Sunday, 25 November 2012

MAHA 2012

Husni nak sangat main kat rabbit park yang diaorang pergi dekat Broga Hill dulu. tapi mak kerja. so tinggal aku dan abah. nak pergi Broga malas sebab mak tak sertai kami. tak lengkap family day out katanya. all of sudden abah ajak pergi MAHA 2012. owh MAHA 2012. aku pernah dengar iklan tu dekat radio tapi as usual i am not really into pokok-pokok ni (itu yang aku fikir sebelum pergi ke MAHA 2012), mungkin dulu suka tapi sekarang bila dah besar (besar sangat lah tu) rasa malas pula nak bermanja dengan alam.

MAHA is not really about pokok-pokok sahaja. banyak bahagian ok. tidak limit kepada tumbuh-tumbuhan sahaja(pertanian) ada juga bahagian untuk si penggemar haiwan(penternakan), perikanan dan lot of things. apa kata korang pergi view laman web MAHA 2012 ni. banyak info yang anda ingin tahu anda akan tahu. 


macam-macam ada dekat MAHA 2012 ni. tengok lah betapa terujanya Husni, aku dan abah sepanjang berada di MAHA. ecewah. 

10 kali naik pon tak pe.

comel tapi ada tahi. yek.


geram (sambil cekik). comel sangat. 



ini landak. time ni hujan renyai-renyai. segan nak keluar.

cantik kan ayam ni?




makan kenyang sebulan. gemuk betul.

eh. tiba-tiba gambar mengawan ni pula.

Thursday, 22 November 2012

sabun tia amelia dan krim kunyit

kadang-kadang tu pelik juga. tiba-tiba stat hari ini kenapa ramai pula kan (ye je). siapa je lah yang nak godek putihnilaclorox sedih ni. aku gigih cek traffic source. oh. ramai juga manusia yang telah menapak ke blog aku disebabkan entry aku berkaitan ini TIA AMELIA. haha. bila aku baca balik entry tu. macam geli-geli pula apa yang aku tulis. malu ngat aih. ah tak pa. itu masa lalu. kini sudah matang. wah baru berapa bulan je kau menulis. ada juga search keyword yang berkaitan krim kunyit sebab aku ada tulis aku nak cerita pasal kesan penggunaan krim kunyit tapi kesudah aku tak tulis disebabkan manusia-manusia ini:

terus i tak berani you post apa-apa berkaitan tentang TIA AMELIA. tak nampak tu *kami banned produk TIA AMELIA sekeras-kerasnya. SEKERAS-KERASNYA* terus menggigil tangan nak menaip

honestly aku dah try macam-macam jenis produk, sebut je (yang murah je ok, yang mahal jangan dok sebut). seriously macam-macam dah aku cuba. one day tu aku teman my friend pergi spa. konon nak buat facial. aku pon turut terjebak. sungguh-sungguh akak yang buat facial tu cakap kulit aku teruk then dia suggest untuk cuba TIA AMELIA sebab ada kawan dia pakai ok. ke sebab akak penjual TIA AMELIA kak? haha. aku memang pantang kalau orang sebut bagus dan berjaya kalau pakai produk itu ini. aku pon apa lagi. beli dan pakai. alhamdulillah. kulit aku semakin ok (dengan izin ALLAH) dan semakin cerah semestinya seperti tag line TIA AMELIA mencerah tanpa pengelupasan. wah gitu. tapi aku tukar kejap. pakai kejap, tukar kejap, pakai kejap. ni pon sebab ramai orang cakap pakai TIA tak elok. aku tukar produk lain. muka naik jerawat teruk, aku pakai TIA balik. jerawat kurang. orang cakap tak elok lagi. tukar lagi. letih lah.

dan sekarang aku adalah pengguna TIA AMELIA tetap dan tegar. sorry kepada kawan-kawan yang marah tapi aku kini tetap guna TIA. aku ada try garnier for men untuk 2 bulan. masa mula-mula pakai jerawat naik teruk. pastu orang cakap

biasa lah tu. simptom awal-awal tukar produk. lepas sebulan ok lah tu. 

