Sunday, 28 April 2013

Kem D' Omland Sungai Petani

Assalamualaikum wbt

seorang guru pelatih yang berdedikasi tidak jika sebenarnya semalam anda sudah tamat perkhidmatan praktikum di sekolah anda tetapi ada program pada esok harinya iaitu perkhemahan dan anda turut serta perkhemahan itu? haaa. macam mana nak jawab. haruslah ya bukan?

siapa nak lepaskan peluang menyertai perkhemahan motivasi yang super best bila aktiviti yang dilaksanakan sangat lasak(sangat tu!). ada aktiviti kayak(main air. saya suka! saya suka!). night self walking aka aktiviti burung hantu(wuuuu takut hantu), survival di hutan(mencabar bila hidupkan api pakai minyak tanah.kehkeh), flying fox(owh my favourite because its all about high) dan banyak lagi. tak cerita pula makanan yang disediakan sangat sedap. sedap sebab penat gila beraktiviti lepastu orang hidang makanan. mana tak sedap kan? tapi memang seriously sedap!

aku dan syukri mengambil langkah bijak untuk pergi sendiri pada hari Sabtu lepas bertarikh 20 April 2013 by motor. gila nak pergi dengan budak. kena naik bas seawal jam 7 00 pagi. time tu aku tengah memproses taik mata. plus kitaorang fikir kalau naik motor senang nanti nak keluar-keluar. kalau boring boleh jalan-jalan sekitar Sungai Petani. perjalanan kami mengambil masa sejam lebih which is sepatutnya lebih cepat. tapi kitaorang terlajak entah ke mana. selamat rajin tanya orang. mudah sebenarnya nak ke Kem D'Omland ni. 

kedudukan tempat perkhemahan yang jauh di sudut dunia(over), jauh di pedalaman. dikelilingi sawah padi, dekat dengan laut dan hutan. terasa macam dekat to the mother earth nature gitu. seronok, sejuk, nyaman tapi banyak nyamuk. Kem D'Omland ni menyediakan perkhidmatan pakej motivasi untuk murid-murid sekolah, pegawai-pegawai dan even sesiapa yang berminat untuk buat camping. tapi haruslah ada rate dia. jangan tiba-tiba kau cakap kami sekeluarga nak ber-camping di Kem D'Omland boleh? boleh! meh sini aku cepuk. 

sebagai cikgu pengiring memang sangat relax. kami para guru siap boleh pergi main boling dekat SP lagi. haaa. heaven tak heaven lah. pengendalian aktiviti juga menarik dan dahsyat serta dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator pihak kem. budak-budak pon kelihatan sangat enjoy. harapan konon budak-budak semakin meninggi keyakinan diri diaorang ni tercapai lah kot(?) sebab sebelum ni sekolah pernah buat ceramah motivasi. budak-budak ni menangis bagai nak rak. tapi aku tengok hati kering je. tak da perubahan lepas ceramah tu. lempang sorang-sorang nak? cikgu rindu kalian(tiba-tiba)

gambar sekitar perkhemahan. beberapa gambar aktiviti yang ada gambar aku.bwahaha

cikgu excited naik bot. comel je yang buat peace tu(cepuk cepat) 

di atas jeti. aku pon tak ingat apa yang aku tengah buat. muka maintain excited

membantu Cikgu Syukri yang nak naik jeti tak lepas-lepas.hahaha

berkayak berdua. peace lagi(comel betul!)

aktiviti survival di dalam hutan. budak-budak hanya dibekalkan tepung(untuk buat roti. aku pon baru tahu), ikan, kunyit dan garam. survival sangat sebab hidupkan api pakai minyak tanah.

gigih siang ikan. pandai ke uols??hahaha 

flying fox by my big boy. Daniel. rajin gila tapi kurang ajar punya ini budak. asyik kena marah saja

Taib the tallest boy in school. also known as pakistan boy. ini juga budak manyak kulang ajar. mulut manyak langsi. hahaha

ok.together we fly. sweet sangat.

gambar sebelum pulang. cuba cari aku. jumpa tak? memang tak da lah sebab aku dah balik dulu. hehe

Thanks baca :)

