Tuesday, 24 July 2012

ramadan 2012

puasa kedua dah kena balik penang. penat. masa hari pertama puasa tak penat sangat sebab tenaga dan lemak yang ada dalam badan masih dapat menampung keperluan badan. tapi bila masuk hari kedua. owh memang tak tahan. tenaga dan segala kekuatan lemak(gemuk ke?) telah digunakan sepenuhnya pada sebelah pagi. sebelah petang pula sepanjang perjalanan pulang adalah masa melentok. letih baq hang. pastu time berbuka makan macam besok there is tomorrow.

malam ahad hari tu tidur awal sebab mata tak dapat menampung keagresifan mulut bercakap berkongsi pengalaman sepanjang bersama rakan taulan 5 hari cuti. mulut juga memohon hendak berehat. please. ok. untuk menghentikan segala proses yang memenatkan ialah tidur. known as recharge. plus besoknya ialah hari pertama aku berpraktikum semester ini di Sekolah Kebangsaan Mohd Shah. sekolah kampung tapi gempak.

"Naim! bangun sahur!" kejut roommate. tidak terhenti di situ. "dah nak habis sahur!". melompat aku dari tilam tengok jam. Subhanallah(wah! bagus. bulan puasa kan. kalau tak OMG je memanjang) aku tengok jam menunjukkan 5 48. imsak 5 42 subuh 5 52. jerit kejut housemate lain terus capai kurma rotab bisik yusufff taiyub fuhhh. walaupon tak kumur tak berus gigi. tiada masa untuk pembersihan di waktu genting. sempat telan kurma 2 biji dan meneguk 2 gelas air. diikuti dengan azan subuh sesudah tegukan terakhir. Alhamdulillah berjaya bersahur walaupun hujung tanduk. kan sunnah melewatkan sahur mempercepatkan berbuka. ecece.

bersiap untuk menghadapi hari pertama praktikum. tiba awal di sekolah. first impression. haruslah bagus.  aku dan 3 orang kawan lain disambut baik. cikgu2 sekolah ni mesra, menyapa dan senyum. duduk dekat pejabat menebeng 4 orang tunggu guru besar konon nak beramah mesra tapi beliau ada hal then PK Hem jemput kitaorang menghadiri perhimpunan rasmi sekolah. luar biasa dari kebiasaan. ada perasmian minggu Panitia Pendidikan Islam. tengah2 ustazah tazkirah dekat perhimpunan, tiba2 ada budak lelaki pakai topi naik basikal lalu belakang perhimpunan dan pergi ke hadapan stage. apakah? tiba2 je kan. ustazah pula tak pandai nak main peranan. terus cakap ada posto datang. alololo sedih. patutnya ustazah buatlah macam terkejut. kenapa ni? awat hang mai naik basikal ni? hang tak posa ka? hang minum ayaq todi ka? hahaha


then budak tu naik atas stage dan serahkan hadiah dekat PK Hem. PK Hem buka hadiah yang berisi martol(sebab kecil kalau besar hammer. ye ke?). motif hadiah martol kan? nak ketuk kepala budak tu tetiba naik atas stage ke? tiba2 lagi ada seorang cikgu datang dari belakang stage bawa tudung salji. lah! tudung salji pula. aku time tu mampu gelak je sebab benda yang berlaku tu macam surprise, surprise dan surprise. tudung salji diletakkan atas meja stage. buka2 ada ketul ais. wah semua murid boleh ke depan beratur untuk minum titisan ais yang cair. hakhak. tak da lah. puasa kot. 


lepastu PK hem guna martol tu ketuk ais ketul tu untuk ambil barang dalam ais tu. ada barang? apa benda pula? macam2. gelak lagi. kali ni terbahak2. tak tahan dah. macam2 gimik sekolah ni buat sepanjang nak merasmikan program. bila dah berjaya dipecahkan ais, barang yang ditunggu2 ialah gunting. gunting? banyak betul persoalan. nak gunting reben yang ikat banner lepastu nanti bila dah gunting banner jatuh then semua orang bertepuk tangan macam Justin Bieber datang Malaysia. walhal perasmian minggu Panitia Pendidikan Islam. 


kenangan yang manis dan seronok. semoga perjalanan kami berpraktikum di sekolah ini berjalan lancar. dimudahkan cara. amin.....

3 comments:

Nj said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha unik!

C.N II said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Banyak la gimiknya! Kelazzz.

naim iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

NJ: itulah memang unik. sekolah ni gigih dan bersemangat.aku je belum dpt lg menyerap semangat2 cikgu2 kat situ
CN II:dats y. lg 3 minggu kami kena handle gimik kemerdekaan. mungkin ada PGL terbang2 pulak.hehe