Ini cerita lawak antarabangsa darjah satu. Mak dan abah
gelak sakan bila dengar cerita ni. Adik aku yang bongsu bernama husni used to
call uni merupakan kanak-kanak yang lahir pada zaman serba canggih berteknologi
tinggi. lahir pon di hospital beteknologi tinggi. bila segala benda
di sekeliling berteknologi tinggi, manusia yang lahir pada zaman tu pon haruslah
berteknologi tinggi. uni seawal usia 4 tahun dia dah pandai buka
computer*erm.benda biasa je tu. Ok.
![]() |
owh muka sangat innocent (ini dulu) |
![]() |
aku nak tidur boleh jangan kacau tak? (ini sekarang. boleh tak tolong maintain muka yang dulu) |
Pada usia 5 tahun pula dia dah pandai bermain game counter
strike walaupun abang dia yang kini berumur 22 tahun tak pernah langsung main
game tu. Uni juga merupakan pemain tegar counter strike dan need for speed 24
jam tanpa makan, mandi, main di luar dan tidur. Dia bosan dengan kedua-dua game
tersebut, beralih pula kepada game plant vs zombie*hebat kan? tak lagi? ok
Abang dia ada facebook. Dia pon nak ada facebook. Mana boleh
kalahkan manusia beteknologi tinggi ni. Tak silap aku husni ni dah ada 4
facebook. semua facebook baru dia nak add aku dan haruslah aku ignore je sebab aku tahu tak de satu pon yang dia guna nak keep in touch melainkan game dan game. Kesemuanya sangat berguna untuk main game di facebook seperti
wild one. Car crash dan etc. tak cukup dengan 4 facebook yang telah dikendali, facebook aku juga menjadi mangsa bagi memenuhi nafsu buas dia main
game. Setiap facebook akan di buat baru setelah dia dah habis main satu2 game. Limit
kan. meaning dia dah main game tu sehingga peringkat teratas. tak puas dia akan main lagi. So dia akan buat facebook baru.
Satu hari ni uni minta tolong abang mithali dia buatkan
facebook baru.
Malas lah. Uni dah ada facebook.buat apa nak buat lagi.
Nanti tak belajar*so good brother. Pelajaran lagi penting adik
Husni. Berteknologi kan. Dia nak buat facebook sendiri. Kita semua
tahu dekat homepage facebook kita boleh mendaftar dengan mudah. Isi your first name. surname . Email dan i am?*sila rujuk kalau tidak pasti. amboi! gigihnya.
Ini kelakar. ini lawak. Uni isi semua sendiri. Aku malas nak
layan. aku tengok tv. tiba2 uni panggil
Husni: Along macam mana ni. Uni dah isi semua tapi yang ni macam mana? yang Ma-lay dengan fay-ma-lay?( male dan female)
Along: huh? Jap.
Ok. Aku gelak sakan. Kalau boleh sampai besok aku nak gelak. uni besar nanti nak jadi angkasawan. yo lah kau dik. along sokong uni. aja!aja!ajah!
2 comments:
Samalah adik saya, entah berapa puluh akaun FB dia ada pun tak tahulah. Game-game-game. Tak habis2.
budak2.sampai bile2 takkan habis kecuali dah besar. tp sunyi pulak nanti.biar je lah dorg kecik je.hakhak
Post a Comment