semester ini sangat berbeza. banyak gila masa free. wah! tadi kata penat. now free pulak. ye lah. kalau dulu petang-petang habis kelas dah macam beruk kena belacan mesti nak pergi rumah jiran ehehe(rumah Nizar Rahman dan Arif). pastu menyembang tak habis-habis. tapi sem ni. habis kelas duduk rumah je. jiran dah tak de. eyh! bukan meninggal tapi diaorang dah habis belajar(sedih). housemate pula diaorang kalau petang-petang mesti pergi main futsal. so i am alone and all alone sebab malas nak bersukan. petang adalah waktu terbaik menghabiskan waktu di rumah atau pergi makan cucur ke, laksa ke, nasi lemak RM1 ke? ahh semua tu kalori. pastu malam konon start naik sem nak kawal makan. makan lunch dan petang je. malam tak nak makan. bila tak makan jadi duduk rumah je. pastu ting tong tak tahu nak buat apa. sebelum ni kalau keluar makan malam sembang lama tak ingat. tahu-tahu balik rumah dan tidur. owh banyak pula masa free sekarang bila aktiviti lagha dikurangkan. kurang dosa. eh?
entry pasal tahun baru. hello welcome 2013 tak sempat nak buat sebab hujung-hujung tahun lah busy sangat katanya. konon schedule penuh banyak sangat planning new year yang mahukan lebih dari tahun sebelumnya. and yes! this year new year aku best. ke melaka kata ko. syok gila. new year dekat dataran melaka. lepak-lepak nak tunggu bunga api tak tahu nak buat apa. menonong je. tengok konsert artis yang sedih-sedih. tapi the best part is dapat tengok bunga api atas kepala. aku kena angkat kepala pandang atas sebab bunga api betul-betul atas kepala. new experience. amazing experience (wah gitu). semoga tahun 2013 lebih baik dari sebelumnya. banyak barakah hendaknya. aminnnn.
happy new year 2013 everyone!good luck and all the best!
2 comments:
Huhuhuhuhuhuhu :(
waaaaaaa!!!!(meraung)
Post a Comment