ok bersabar. dah masuk 2 bulan tak ok juga. bye bye garnier. hye TIA AMELIA kembali. betul orang cakap TIA ni menghakis dan menipiskan kulit tapi berjaya mengurangkan jerawat (based on experience). since kau dah tahu TIA ni menghakis elakkan guna sabun dia secara kerap. kalau ikut cara aku. aku akan gunakan TIA waktu mandi pagi. mandi petang dan sebelum tidur. sabun sahaja tak mencukupi. sabun ni hanya membuang kotoran dan menghilangkan minyak di muka. sabun tak dapat nak membersih secara terus ke atas jerawat. so, untuk itu sebelum tidur, lepas dah cuci muka bersih-berish. sapu krim kunyit dekat sekitar kawasan berjerawat. jangan sapu penuh satu muka. nanti orang ingat kau power rangers kuning tak pon orang ingat kau demam kuning. krim kunyit ni wangi bau dia dan kesannya juga bagus. mengecilkan jerawat dan memudarkan parut. tapi ingat. kesan penggunaan TIA ni pon tak lah secara terus. pakai hari ini esok dah gebu boleh lentik jari. makan masa juga dan kau akan dapati pore kulit kau akan membesar. tak tahu kenapa. mungkin effect dia. so kau kena cari inisiatif lain untuk mengecilkan pores tu dengan pakai mask or anything yang mampu smallen the pores. ewah gitu. hahaha

Tuesday, 20 November 2012

ALLAH selamatkan Palestine


Ya Allah selamatkan lah bumi Palestine. amin.

kenduri kahwin edisi berganda

tak habis lagi rasanya perut aku bekerja menghadam ayam sambal, daging rendang dan acar nenas. lauk yang sentiasa berulang masuk dalam perut sebab cuti sekolah ni setiap minggu mesti ada kenduri kahwin.

ambil gambar tengah panas. muka semua nak berkerut tapi maintain. hakhak. berbaju melayu purple bukan pengantin tapi adik pengantin.

last week hari sabtu kenduri kahwin abang Zaim di Kajang dan ahad pula ke Seremban kenduri kahwin senior (Kak Huda). one of wedding yang diidamkan. simple, smooth yet grand. wah. aku suka suasana dia. tersusun. ada gamelan. sedap je rasa kat kenduri kak huda tapi panas ya ampun. Negeri Sembilan kot. tapi syukur tak hujan. kalau tidak kuyup. lauk-lauk kenduri di Negeri Sembilan berbeza dari lauk yang selalu aku makan dekat Selangor. all the food served berasaskan lomak cili api. torbaik! ado daging salai masak lomak cili api. rebung masak lomak cili api dan banyak lagi yang berasaskan santan. ok minggu depan boleh check up dekat hospital untuk cek kolestrol. lompat dan jerit yeay sebab memang pasti naik sebab boleh kata kau dah makan sekilo santan kot sekali makan(hiperbola).

tidak terhenti kenduri kahwin setakat di situ. minggu ni aku ke Kedah dengan abah. kitaorang bahagi dua. emak dan adik-adik ke kenduri kahwin saudara di Selangor, aku dan abah ke kedah kenduri saudara belah sana. pergi ke Kedah selama 2 hari dengan tujuan untuk memenuhi jemputan dan makan. gigih kan? aku asyik ulang je perkataan ni sepanjang drive balik

kita memang gigih kan drive ke Kedah semata nak pergi kenduri. 

satgi anak abah kahwin tak de orang nak datang pula. 

ehek. bila entah anak abah ni nak kahwin. owh. lauk di Kedah juga berbeza, ada daging sup. taugeh kerabu. ayam golek. sedap. bila berdua tanpa mak dan adik-adik. serious senang gila nak pergi mana-mana. kalau ada budak-budak ni jangan harap. sekejap penat sekejap hyper. memang nak kena ikat. pastu mood masing-masing nak swing sebab geram rasa lepuk budak-budak tolong duduk diam-diam dekat belakang. jangan bertekak sangat dalam kereta. yang drive ni stress tahu.

