entah apa-apa tapi aku layankan aja. waktu siang tak boleh keluar sebab aku ada kerja yang perlu dilunaskan selaku "mak tiri" kepada dua orang anak(husni dan alang if you know). malam pula akan buka laptop kejap lepastu tunggu depan TV pukul 9 untuk tengok cerita-cerita melayu(sokonglah cerita melayu tempatan, padahal tak da astro memang kena tengok channel itu je. sedih). lepas pukul 10 lah waktu untuk keluar rumah sebab dah tak panas. bwahaha. kutu embun sangat.

ok panjang gila mukadimah. back to the title post. 

Tips Menyesuaikan Diri Dan Membina Hubungan

1) Senyum pleaseeeee

suka aku untuk cadangkan first thing to do untuk menyesuaikan diri dalam suasana baru baik membina hubungan adalah senyum. senyum. tak perlu kata apa-apa. ahaaa. why? kau sendiri boleh fikir betapa kita sendiri suka untuk tengok benda yang manis dan baik. dan senyum itu adalah satu perkara yang manis dan baik. rasa sejuk je mata tengok senyuman dan sedikit sebanyak anda telah menarik minat orang untuk menerima dan berkenalan dengan anda.

plus menurut Islam. semudah-mudah sedekah adalah senyum. mudah kan? leperkan bibir atau buka bibir anda dan nampakkan gigi sedikit. rasanya kalau besar-besar aku sendiri rasa nak lempang laju-laju. mudah tetapi sangat berharga dan banyak impaknya.

2) jangan segan untuk menegur

adat kalau kita sebagai orang baharu, memang kita yang perlu memulakan langkah. orang-orang lama yang sebenarnya mesra lagi ramah tamah akan buat muka sememeh tak nak senyum lepastu buat dek, muka macam ada aku kisah. tetapi sebaik kita melemparkan senyuman dan menegur dengan memberikan salam atau hi akan membuatkan muka yang pada mulanya sebek dan ada aku kisah tu akan tersenyum lebar dan menyapa kembali. trust me! kalau orang tu still buat dek je. ok kita pon buat tak tahu. ada aku kisah juga? hahaha

3) buat research atau homework tentang tempat dan orang-orang itu

ini bukan busy body atau jaga tepi kain orang tapi lebih manis kalau kita assume sebagi homework untuk tahu lebih lanjut tentang tempat atau orang-orang kita nak pergi tu. at least kita boleh sesuaikan diri dengan suasana tempat tersebut. bak kata orang, masuk kadang lembu, buuuuuuu, masuk kandang kambing mengembek. time ni juga kita bolehlah berlakon tak tahu tapi dah tahu sebenarnya dengan bertanya kepada orang-orang di tempat tu. nampak tak? dalam masa yang sama kita telah membina hubungan yang baik dengan orang sekeliling. hehe. nampak tak permainan dia di situ. *tibatiba

4) banyakkan membaca atau menonton berita, scroll FB, twitter

kalau malas membaca tolong rajinkan diri tengok berita. kalau malas tengok berita juga. banyak bersembang dengan kawan-kawan dan rajin-rajin scroll TL facebook atau twitter sebab kawan-kawan kita ni kebanyakannya reporter tak berbayar. kebiasaannya dalam pertemuan pertama, isu-isu semasa adalah perkara yang selamat untuk disembangkan kecuali politik, sensitiviti budaya dan agama serta beberapa perkara yang kau rasa bila kau tanya dan kau dengar akan meluatkan orang. 

sekarang ni panas kan?

ha ah panas.

isu semasa tak tu. boleh dikira. hakhak

well. aku bukanlah hebat dalam pergaulan tetapi aku rasa dengan mengamalkan 4 cara di atas sedikit sebanyak ada juga kesannya dekat aku. aku lagi pantang kalau jumpa mak cik-mak cik yang kepoh se-alam. suka nak melayan. suka lahhhh.

No comments: