3 hari 2 malam aku di KPJ Kajang sememangnya tempoh yang agak lama. boring ok duduk lama-lama dekat hospital. dalam pada boring tu. banyak perkara dapat aku buat. banyak perkara yang dapat aku imbas. muhasabah diri. banyak masa aku bersendiri. sengaja tak nak dihebahkan kepada ramai orang. hanya saudara mara dan rakan terdekat sahaja yang tahu (konon macam ada orang yang risau kan?). takut nanti bila dihebahkan tak putus-putus orang datang ziarah(perasan).
pertama kali seumur hidup aku 23 tahun ni. aku kena tahan wad. ada orang tolong tolakkan katil aku(i mean nurse). aku baring naik lif. pertama kali aku dicucuk jarum untuk masukkan air. inject bius. arghhh seram bila ingat balik. dah lah aku takut jarum. ngilu rasa tangan bila ingat balik kena cucuk, pastu first time juga masuk surgeon room. cerah gila. mesti jelas gila jerawat aku yang tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan ni. mana tidak. 3 hari dekat hospital memang aku tak ambil kisah langsung pasal kecantikan (cantik ke?). yang aku tahu cepat-cepat siap operate pastu normal kembali. wahhhh. tak tahu sekarang ni tengah seksa ada kapas doktor tinggalkan dalam telinga. serius tak selesa. sekarang ni hanya telinga kiri sahaja berfungsi. telinga kanan sabar dulu ok.
actually operation ni pon tak dirancang. aku kena penyakit ni since last year bulan 10 tak silap aku. time tu selalu juga follow up dengan doktor tapi doktor selalu cakap
kita bagi peluang dekat telinga kamu elok sendiri kalau tak elok juga dalam masa sebulan kita operate.
and the same ayat juga doktor selalu sebut setiap kali pergi follow up. tapi tidak kali ni. doktor yang menjaga aku tu pergi buat umrah. so doktor lain ambil alih aku. doktor India. bila doktor tu check dia terus cakap. kamu nak buat operation. aku terus cakap
sekarang boleh?
tergelak doktor tu. then dia suruh pembantu dia cek jadual dia dan pada hari selasa dia free. so aku yang tak sabar dan malas nak tangguh-tangguh memandangkan sekarang cuti pon terus setuju.