Monday, 24 December 2012

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod

rasanya semua step dah buat. harap ada ONG. hehe

aku memang jarang nak join contest or giveaway yang banyak gila among blogger. rasanya ini kali pertama aku join. ye lah. selama ni yang anjurkan contest or giveaway biasanya perempuan. pastu hadiah yang ditawarkan pon menarik. shawl. barang make up. menarik sangat kan? maca mana nak pakai? jadi memang aku lupakan hasrat nak join dorangnya contest or giveaway. tapi tidak hari. rasa macam terpanggil-panggil je nak join giveaway daripada seorang blogger ni: WAK GELAS. at last ada giveaway daripada seorang blogger lelaki (eh? wak pon boleh untuk perempuan bagi orang jawa) dan hadiah dia pula malatop. siapa tak nak join? unless kau dah ada iphone 5. boleh tutup mata. 

disebabkab ini first time aku join giveaway. aku sememangnya slow dan noob nak copy paste gambar sebab wak ni deactive right click dia(mungkin sebab dah banyak sangat fake profile orang guna pic wak ni.haha). gigih aku search cara nak copy paste gambar semua, last-last aku give up terus tanya wak dekat ruang comment. betul kata orang, berusaha gigih dulu. dah tak boleh sangat baru tanya. aku tak. usaha seciput terus tanya. elok-elok je lepas aku tanya wak. aku terbaca kat ruang comment wak ajar salah seorang blogger cara nak copy paste gambar.

kesimpulannya. usaha tangga kejayaan. malu bertanya sesat jalan. *sambil mulut kumat kamit berdoa panjang nak dapat giveaway*ahaks

Wednesday, 19 December 2012

pegheyksa

syukur alhamdulillah. semalam dapat juga cek result exam semester lepas walaupun bergelut dengan lupa password. pastu bila dah lupa password, aku tekan lupa kata laluan. macam-macam kena isi. kena isi nama ibu untuk dapatkan kata laluan. nama ibu aku Sarinah. aku dah cuba isi nama ibu aku beberapa kali. but still tak boleh. eh! itulah nama ibu aku! kenapa tak boleh lagi ni? stress kejap. lepas dah beberapa kali cuba dan mengucap panjang. Allah bantu hambanya yang kerdil ini(ecewah). aku ingat balik password yang aku guna dulu. yeay!boleh cek result!

syukur, syukur dan syukur again. result meningkat walaupun macam-macam dugaan masa nak ambil exam hari tu. even 5 minit sebelum nak ambil exam pon ada dugaan besar. aku accident like what i told you besar. Allahuakbar! tu je mampu. dengan problem telinga lagi. syukur(sujud cium lantai)

Saturday, 15 December 2012

pentingnya saudara mara

aku membesar di Kuala Lumpur sehingga umur 5 tahun dan berpindah ke Kajang sehingga kini. boleh digelarkan budak separa bandar sebab pernah membesar di KL(ewah).kenapa nak cakap budak separa bandar? sebab aku ada kampung. kalau kata budak kampung mesti aku balik kampung dekat kampung sendiri(pening). kalau separa bandar bermakna aku akan pulang ke kampung daripada bandar yang separa(ah pening tembak nak?). merepek. no lah. aku budak kampung.

dulu kalau nak balik kampung mesti teruja dan gembira sambil nyanyi lagu wowowowo balik kampung dalam kereta sehingga sampai(tipu). kalau kampung dekat Kedah nak nyanyi dari Selangor. sampai Kedah salam saudara mulut nganga kejang nyanyi non stop. haha. sebagai  budak kecik, perkara wajib dilakukan setelah sampai di kampung ialah mesti salam saudara mara walaupun tak kenal pon siapa. pastu buat hal sendiri. main dengan adik. kisah pula kan kita dengan saudara. lepastu selalu merungut dekat abah, jom balik. jom balik. kenapa nak balik awal sangat? sebab tandas dekat kampung dekat luar rumah. tak da lampu. nak berak kena bawa torchlight dan kena ada orang temankan. kalau tak de teman. memang besok baru membuang.

semua tu masa kecik dulu. hidup tahu nak senang je. bila dah besar. still seronok dan teruja nak balik kampung. tak menyanyi dalam kereta. tapi tidur sepanjang perjalanan dan akan dikejutkan untuk ganti pemandu. sampai kampung salam dan eh dah besar! dah kahwin! dah ada baby! baru terbeliak biji mata tengok saudara semua dah lain. tandas yang dekat luar rumah akan jadi bahan untuk digelakkan. sampai ke tua semua orang nak ingat kan? bila besar ni juga aku sedar pentingnya kenal saudara mara. penting juga untuk merapatkan diri. banyak faedahnya. contoh paling ketara buat masa ni sebab sekarang kan musim kahwin. for sure nanti kita nak berarak ke rumah pengantin sana(belah perempauan kalau anda lelaki dan begitu juga sebaliknya), kita mesti nak berarak ramai-ramai. takkan seciput je. tapi kalau seorang saudara pun kau tak kenal, siapa kau nak ajak? fikir-fikirkan.