Tuesday, 23 April 2013

Praktikum Fasa 3

assalamualaikum wbt

fuhhh.lega sikit hari ini. baru saja sampai di Penang bumi kedua tercinta(selepas Selangor yang haruslah di tangga pertama) untuk meneruskan hidup sebagai seorang pelajar dan bakal guru di IPG Kampus Tuanku Bainun. eh? sebagai pelajar? bukan awak ni guru pelatih ke?

hey. its over lah. Praktikum Fasa 3 dah berakhir. i am not a trainee teacher anymore. i am a student now. ahhhh rasa berbeza sangat kehidupan kali ini. tak perlu tidur lambat siapkan Rancangan Pengajaran Harian(RPH), siapkan Alat Bantu Mengajar(ABM) untuk kelas esok hari dan tak perlu lagi bangun awal paling awal dalam hidup iaitu seawal jam 6 pagi(haaa banyak awal tu memang awal lah tu). seriously kena bangun awal malah perlu sebab nak bersiap pon lama lepastu kalau bangun lambat merasa bilik air dah penuh dan hanya akan basuh armpit dan kepala sebab tak nak berbau dan nampak segar bila rambut tersisir rapi. pengalaman tu. tambah-tambah lagi bila selama ni bersiap setengah jam tiba-tiba bangun lambat, 3 minit dah boleh bersiap rupa-rupanya. ajaib bukan?

hari ini juga rasa rindu dekat budak-budak SKTI. owhhhh. seriously cikgu sangat rindu kalian. kalau tidak pagi-pagi cam ni sampai sekolah budak-budak akan say HI CIKGU NAIMMMMM. datang berlari dan salam. owh sangat comel dan macam mana aku tak jatuh hati dekat dunia perguruan ni. hari terakhir di SKTI juga menarik. sangat menarik tertarik kau memang da bomb katakan. mana tidak. cikgu-cikgu dah mula berpesan,

rajin-rajin jenguk sekolah na

jangan lupa kami kat sini

banyak jasa hampa kat sekolah ni, jangan dok segan nak mai lagi.

tak cerita pasal budak-budak lagi, masuk kelas 3 Delima untuk kali terakhir. cikgu kemain semangat bagi nasihat, nangis ramai-ramai. tiba-tiba ada seorang murid hulurkan hadiah.

cikgu buka lah cikgu(beria suruh)

cikgu buka kat rumah je lah. 

buka sekarang lah cikgu. 

cikgu buka sebab pelik, besar dan bulat. bila buka. ehhh kek. lepastu masing-masing keluarkan kek yang maha banyak dan banyak lagi makanan lain. ok cikgu faham. surprise party. terharu. susun meja dan makan ramai-ramai. lepastu cikgu marah-marah balik sebab kelas bersepah dan bising gila. hahaha. budak-budak. aku layankan aje.

ada surprise lagi ok. kali ni jamuan mengejut sempena meraikan perpisahan kami oleh kelab guru. nangis. wuwuwuwuwu. surprise sangat. tak tau apa-apa pun. tahu-tahu pagi tu Cikgu Bad cakap.

naim, satgi pukul 10 na.

pukul 10 apa?

ada lahhh. hehehe

aku curious.

macam-macam bukan? banyak lagi ingin dikongsi. sambung nanti lah. kau pun dah bosan aku rasa baca entry panjang berjela ni. 

thanks baca :)

Sunday, 14 April 2013

Cara Mengubati Ulser

Assalamualaikum wbt


sebagai seorang remaja yang memakai braces. penyakit mata ikan atau lebih dikenali sebagai ulser sangat sinonim dengan seorang pemakai braces. tipu lah kalau kau pakai braces tapi tak kena ulser. tipu juga kalau kau tak pernah pakai braces tapi kau tak pernah kena ulser. kalau anda pemakai braces dan baruuuu je pakai braces. boleh say welcome ulser! tak sabar nanti nak emo-emo, pedih nak makan even kadang-kadang susah nak bercakap. haaa. sebut pasal bercakap. memang itu pon satu masalah bila anda pemakai braces dan anda suka bercakap. apatah lagi seorang guru seperti i ni yang suka sangat bercakap dalam kelas sehinggakan setiap lecturer yang observe(membimbing) setiap semester akan melontar komen yang serupa.
kamu ok cuma kurangkan bercakap, banyakkan action.
ehehe baik encik.

bila pakai braces dan banyak bercakap. nescaya proses pergeselan antara braces dan kulit mulut(bibir dan pipi bahagian dalam, urgh whatever. tak pandai nak terangkan) akan kerap berlaku. lama-lama luka akan terjadi sendiri. bermula dengan luka kecil lepastu kau pula jarang minum air. memang ulser pon suka nak membesar dan beranak pinak dalam mulut. what else you can do selain duduk diam-diam dan malas nak emo-emo so diam! tidak lagi kini. ada cara untuk mengubati ulser tapi ianya memerluka courage dan tahan sakit. 

