Thursday, 19 July 2012

BATMAN the dark knight rises


tidak ke kau dapat merasai keterujaan untuk menonton filem ini? sangat awesome kan? hari ini aku berkesempatan menonton filem Batman the dark knight rises. aku pergi The Mines dengan 3 orang kawan yang baru pulang dari perantau untuk berjimba dan salah satu aktiviti berjimba ialah menonton wayang. guess how much the ticket? RM 13. tak terkejut masa nak bayar? kejung kejap. awat mahal sangat? dah standard harga tiket wayang kat pavillion dan Wangsa Walk je. tak pe. filem first day tayang. reason accepted. tapi tetap tak puas hati. harga student price tak de ke?(oh my english! dah harga, price pula tu). ada tapi not available for the first day tayangan. ok foine. dah alang2 kitaorang gigih beratur dan bersoal jawab panjang lebar. kitaorang beli aje.

cerita Batman ini wajar ditonton. even aku dah korbankan RM13 untuk menonton wayang di mana kalau pergi hari rabu dah boleh tengok 2 wayang lepastu baki seringgit tambah lagi 5 sen dah boleh makan ais krim mcd sundae yang sedap dap dap. filem ini sangat awesome. dah berapa kali aku guna perkataan awesome ini bermakna filem ini memang awesome. rentetan kepada filem sebelumnya yang logik dan tepat pada landasan. lakonan Christian Bale(batman dan bruce wayne), Michael Caine(Alfred Pennyworth), Gary Oldman(James Gorson), Anne Hathaway( catwoman dan Selina Kyle) Tom Hardy(Bane)Marion Cotillard(Miranda Tate / Talia Al Ghul)Joseph Gordon-Levitt(Robin John Blake) dan Morgan Freeman(Lucius Fox). gigih sungguh copy nama pelakon dan juga wataknya. tak pe demi batwan adiwira di zaman baru2 nak naik dulu.

setiap pelakon telah memberikan lakonan yang mantap sehingga kau akan rasa macam cerita ni memang betul2 wujud. sesungguhnya lakonan Christian Bale sebagai Batman dan Anne Hathaway sebagai catwoman sangat meninggalkan kesan dalam menjadikan cerita ini lebih gempak sebab catwoman cinta bertepuk sebelah tangan at first dan end up with beranak pinak*tipu* nak tahu macam mana kena tengok. aksi2 dalam cerita kali ini juga padat dan mendebarkan sampaikan aku gigit bibir dan tumbuk tangan geram. lepastu tutup2 mata sebab ngeri. owh kena tengok sendiri. kau juga pasti akan suka tetapi mengikut selera tersendiri. tak perlu panjang lebar aku nak ceritakan takut hilang pula "fun" nak tengok cerita ni. akhak bagi seratus peratus(ala2 kak nita dalam tari menari). aku bagi 4 setengah bintang. nak kasi 5 bintang perfect sangat pula kan. enjoy the movie. anda tidak akan menyesal. kalau menyesal boleh maki di ruangan comment*ampun*

batman di usia remaja

batman di usia senja tetapi masih muda(?)

biar betul gadis semanis ini catwoman. lincah gila Anne Hathway dalam cerita ini. tak sia2 dia amalkan diet, senaman 5 kali seminggu, kelas tarian dan latihan stunt bagi membangunkan watak catwoman. keep it up. good job kakak Anne.haha

catwoman yang better dari catwoman hally berry. tak boleh lupa seluar hally barry carik2 kena cakar kucing agaknya. catwoman katakan

eh! tiba2 catwoman post gambar malam pertama.ops.

1 comment:

Nj said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

euw. seksayyyyy~
hahah