Sabtu ke Kedah, Ahad tu juga kitaorang balik Selangor. ye lah. tujuan pon semata nak makan kenduri. dah habis makan apa lagi. chaw. aku sempat ke rumah kawan aku, Rizal yang dipanggil Mat Jal atau Manong. tetap nak datang even dah malam. mula-mula macam fikir 2 kali juga tapi dah alang-alang dari Kedah on the way ke Selangor. tak salah singgah. masuk simpang ke Kuala Kangsar, sekali masuk nak ke Manong jauh gila. tapi tak pe. pengalaman. kegigihan aku ke rumah Mat Jal tak sia-sia. masa on the way balik. kitaorang nampak ada satu kedai durian ni ramai gila orang, kitaorang pon berhenti nak beli. sekali ada orang-orang kampung dekat situ buat kenduri. makan durian ramai-ramai. sebab tu kedai tu ramai. kitaorang pon di jemput makan. rezeki jangan ditolak. bagi signal. turun kereta dan makan. sedap. durian makan dengan pulut dan santan. meleleh.

Tuesday, 13 November 2012

keliru dengan rakaat dalam solat

somehow i think this is really helpful. perkara ni selalu terjadi dekat aku. ye lah. kita time sembahyang tu lah segala perancangan dan benda nak buat difikirkan. belum cerita tengah-tengah solat tu mulut terkumat kamit tetapi otak ke laut berangan. lepastu confuse sekarang rakaat ke berapa? aku dah buat tahyat awal ke belum? read this! (arahan)


Sunday, 11 November 2012

tips penjagaan braces

uih! kuning gila gigi kau

busuk gila bau mulut kau

(gelak tutup mulut cover malu)

sentap. aku adalah pemakai BRACES kot. jenuh tahu nak jaga gigi yang berpagar ni. ada few budak cakap (pengalaman di sekolah). gigi cikgu pakai gelang. kan. zaman sekarang memang hebat anak murid. takkan asyik tangan je nak pakai gelang. gigi pon mahu juga tahu. gigi kuning biasanya akan dikaitkan dengan perokok but i am not a smoker. gigi yang kuning juga sering dikaitkan dengan orang yang suka minum air panas. ni mesti kes sebab kau selalu usha gigi apek dekat kedai runcit kuning sebab dia suka minum air teh panas. melayu pon ada juga ok. aku juga tidak lari dari salah seorang yang suka minum air panas dan bergigi kuning berdasarkan pengalaman di mana few friends suka sangat nak down-kan confident aku dengan memuji gigi aku. tetap dengan pendirian aku. kisah? braces kot. susah nak berus.

now aku nak share few tips jika anda salah seorang pemakai braces. mungkin tak pakai braces pon boleh praktikkan sebab all the steps good for you to have a good teeth and a fresh breath especially after bangun tidur. cuba lepas bangun tidur, directly tekup mulut, hembus dan hidu. confirm terus tertidur balik dan bangun esok hari (tipu)

RAJIN BERUS GIGI
selalunya sesudah selesai memakai braces di hospital doktor akan pesan. sila dapatkan berus gigi macam ni (nurse akan tunjuk sampel) di farmasi berdekatan untuk bersihkan gigi. ok. untuk for the first month. erm mungkin 2 minggu pertama aku gunakan berus gigi yang disuggest. mana boleh tahan. tak puas langsung nak memberus. aku terus beli berus gigi biasa tapi yang jenis soft. kalau ada super soft lagi digalakkan. aku gunakan berus gigi soft keluaran colgate. mahal sikit tapi sesuai dan tidak menjahanamkan braces kau. aku pernah try few brands macam oral b, darlie dan sebagainya but end up pakai for few days dan start kereta cari yang colgate juga. ada juga kawan aku yang suggest pakai berus gigi adik-adik. berus gigi kanak-kanak lebih jelas. boleh terima sebab berus gigi kanak-kanak ni lembut dan pasti akan menembusi setiap celah-celah ruang braces kita. wah. kalau yang kanak-kanak ni jom try codomo lion. eh2.

