Assalamualaikum wbt
akhirnya.dapat juga aku ilham. ilham? "cerita" aku rasa lebih sesuai untuk aku menari-narikan jari jemari di atas keyboard(melankolik sangat kan?) whatever.aku sendiri tak faham apa aku tulis. apa yang aku nak sampaikan di sini ialah akhirnya datang juga cerita untuk aku kongsikan dalam blog ni. sejak minggu lepas lagi aku asyik buka tutup blog ni. tak tahu nak tulis apa. tak tahu nak share apa. nak cerita pasal exam yang dah berlalu pergi macam tak best pula. exam je ponnnn. pastu nak share pasal bye bye semester 7 pon macam tak best jugak. kalau bye bye sem 8 itu patut share sebab it is like penghujung kehidupan aku sebagai guru pelatih. like really????(tersedar). lagi 1 semester je aku nak habis woiiiii.
bukan akhirnya yang di atas yang aku nak share. tapi akhirnya ini yang aku nak kongsikan.
kualiti gambar hitam putih adalah untuk cover jerawat yang kian meriah semenjak dua menjak ni.
bukan aku nak suruh kau tengok, tenung tajam-tajam dan berbisik di hati
eh? muka dah tak de jerawat. mustahil. pakai apps apa?
bukan! bukan itu akhirnya!
cuba tengok dekat gigi. notice any different?
akhirnya braces aku dibuka.
oh well kini aku akan senyum lebar selebar sayap helang(wah engkau). hari ini aku dah buka braces. syukur sangat azab yang aku hadapi sepanjang aku pakai braces berakhir. azab ke? azab time bila datang ulser lepastu banyak pula nak kena pantang kan. but aku syukur kerana braces juga berat aku tak naik-naik walaupun nafsu makan aku serupa jin. tapi sejak kebelakangan ni aku makin kurang sikit selera makan. sikit ea. bukan banyak. jangan lepas ni jumpa aku dan nampak aku makan dengan lahapnya cakap aku propa kata selera makan dah kurang tapi makan ya ampunnn tudia. hahaha. i told you. sikit!
nak buka braces ni simple je sebenarnya. sebelum ni doktor jangkakan aku akan pakai braces for 3 years. tapi tak cukup 3 tahun lagi, rasanya baru 2 tahun setengah je walaupun aku banyak kali juga postpone appoinment. oh well. uols tahu kan i ni busy memanjang. padahal tak busy mana. tapi bila di fikirkan balik. jauh kan penang dengan selangor. gigih pula aku nak berulang alik semata demi braces. hakhak
..........................................................
gigi awak dah ok ni?
itulah doktor. saya rasa pon macam dah ok....dok(baru terlintas nak tanya doktor bila boleh buka)
awak nak buka besi tak sekarang?
dengan rakus jawab. ok nak!!!
simple kan? senyum dengan yakin tekan butang publish :D