GARAM!

letak garam. itu adalah the extreme-est way. tapi sangat lah berkesan. trust me. tak percaya? ok kalau kau ada ulser sekarang or kena ulser nanti. kau ambil garam dan kau letak atas ulser tu. urghhh. memang pedih teramat ya amat at first. tapi bila garam tu dah sebati dengan ulser tu. rasa macam dah elok dah dan InsyaAllah dengan kuasa Tuhan juga ulser itu akan sembuh in a few days. trust me. aku dah buat semua tu. tapi kalau rasa pedih sangat buat cara macam tu. cuba bancuh 2 atau 3 sudu garam dalam  gelas. lepastu kumur-kumur. masih pedih tapi tak pedih gila macan cara sebelum ini. bila kurang pedih jadi nak sihat tu lambat sikit lah. depends jugak how kerap kau rajin untuk kumur air garam tu. seeloknya amalkan 2 3 hari sehingga anda rasa ulser tu macam dah mati. 

seriously mengubati ulser menggunakan garam sangat berkesan. i dont know why sebab aku bukan pharmacist. tapi aku memang amalkan penggunaan garam dalam mengubati ulser since dari kecik lagi sebab memang dah lumrah hidup aku kot penyakit ulser ni tak pernah nak pergi. tetap ada. samalah kan macam jerawat(jerawat pula dah?). itu lah. mulut jahat mengalahkan longkang. memang Tuhan nak bagi balasan on the spot. haaa amek kau ulser. bwahaha.

pernah try few cara yang lain tapi tetap garam di hati.

Thursday, 11 April 2013

Kesan Si Pengguna Tia Amelia

Assalamualaikum wbt

sebelum aku memulakan bicara ingin aku membuat penerangan di sini bahawa post ini ditulis atas kesedaran untuk berkongsi pengalaman yang di alami sendiri dan bukan di bayar oleh mana-mana syarikat kosmetik. baik Hansaegee, Olay, SK II atau Fair and Lovely yang over the top(pencerah no 1 dunia you). mampu ke semua syarikat tu semua nak bayar Naim Iman. ahaks.

mungkin ada yang dah lama baca blog ini tahu aku adalah seorang guru(guru pelatih). subjek Pendidikan Jasmani pula tu. padang merupakan rumah kedua dan bermain di bawah terik mentari yang memancar sinar UV(wah) bukanlah satu perkara yang janggal tetapi kebiasaan malah lumrah. nak tak nak memang kena juga. kena main panas juga, kena jadi pegawai sukan juga, kena mengajar di padang juga melainkan hujan. bagi "puteri lilin" macam kita(eh?) memang kalau kena panas tu memang terbaiklah kan. memang sebum-sebum yang terkandung di bawah kulit akan bersorak sorai happy nak keluar sebab dah menggelegak panas dan tak sabar sangat nak keluar. bila dah tak boleh duduk diam-diam bawah kulit. haa mula lah nak timbul-timbul pastu rasa down nak berhenti jadi cikgu(ini tipu). dah biasa der. apa ada kisah?

kalau sebelum ini aku selalu mengadu kulit akan kemerah-merahan malah pedih bila kena panas. lepastu bila mandi rasa nikmat mana mahu ku dustakan(kak nani rostam) sebab sejuk sangat kalau boleh nak tadah muka dekat dalam fridge tempat beku. sejuk selesa. tapi sekarang tidak lagi bila aku dah berhenti menggunakan Tia Amelia. betullah lah orang cakap selama ini. aku percaya tapi buat-buat tak percaya sebab bila pakai Tia Amelia memang kesan dia cepat gila. dalam seminggu pakai jerawat dah mula kecut dan hilang(bila dipakai bersama krim kunyit). tapi setiap benda yang cepat berkesan ini there is something yang you need to pay which is kau akan alami perkara yang telah aku diadukan di atas. tapi ada amaran jika anda sekarang pengguna Tia Amelia dan mahu berhenti. anda perlu bersabar untuk menghadapi fasa muka bak kulit katak. menggerutu naik jerawat gila tahap stress tak nak keluar rumah. memang sabar sahaja kuncinya. kalau ikut perasaan memang akan rasa macam nak pakai balik je Tia Amelia. tapi buat apa kalau cantik seketika tetapi merana semula. fikir-fikirkan :)

Saturday, 6 April 2013

Perlawanan Bola Baling Peringkat Zon

Assalamualaikum

terima kasih kepada yang rajin bertanya baik call, mesej, chat dekat fb. twitter and pelbagai cara lagi tentang my little ears(ewah) yang konon bunyi macam parah je kena operation bagai. tapi serius penyakit ini serius because it will lead to pekak. tolong tak nak pekak.aminnn. alhamdulillah lebih kurang selepas 12 hari aku menjalani operation tempoh hari. telinga semakin ok. but still mandi kena sumbat kapas and pakai cawan tekup dekat telinga untuk mengelakkan air masuk telinga. hahaha. makin lama lah aku mandi dengan nak sabun lagi. jaga cawan lagi. owh sangat penat. tapi doc kata untuk sebulan 2 aje. haaa. sebulan 2 aje? praktikum yang lagi 2 minggu nak habis ni pon rasa lama je(sedih). apatah sebulan 2 lagi. tapi kena bersabar. biar merana sekarang tapi dah tua nanti awet muda. eh plastic surgery ke? hakhak

last rabu aku pergi follow up dengan doctor. doctor cek telinga and keluarkan kapas yang disumbat selepas pembedahan, the kapas function untuk mengelakkan exposure from surrounding and even air supaya tak rosak implan tersebut. bukan silicon implan ok. implan cell. bila dah buka tu rasa terang sikit pendengaran but still rasa pelik sebab implan yang ditampal not still fully recover. sabar. tak lama lagi lah tu. and last thing lupa nak bagitahu. KPJ punya service sangat best and selesa. they treat us like a princess. makan pon sedap. nurse caring. doctor yang ramah dan baik hati(suka sangat nak bagi i MC. please doctor no. dah 3 hari ni. silap hari bulan i repeat my praktium). staff juga baik hati dan mesraaaa(panggil i cikgu you. malu kita) tapi satu benda je tak best. parking. sebesar-besar alam hospital KPJ ni, parking sikit gila lepastu parking banyak reserved untuk doctor pakar, kalau parking penuh kena parking dekat Petron sebelah hospital. lepastu kena charge RM5. kalau tak bayar kena clamping. kau Petron memang saja nak makan duit orang kan. memang. memang (emo kejap)

dan sekarang juga hari ini, aku sedang merana kulit terbakar. dah macam udang panggang aku tengok kulit aku. merah menyala. mana tidak. 2 hari berturut-turut aku terlibat sebagai pegawai Perlawanan Bola Baling Peringkat Zon. sekolah aku tuan rumah. so memang kitaorang guru pelatih ditugaskan menjadi pegawai. dari pukul 12 sampai pukul 3 petang terpacak dekat padang. even kat bawah payung pon. tapi kalau semua orang nak duduk bawah payung. memang setiap seorang merasa teduh dekat bahagian lengan je lah. pasrah. btw aku nak ucapkan tahniah dekat praktikum-mate aku. Syukri. berbaloi hasil usaha kita. eh kita? mendidik anak-anak murid SKTI. menubuhkan team Tiger.aummmm. comel sangat. turun training petang. cheers yang sentiasa menyemarakkan semangat dan membuatkan aku tergelak. bukan juara tapi berpuas hati dengan team lelaki di tempat ketiga dan perempuan Naib Johan. Tahniah dan tahniah uolssss! :)

nampak aku tak? merah-merah delima kan. congrats girls!!

the boys  and without me. masa semi final. diarang lawan dengan SK Stowell yang aku tak faham ada sorang budak ni tinggi gila. tak taw mak kau kasi makan apa. sebab dia baru darjah 6 dan hampir tinggi dengan aku. bayangkan.