TOLONG GUNAKAN MOUTHWASHER
yes. mouthwasher. tak tahu? listerine tahu? listerine is one of the brand. banyak lagi. aku gunakan mouthwasher brand first choice sebab murah compared to listerine yang super mahal. kita tak da duit. kita belajar lagi. wuwuwu. mouthwasher ini penting untuk membantu membunuh bakteria yang tertinggal semasa anda memberus gigi di samping membatu menyegarkan nafas anda. malah, ada beberapa jenis mouthwasher juga yang akan bertindak membantu memutihkan gigi anda. tapi janganlah harap pakai lepastu kumur dan terus putih. kalau macam tu pakai mouthwasher brand clorox mungkin berkesan.

RAJIN FLOSSING
flossing memang agak leceh. tapi aku akan buat flossing dalam sebulan sekali tapi kalau rajin lebih boleh buat 2 kali dan lebih. bagi mengendalikan flossing ni. aku gunakan fossing jenis benang brand oral b. senang nak tarik-tarik celah gigi. flosssing ni actually kalau rajin buat every week. flossing bagus untuk membuang sebarang daging, sayur, jagung dan sort of thing yang tak terkeluar semasa anda memberus gigi dan kumur pakai mouthwasher. lebih jelas untuk tinggalan yang tegar dan kental nak duduk celah gigi juga tak nak keluar. tapi doktor ada berpesan. jangan kerap sangat floss gigi. nanti gigi jarang. ok baik doktor. saya floss setahun sekali je. hambik. haha


Saturday, 10 November 2012

kerja tak kerja

kereta yang dirempuh. nangis. kereta abang kawan. 

motor yang merempuh

caption gambar macam aku tak bersalah kan. entahlah. bila aku sembang dengan orang ni. aku bersalah. orang tu. aku tak bersalah. apa-apa pun aku dah tanggung semua kos kemalangan dan aku dah kehabisan duit disebabkan kemalangan yang aku lalui tempoh hari. serius kering kontang terus. aku cuti pula 2 bulan. nak buat apa kawan kalau duit saving kau dah habis? duduk rumah sahaja? it is so not me. wah engkau. so hari khamis hari itu sesudah sampai di rumah pada hari selasa aku decide untuk mencari kerja. gigih mencari kerja dan aku dapat setelah aku propa boss tu. susah nak dapat kerja kalau kita boleh kerja hanya untuk sebulan setengah. aku siap dia suruh bawa certificate segala kot. berminat sangat lah tu kan nak ambil aku kerja (perasan). semuanya berjalan lancar. masa pergi interview. segalanya boleh. ya madam, baik madam. konon semangat nak kerja tapi aku tak fikir perkara yang lain. adik-adik dekat rumah. kenduri kendara mana nak pergi. owh duit telah mengaburi mata aku.

all of sudden pada khamis malam aku decide untuk tidak bekerja. time tu baru nak bincang dengan parents. betul ke along nak kerja ni? bwahaha. sebab tu orang tua selalu berpesan. berfikir dahulu sebelum buat. sekarang ni aku tengah serabut fikir macam mana nak cakap dekat boss tu yang aku nak tolak tawaran kerja dia. dah lah aku menipu masa minta kerja hari tu. ni nak tolak pon kena menipu juga. sigh (teruk). kesian boss tu. semangat dah sediakan name tag dan baju untuk aku but i am so sorry. saya tak berfikir sebelum bertindak. last-last boss yang mendapat kesan. belum kerja dah panggil boss kan.

tahu tak aku tipu aku belajar dekat UITM Penang ambil course hotel management. aku baru habis belajar dan sementara nak sambung degree(wah) nak kerja sambil tolong parents walhal nak kerja sebab nak cari duit untuk berjoli. kau memang teruk naim, kaki pembohong. bwahahaha. sorry sejuta kali. aku siap dah salam semua pekerja dan cakap

hi, saya naim. besok saya mula bekerja.

mana? batang hidung pon tak nampak. sedih lah kau.

