Friday, 28 September 2012

abah idolaku

fuh. siapa  cakap lepas praktikum(praktikal kalau kau tak faham) kita akan relax. lega. yes lega dari membuat RPH tetapi kau akan menghadapi hari2 yang lebih menderita apabila assignment yang sepatutnya dah siap dari dulu dan dah nak kena hantar tapi kau tak buat2 pon. owh tolong aku. mana nak beli satu pack mood untuk buat assignment. lecturer pula baik gila, assignmnet yang sepatutnya hantar last 3 weeks dia tak minta pastu dia lupa jadi kitaorang pon tak buat. tiba2 semalam dia minta and aku minta postpone ke hari Isnin dan dia bagi. owh baiknya lecturer ku sayang. aku yang sepatutnya dah siap dah bila dia kata hantar perlu menjawab

ya, baik sir. saya hantar sekarang 

but end up dengan

sir, kalau kami minta postpone bla bla bla boleh tak? (budak tak kenang dek untung)

sebelum ni, apa yang aku tahu tentang abah adalah benda yang aku nampak, pernah baca dan dengar daripada saudara mara. Tugasan Pendidikan Moral pada semester kali ini mengkehendaki kami guru pelatih untuk membuat penulisan tentang 2 orang tokoh yang dikagumi, satu daripada ahli keluarga dan satu lagi tokoh tempatan. tokoh keluarga haruslah aku pilih abah. abah lah manusia yang paling aku hormat tabik spring wa cakap lu. seriously abah sememangnya seorang lelaki yang serba boleh dan sangatlah hebat. alhamdulillah abah berjaya membentuk kami adik beradik, garang itu kan sayang. masa kecik2 dulu memang bengang je kalau kena marah, bila dah besar ni boleh buat lawak2 pula tang kena marah dulu2 bila sembang satu keluarga.

tersentuh semalam bila chatting dengan abah dekat facebook(wah chatting dengan abah you). banyak gila benda yang aku tak tahu tentang apa pencapaian abahdulu dan terkini. owh sangat banyak. rasa malu pula bila banyak gila soalan yang aku tanya dekat abah. tapi abah tak kisah nak menjawab soalan walaupun time tu dah pukul 12 30 malam. besok ada sekolah. hati aku lagi tersentuh bila aku tanya abah soalan ni

dah nak habis ni bah. soalan last. apa pencapaian terbesar dalam hidup abah?

ermmmmm. pencapaian terbesar abah, abah ada seorang isteri(mak kau yang dah terbongkang tidur ni)dan 4 orang putera

gelak manja depan laptop dan sebak kejap

harapan abah?

harapan abah nak tengok anak2 abah berjaya dalam hidup. itu je harapan abah

tak bergenang air mata kalau kau baca ayat tu. lap air mata dulu.

4 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

3 je putera..sorg lg princess haha

naim iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha. macam tu pulak ye. ada2 je anon ni.

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ni fur

naim iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ye je ko? aku ingt anon ni classmate aku. aku ritu main tuduh2 je kwn aku. ksian dia. haha