Friday, 7 December 2012

hukum lelaki memakai inai

wah! naim pakai inai

ehehehe(sorok jari)

last week kan aku balik kampung sebab sepupu aku kahwin. as usual kalau di rumah pengantin perempuan akan ada malam berinai. aku yang konon saudara mara handai duduk lepak sekali dekat ruang tamu. owh time tu baru sampai. then sembang-sembang dekat ruang tamu sambil pengantin pakai inai. aku pon join sekali. hajat di hati nak letak kat ibu jari kaki yang kena cagu tu. tapi di batalkan sebab malu nanti nak sembahyang. tengah-tengah sujud orang ternampak kaki. mesti dalam hati orang tu:

amboi budak ni. merah benor ibu jari kakinya

tak khusyuk sembahyang orang tu. jadi aku hanya pakai dekat jari manis belah kiri(tangan ok bukan kaki). bagi orang yang tak usya aku tak nampak lah kot. tapi saudara aku yang suka sangat usha aku(perasan kan), perasan dan tegur. amboi. jari manis i pon you tengok kan. lepastu dia cakap.

bukan ke lelaki pakai inai tu berdosa?

aku like. really? ye ke? tak tahu pon?

so. ambil laptop dan search. i found this


hukumnya HARAM tahu. menginai kuku bagi lelaki haram kerana perbuatan tersebut menyerupai wanita. tapi pakai inai dengan tujuan perubatan seperti merawat cagu tak salah. 

aku yang dah pakai inai ni macam mana? terus ke dapur dan kerat jari. hahaha. tak pe tak tahu.

Tuesday, 4 December 2012

flash mob free palestine

saudara dari jauh datang (Kedah dan Johor) stay dekat rumah. where else aku nak bawa diaorang ni? muzium? zoo? semua tu aku dah bawa masa diaorang datang masa kecik-kecik dulu. sekarang ni konon-konon dah besar tak nak dah pergi tempat-tempat ilimiah macam tu. nak tempat-tempat yang enjoy je. ada duit ke korang? itu persoalannya. hari tu diaorang nak shopping tapi yang murah-murah je. so aku bawa diaorang ke shopping mall (PKNS shopping complex je). penat berjalan. pergi food court makan ABC PKNS yang sememangnya famous dekat Bangi (ye ke?). aku propa diaorang biar nampak Bangi ni special sikit. hehe. sedang kitaorang asyik makan. tiba-tiba terdengar bunyi siren ambulance kuat gila. apakah?

mungkin bunyi siren dari luar kot. ada accident.

tiba-tiba aku tengok orang ramai pergi dekat koridor dan tengok bawah. selamat time tu aku dah habis makan. apa lagi kan. aku yang sememangnya tak boleh duduk diam aka busy body, bangun dan nak tahu juga. aku pon pergi ke koridor dan tengok ke bawah. owh ada flas mob! interesting! first time ok tengok flash mob depan mata. tak lah se-grand macam kita selalu tengok dalam youtube. ni PKNS shopping complex je kot. sedih tahu kecik saja mengalahkan SUMMIT dekat Penang tu. tapi ada flash mob? acane? SUMMIT pon tak de (nak compare dengan SUMMIT). aku sebagai makhluk  gigih ni, gigih turun dari 2nd floor ke ground floor semata nak tengok flash mob dari jarak lebih dekat.

view from 2nd floor.

still di 2nd floor tapi nak dekat dah tu ke escalator. gigih tahu.

view from 1st floor. nak dekat dah. haha

hampir ke tapak ground floor. now atas escalator. 

ok sampai. kau memang gigih naim. ambil gambar dari depan. malu kakak tu. tak nak pandang camera. camerah (sebut macam Adibah Nor ok)

nampak tu say no to Mcd. tapi semalam baru makan Mcd. kau memang teruk.

ha. terbaring akak tudung putih tu. mangsa kekejaman Israel. 

apa-apa pun aku tabik dekat diaorang ni. bersungguh-sungguh. aku terfikir. aku mampu ke nak buat macam ni. aku ni tahu nak malu je. 

sory atas kualiti gambar macam "kau tak payah upload pon tak pe". abaikan gambar. ambil iktibar dan pengajaran daripada mesej yang cuba disampaikan.