Wednesday, 7 November 2012

bye bye semester 6

baru pulang dari berjumpa doktor and he said

kita bagi chance dulu lagi sebulan. kalau tak ok juga baru kita implan. 

lama lagi lah ni kan nak pekak sebelah. mesti muak kau dengar aku asyik cerita pasal telinga je. tak da sakit lain? ada. aku accident hari tu! accident lagi? hidup kau memang malang. bwahaha. kejam. dude aku bersyukur semua ni terjadi dekat aku. penghapus dosa orang cakap. banyak khilaf aku sebelum ni cuma aku ni kurang muhasabah diri. hidup tahu nak senang dan enjoy je. tak nak serabut kepala. sekali dah menimpa macam-macam benda ni baru nak cari tikar sejadah bagai. its a life and its a human being. senang lupa, susah cari. harap tidak lagi selepas ni. insyaAllah

semester 6 aku di IPG Kampus Tuanku Bainun sudah melabuhkan tirainya. next year is my final year. mesti hectic gila, aku tengok senior-senior pon dah tunggang terbalik. praktikum 3 bulan semester depan. sekolah baru. praktikum-mate baru. mencabar sungguh. tapi itulah. takkan nak dengan orang yang sama. cabaran dekat mana-mana ada. kita tinggal nak sahut je. jangan mengalah(wah macam nak berperang kan). still asume berperang macam lagu kekanda di medan perang, adinda di medan seni. aku di medan pendidikan. dalam seronok nak habis semester 6 ni terselit rasa sedih. next year no more lastik 5. semua dah habis belajar. tinggalkan aku sorang terkontang-kanting. banyak gila kenangan manis dengan diaorang ni (including you abang bob). seriously macam-macam. dari budak-budak baru nak up(bbnu) kini menjadi dewasa. dari lagu when i grow up pussycat doll(ke mana entah group ni) kini adele skyfall(wah). matang sedikit tetapi muka maintain(tampar dan sepak budak ni). banyak pahit dan banyak juga dramanya. tak da drama bukanlah namanya hidup. dah macam rencah. kalau tak da tawar je rasa. tak da lah pula plot dan klimaks. hahaha. tapi kalau kita recall balik yang pahit tu boleh jadi kenangan manis tahu.

naim dulu masa mula-mula kenal yakin kata i dulu mohon TESL tapi tak dapat. i dapat PJ. ada kitaorang tanya? perlu ke cerita?(sentap tapi manis to remember)

memang epik lah kan. sayang hingga akhir hayat. semoga kekal ikatan ini selagi nyawa dikandung badan.

Friday, 2 November 2012

kawan seperti bra


mesti kau macam what the heck mamat ni letak gambar ni. hakhak. berbaur lucah tapi sangat bermakna. pelbagai perkara yang telah berlaku dan syukur aku berjaya tempuh semuanya atas kerana 1. izin Allah. 2. doa mak abah. 3. kawan. ya. kawan yang banyak sangat membantu sampai aku tak terkata. aku hampir ditipu tapi aku tak cepat melatah. aku cari kawan dan kawan tolong. oh terlalu banyak perkara yang disebabkan kawan kini aku senang. kawan sepeti bra. dekat di hati dan sentiasa menyokong untuk menampakkan kita lebih gah (tolong ini tidak bersirat ok). terima kasih kepada kawan yang banyak membantu dan memberi sokongan. terima kasih yang tidak terhingga. syukur dikurniakan kalian sebagai kawan.

sound cilche tapi aku nak cakap juga. hye november!please and please be nice to me and all human in this entire world (terutama orang yang saya sayang) starting from now till Jannah (insyaAllah. ada?) amin :)