Thursday 19 July 2012

KTM komuter

negara kita pada zaman era globalisasi kian membangun kini sedang mengalami ikilim yang tidak menentu. kalau pagi tadi sejuk dan nyaman je. tak sempat nak hirup udara yang sejuk dan nyaman tu dah panas terik. tengok jam baru pukul 9 30 pagi. kenapa panas sangat ni? inilah yang dikatakan global warming. pemanasan global yang berlaku disebabkan kita, kita, kita dan kita(jari menuding ke arah empat penjuru). terasa tak? aku? ya! engkau dan aku juga.

kenapa? sebab kita tak nak share kenderaan dengan orang lain. kita nak naik kereta asing2 pergi mana2. senang nak bergerak. tak nak susahkan orang. disebabkan nak bergerak asing2 dan tak nak menyusahkan orang itulah kita telah melepaskan banyak karbon monoksida seterusnya menyebabkan asap yang mengandungi bahan2 berbahaya meruap ke atas. lepastu hujan, hujan tersebut dinamakan sebagai hujan asid dan boleh menyebabkan permasalahan kulit kalau terkena air hujan tersebut. time tu kalau pakai skin protection pon tak dapat membantu. hujan asid kan? kalau terkena air hujan tu terus cair, berdarah dan gatal. bila gatal kita garu dan berdarah pada tahap kritikal(melampau).

aku sebagai salah seorang penduduk bumi yang perihatin dan sayang akan bumi kita(wah engkau!) telah mengambil satu inisiatif bagi mengurangkan global warming ini dengan berkongsi kereta dengan anne(seorang gadis di tempat aku belajar) untuk pulang ke selangor. tapi aku tak pulang ke selangor terus, aku ke seremban terlebih dahulu, konon bag packers. inisiatif kedua yang telah aku ambil bagi mengurangkan global warming lagi ialah aku naik KTM untuk ke rumah aku. owh you memang sangat sayangkan bumi, mesti you  jaga itu semua untuk generasi you yang seterusnya. betul, tetapi lebih untuk diri aku yang tidak dapat bernafas dengan nyaman dan segar pada masa sekarang.

puas berkempen, aku nak cerita pasal KTM komuter, aku sangat terkejut tadi. aku ke KTM UKM dari seremban, selesai beli tiket je, train dah datang, apa lagi, aku pon berlari kencang nak kejar KTM tu. aku pelik. KTM tu nampak lebih berbeza. KTM komuter sekarang berwajah baru. sebelum tu anda kena bersedia untuk memaki gambar2 yang berada pada tahap kualiti sedih. aku pakai nokia c3 je. setapak je lagi nak pakai blackberry. dah hampir dah tu.

keluasan KTM komuter lebih luas. boleh menempatkan lebih ramai penciluk saku. haha. lepasni tak perlu lagi risau sebab KTM komuter boleh menempatkan 1000 orang pada satu2 trip(jangkaan adalah sangat tidak tepat)

sit2 yang disediakan baru dan yang penting empuk. bila masa kau naik train adalah kosong boleh try landing sikit. selesa. tapi kalau time orang tengah ramai kau landing. lepas sampai destinasi seterusnya terus menuju ke hospital berdekatan (orang tak duduk atas mungkin diaorang pijak je kot)

pemegang yang bergantungan lebih kukuh. tang ni memang aku tak tahan. selalu sangat kalau naik train pack gila. boleh sebotol perfume habis sebab nak lawan ketiak2 mat bangla yang "harum" sangat bau dia. destinasi perhentian menjadi lebih awal sebab nak ambil nafas kat luar train. uhhh lega.

kalau dulu tak de lampu. sekarang meriah dah. lampu kelip2 yang membawa tema nak raya. 

ada lampu kuning dan lampu merah. merah menandakan destinasi yang sudah dilalui dan kuning menunjukkan laluan KTM komuter yang seterusnya.

tak nampak yang di atas. ini zoom dekat sikit. tapi masih tak jelas. maklumlah handphone camera pertama dicipta.

kalau anda keliru dengan lampu yang kelip2 tu(bimbo). kini KTM komuter menyediakan skrin untuk memberitahu anda destinasi seterusnya yang akan dituju. lagi seronok skrin ni tayang cerita cartoon. gelak macam orang gila sebab gambar ada suara tak de. lepasni bawak earphone sendiri cucuk dekat skrin tu.

nampak tak tu. dia tulis. next to Bangi. tapi aku tak sampai lagi. satu lagi perhentian.


ini adalah salah satu contoh yang harus diikuti. buat apa bazir masa tangkap2 gambar dalam train sorok-sorok sebab malu nanti kalau beriya2 ambil gambar mesti orang ingat budak ni dari vietnam. tak pon myanmar. owh lebih rela kau panggil aku dari thailand.

aku dah lama tak naik train. mungkin dah lama train ni bertukar menjadi baru atau mungkin baru2 ni juga sebab tak pernah pula kawan2 aku yang duduk sekitar KL ni cerita KTM komuter kini berwajah baru. ke kawan aku semua noob macam aku juga. kerja nak membuat global warming je. so, apa lagi. mulakan hari anda dengan katakan tidak pada global warming dan jom rasa naik KTM komuter baru. tak rugi.

No comments: