Thursday, 24 January 2013

Maulidur Rasul


pernah ke kita ambil tahu tentang salasilah diri junjungan besar Nabi Muhammad SAW. mungkin suatu ketika dulu Ya! masa kecik-kecik dekat sekolah agama. kalau tak hafal salasilah Nabi kena berdiri atas kerusi lepastu tak boleh duduk sepanjang kelas. tapi sekarang? kita terlalu sibuk dengan arus kemajuan dan kemodenan(wah). nak cari duit punya pasal sebab sekarang ni nak berak pon kena bayar 30 sen. tidak lagi 20 sen. naik 10 sen mungkin kos dia tarik tolak mop lantai kot. 

so sempena hari yang mulia indah ini iaitu Maulidur Rasul@Maulud Nabi mari kita berselawat tak putus-putus. kalau ada masa free je jangan luangkan masa dengan benda yang tak berfaedah. selawat please. kalau pergi karaoke pon still naynyi lagu berunsurkan ke-Nabi-an. kan dah dapat pahala.

jom hafal ini. insyaAllah ada manfaatnya.
*sumber Ustaz Azhar Idrus*

Wednesday, 23 January 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

apakah ini? *bola*

makhluk apakah ini? *abaikan*

dua objek di dalam gambar di atas adalah kembar. kembar siam. tak boleh dipisahkan. macam isi dengan kuku. macam kelawar gigit manusia, hanya petir yang boleh melepaskan gigitan tu(tiba-tiba) itu mitos ke apa? tak kisahlah tapi benda yang ingin disampaikan ialah kedua-dua objek di dalam gambar sangat akrab, rapat, ketat(huh?). terlalu sahabat sampai tak boleh dipisahkan. *sarcastic*

sepanjang aku hidup, hanya beberapa kali je aku boleh kata aku main bola. tak malu nak mengaku aku ialah kaki bangku sebab it's me. takkan aku nak poyo cakap weyh aku reti main bola. power pulak tu. ala-ala torres gitu. lepastu bila ada orang ajak aku main. haaa terkulat-kulat, terkemut-kemut(huh?) cari alasan nak mengelak daripada kena main. aku pon tak pernah rasanya cakap dengan sesiapa yang saya ni boleh lah main bola. sikit-sikit tu tahulah. sebab aku tahu kalau aku cakap camtu orang akan assume alah. budak ni pandai main ni. saja nak merendah diri. humble katanya.

hari ketiga di SK Taman Impian. hari ni ada kokurikulum satu murid satu sukan. sukan permainan yang ada di sekolah ni pon terhad. Bola Sepak. Bola Baling. Sepak Takraw. Bola Jaring. Sofbol. 5 je. limited kan? sah-sahlah Sofbol dan Bola Jaring cikgu perempuan dah ambil. so tinggal Bola Sepak, Sepak Takraw dan Bola Baling. nak dijadikan cerita pagi hening tu perut aku memang sukakan nak meragam. aku pergi toilet. habis menyudahkan hajat aku ke tapak perhimpunan. semua murid dah bersepah pergi ke arah kelab masing-masing. aku yakin pergi dekat Syukri. Syuk kite kelab apa ni? aku kelab bola baling. aku? habis aku? kau Bola Sepak. 

Bola Sepak.

tolong kaitkan Bola Sepak dengan dua perenggan di atas. kau tahu perasaan aku time tu? ah tapi cikgu Naim tak mudah mengalah. Cikgu Naim sahut cabaran itu. yakin tapi macam betul ke ni? berjalan ke arah kelab Bola Sepak. sampai-sampai je cikgu minta aku ganti sebab dia ada meeting. aku time tu macam ha?? nak buat apa ni? oh yes! thanks to Encik Alyes. aku bawa budak-budak ni pergi padang dan aplikasikan apa yang aku belajar di maktab. budak-budak enjoy kot walaupon cikgu dia macam blur betul ke apa aku ajar ni? lantak. cikgu tak pernah salah di mata kanak-kanak. boleh macam tu.

sedang asyik mengajar(wah gitu) tiba-tiba ada sorang cikgu datang. 

berpeluh hampa na? erm Naim dah buat perlantikan AJK?

huh? nak buat lagi ke cikgu?

laaa. buat lagi apa? ni first meeting Naim oi.

krik krik krik krik

ok murid-murid berhenti dan berkumpul dekat dewan. kita nak buat perlantikan.

Monday, 21 January 2013

Update Di Kala Genting

sekolah ni baru sangat. 4 tahun yang lalu ditubuhkan. guru besar pon baru satu.

hari ini my first day di SK Taman Impian. semuanya berjalan lancar walaupun nak pergi sekolah tetap ada drama sebabak. entah macam mana aku tak sedar di kala pagi yang suram aku salah masuk simpang. lepas tu gigih nak tengok map dan hampir-hampir langgar bontot kereta vios. (accident dengan aku tak boleh dipisahkan ke macam mana?). selamat keluar awal dari rumah. so bila sesat cakap dekat Syukri. eh awal lagi ni. kita jalan-jalan dulu sambil gelak hehehehe(tak ikhlas).

sampai di sekolah tepat jam 7 25 pagi dan sebagai bukti hadirnya kami ke sekolah ini selama 3 bulan. kita ke tandas dulu meletakkan "tanda". you got me? abaikan. macam biasa. kena join perhimpunan. kenalkan diri. benda clishe selalu kena buat tapi tak pernah hilang rasa nervous. memang aku dilahirkan darah gemuruh kot. asal naik pentas or kena pegang mic terus rasa macam tak de tapak kaki. butterfly in my stomach(gedik) ohhh rasa macam diawang-awangan sangat bila berdiri di khalayak ramai.

kitaorang dah dapat jadual hari ni. malah, dapat juga kelas relief untuk 2 kelas. seriously like seriously. haaa. awkward sangat sebab dah lama tinggalkan dunia pendidikan. dah lama tak masuk kelas. mengajar or even ganti kelas walaupon dulu dah macam sebati je relief kelas dengan diriku sebab masa dekat SK Mohd Shah hari-hari kena ganti kelas (rindu pula budak-budak Mohd Shah, harap anda semua bahagia di sana). mati kutu tak tahu nak buat apa dan sentiasa mengharapkan bila nak bunyi loceng ni.cepatlah cepatlah. lepas tu mulalah melalut nak buat macam-macam sebab tak bunyi-bunyi locengnya. kejap main game tu. kejap main game ni. mesti budak-budak rasa macam e eeee. bestnya cikgu ni. macam-macam game kita main padahal mesti budak-budak ni fikir. cikgu ni kenapa meroyan nak main macam-macam. tetap dengan tema siapa cikgu sekarang. saya ke kamu?haha

hari pertama yang baik. bahagia. tenang. semoga kekal. owh lupa nak cerita aku diberikan tanggungjawab menjadi coach bola baling. suka sangat. lepastu nanti kena buat gelanggang bola jaring. owhh suka sangat juga.

Tuesday, 15 January 2013

Sri Impian ke Taman Impian?

kecoh sekejap hari ni dalam masa lagi berapa hari je nak pergi praktikum. aku ni kalau waktu hujung-hujung tu kalau tak serabut dan kecoh-kecoh memang bukan dia. ada je benda yang tak kalut jadi kalut. benda simple jadi kecoh semedang(thanks aqil for the word semedang). kelakar. betul sangat lah tu Nizar dan Abang Bob selalu kata aku selalu #cemas. ok accepted even since along time ago. padahal tak boleh terima hakikat ni.

got news this is the school yang aku bakal praktikum. syukur dekat. alhamdulillah

sebelum ni aku ada tanya few persons pasal sekolah yang aku bakal pergi. ada ke tak budak non-muslim sebab sem depan subject minor aku Pendidikan Moral. memang wajiblah kena ada budak non-muslim. ada yang jawab tak de. ada yang jawab ada. tapi aku lebih percaya kepada tak de sebab area situ pon kawasan kampung melayu(really?) dan even classmate aku pon semester lepas praktikum dekat situ. tapi disebabkan aku dah malas nak layan kerenah pihak maktab yang suddenly change practikummate pastu sekolah pon ditetapkan sendiri plus aku memang super malas nak berpraktikum. 3 bulan kot!!!lama kot!!!malas kot!!! so aku pejam sebelah mata dan buat tak tahu je. hati kering tak? haha

hari ni juga lecturer pembimbing Mr Lee Lai Mong jumpa kitaorang guru pelatih yang dibawah penyeliaan dia. rasa cuak sikit dan bila one of my friend said ayat ni

naim, Sekolah Sri Impian tak de budak non-muslim lah. baik kau settlekan sekarang sebelum nanti kau dah pergi sekolah. waktu petang kau kena pergi sekolah lain untuk ajar Pendidikan Moral

terus rasa time tu macam what a? dah lah malas. nak pergi waktu petang pula. masa tu dah cemas sikit. sikit ok. tiada sebarang action diambil. selang half an hour lepas tu aku tak dapat fikir dah. adakah aku masih nak bebal buat bodoh buat tak tahu pasal praktikum ni. owh no! i need to take an action. pergi jumpa Encik Alyes selaku lecturer yang uruskan penempatan kami. dan berbincang. kalut punya kalut. kecoh punya kecoh. lahhhhh. aku praktikum dekat SEKOLAH TAMAN IMPIAN. bukan Sri Impian. full stop!

bak kata orang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. ni dah susah dahulu ni harap bersenang di kemudian hari. semoga sepanjang aku praktikum 3 bulan berjalan lancar, tak banyak sangat masalah dan harap sangat aku enjoy even sememangnya aku malas nak praktikum. tapi itulah. surrounding akan membentuk kita. ewah.

Sunday, 13 January 2013

A Famosa Water World


muka tak mandi lagi tu. kami berlima ke A Famosa Water World. seriously it is a place must visit.  sebelum nak ke A Famosa Water World ni serious kitaorang macam berperang nak pilih tempat sebab terbaca 1 review dari one blog cakap A Famosa ni mengecewakan. ok changed plan. but at last ke sini juga. seperti di entry terdahulu kan aku cerita aku ke Melaka sambut new year. lepas balik je dari Bandar Hilir malam new year. kami kembali ke GABANA HOMESTAY milik keluarga Abang Bob yang sangat selesa dan lengkap(sila klik untuk tempah) dan tidur around pukul 3 pagi lebih macam tu. besok paginya around 8 30 pagi semua orang diwajibkan bangun untuk aktiviti seterusnya. wah school trip sangat kan ada schedule segala. haha. mana tak bengkak mata dalam gambar bila penat gila seharian ber-new year pastu tidur 5 jam setengah je.i need more sleep.

kitaorang sampai around pukul 10 kot sebab pergi breakfast dulu. orang tak ramai time ni sebab 1 hari bulan. semua orang rest. esok anak nak sekolah. harga tiket not bad. RM40 untuk dewasa. kanak-kanak tak tengok tapi for sure lah lagi murah kan. masuk dengan gembira duit habis RM40. dah masuk kena sewa pelampung pula RM10 tak silap. pastu kalau nak simpan barang dalam locker kena beli token dengan harga RM4 satu token. sekarang aku faham kenapa akak tu hangin semacam dalam blog dia memikirkan kos yang mahal sepanjang di dalam A Famosa Water World. agaknya dia bawa 7 keturunan kot. tu yang jadi mahal berganda. ramai sangat kak.

sepanjang berada di dalam Water World ni memang enjoy sangat. riang tanpa henti kata ko. hahaha. banyak gila gelongsor yang kau akan macam OMG OMG nak cuba semua. dah masing-masing macam kena sawan babi. terkinja-kinja nampak air nak main tu nak main ni. 

*thanks google*

i am not sure berapa tinggi this gelongsor. tapi memang tinggi gila. before ni aku propa cerita kat orang cakap 6 tingkat. over sangat kot. maybe around 4 ke 5 tingkat. hiks. seriously kalau kau tanya. apa benda paling extreme yang aku pernah buat. i will answer this(tengok gambar di atas). kalau sebelum ni orang selalu cakap macam nak luruh jantung. haaaa. main ni kau akan merasakan macam mana rasanya luruh jantung. seriously gila tahap tak ingat OMG OMG cuak gila rasa macam nak luruh jantung. rasa macam nak terkeluar dari gelongsor. ahhh. tak boleh bayangkan rasanya. kena try. (berapa banyak seriously tu, kau boleh bayangkan betapa seriousnya aku menyatakan rasa takut tu). dalam takut-takut tu 2 kali juga aku naik sebab dia ada 2 gelongsor kan. kena naik 2 2. kalau tak rugi RM40.

nak cakap banyak macam ye ye je aku gebang pasal A Famosa ni kan. kena pergi lah baru rasa. here's a map yang boleh guide korang untuk rasa apa yang aku rasa(ewah)

Thursday, 10 January 2013

permohonan berjaya

ini miracle ke apa?haha. permohonan skmm aku berjaya setelah sekian lama(macam lama sangat je). lepas je aku post pasal aku bengang tu(entry lepas. tengok please). aku cuba lagi daftar permohonan dengan gigihnya walaupon bengang tahap tak ingat dah time tu. mana tidak. tiap kali nak buat permohonan baru je mesti kena isi form tu dari awal dan kena ulang balik benda yang sama. namun!(wah) tak semena-mena akhirnya permohonan aku berjaya. memang kuasa Allah. itulah. doa orang yang teraniaya akan sentiasa dimakbulkan. alhamdulillah.


gigih juga tu nak printscreen untuk tatapan korang(krik2. siapa korang?). no rujukan pon nak rahsiakan. perlu sebab sekarang ni macam-macam boleh jadi. aku gigih-gigih pasal rebate skmm ni pon tak tentu lagi aku dapat beli handphone dalam masa terdekat which is sebelum 9 Februari ni. mana nak cekau duit beli handphone. duit elaun pon tak masuk lagi. nangis. duit nak makan pon dah paras-paras hidung.

Wednesday, 9 January 2013

ini memang bengangggggg

sudah mencuba since last week and still tak approve-approve lagi. tak faham. thanks

Monday, 7 January 2013

you selfish!

entry sebelum ni aku ada cerita pasal how good you are malaysian. tapi perkara biasa. tidak semua orang baik. mesti ada juga slack dia. but i hope jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. kan? kenapa nak emo sangat ni? rabu minggu lepas jatuh pada 2 Januari 2012 aku ke klinik kesihatan Bangi bawa adik aku(alang) untuk check up gigi. selalunya aku akan parking luar sebab tahu dalam mesti penuh. mungkin hari tu nasib kitaorang baik. ada parking kosong dekat dalam.

actually appoinment adik aku petang. tapi kitaorang pergi pagi sebab dia ada kelas petang dan dia ada exam untuk streaming kelas. yakin ni pergi pagi. sekali doktor tak da. doktor ada waktu petang je. pasrah dan berjalan kaki menuju ke parking. sampai parking je terus WTF! why oh why?nasib baik tadi bertukar menjadi malang(dasar budak tak reti nak bersyukur). masih ada lagi rupanya orang kita yang penting kan diri tahap dewa yakin parking belakang kereta aku walaupun dia tahu aku akan tak boleh keluar. even nak reverse sikit pon tak muat. oh my. apa yang kau fikir huh? aku yang konon optimis. baik hati sangat. bersangka baik dalam hati. mungkin dia emergency nak cepat. so parking macam tu. tahan gelora jiwa kejap. but still at least tolong lah tinggalkan nombor phone ke? paling tidak pon jangan tarik handbreak. kawasan tu rata je. takkan bergerak lah kereta kau.(emo ni). haha

aku tak boleh sabar sebab aku dah try beberapa kali untuk untuk keluarkan kereta but still tak boleh even memang aku tahu memang tak kan boleh. but tetap nak give a try.(gigih). so aku pergi masuk balik dan minta pihak klinik buat announcement. selamat pihak klinik bagi kerjasama dan announcement dibuat dan diulang sebanyak 2 kali. tahu lah tu kan kita tengah menyirap kan. hehe. aku pergi dekat kereta balik. tunggu dan tunggu. tak lama lepas tu. owner kereta bernombor plat WHJ 595* datang dengan muka selamba pergi dekat kereta dia. tunggu juga untuk dia datang dekat aku and say sorry ke apa ke. harapan sangat. sampai kereta dia start dan undur tunggu untuk masuk dekat parking aku. what the? what the? ada juga manusia muka tembok dan selfish macam ni? mana nak cari?

kalau aku tahu macam ni lah perangai dia. dari awal tu aku patut calarkan kereta dia or pancitkan tayar je. tu lah baik sangat kan!

Sunday, 6 January 2013

tahun baru dan hidup baru

dush. penat gila rasanya nak menghabiskan sisa lagi setahun dekat Penang. mesti kau cakap. eeee nak over pula. baru 4 hari dekat Penang dah  merungut penat. haaa. kau tak tahu kelas kitaorang untuk semester 7 ni pack gila. serius. kau pernah ada kelas dari pukul 8 pagi sampai 4 30 petang. pastu rehat dekat rumah kejap, malam ada kelas balik. cukup hujung bulan kau boleh nampak aku termenung tepi tingkap sewel asyik belajar je. konon belajar. padahal masa kelas bukannya belajar. dok menyembang dekat belakang kelas.

semester ini sangat berbeza. banyak gila masa free. wah! tadi kata penat. now free pulak. ye lah. kalau dulu petang-petang habis kelas dah macam beruk kena belacan mesti nak pergi rumah jiran ehehe(rumah Nizar Rahman dan Arif). pastu menyembang tak habis-habis. tapi sem ni. habis kelas duduk rumah je. jiran dah tak de. eyh! bukan meninggal tapi diaorang dah habis belajar(sedih). housemate pula diaorang kalau petang-petang mesti pergi main futsal. so i am alone and all alone sebab malas nak bersukan. petang adalah waktu terbaik menghabiskan waktu di rumah atau pergi makan cucur ke, laksa ke, nasi lemak RM1 ke? ahh semua tu kalori. pastu malam konon start naik sem nak kawal makan. makan lunch dan petang je. malam tak nak makan. bila tak makan jadi duduk rumah je. pastu ting tong tak tahu nak buat apa. sebelum ni kalau keluar makan malam sembang lama tak ingat. tahu-tahu balik rumah dan tidur. owh banyak pula masa free sekarang bila aktiviti lagha dikurangkan. kurang dosa. eh?

entry pasal tahun baru. hello welcome 2013 tak sempat nak buat sebab hujung-hujung tahun lah busy sangat katanya. konon schedule penuh banyak sangat planning new year yang mahukan lebih dari tahun sebelumnya. and yes! this year new year aku best. ke melaka kata ko. syok gila. new year dekat dataran melaka. lepak-lepak nak tunggu bunga api tak tahu nak buat apa. menonong je. tengok konsert artis yang sedih-sedih. tapi the best part is dapat tengok bunga api atas kepala. aku kena angkat kepala pandang atas sebab bunga api betul-betul atas kepala. new experience. amazing experience (wah gitu). semoga tahun 2013 lebih baik dari sebelumnya. banyak barakah hendaknya. aminnnn.

happy new year 2013 everyone!good luck and all the best!