assalamualaikum wbt
fuhhh.lega sikit hari ini. baru saja sampai di Penang bumi kedua tercinta(selepas Selangor yang haruslah di tangga pertama) untuk meneruskan hidup sebagai seorang pelajar dan bakal guru di IPG Kampus Tuanku Bainun. eh? sebagai pelajar? bukan awak ni guru pelatih ke?
hey. its over lah. Praktikum Fasa 3 dah berakhir. i am not a trainee teacher anymore. i am a student now. ahhhh rasa berbeza sangat kehidupan kali ini. tak perlu tidur lambat siapkan Rancangan Pengajaran Harian(RPH), siapkan Alat Bantu Mengajar(ABM) untuk kelas esok hari dan tak perlu lagi bangun awal paling awal dalam hidup iaitu seawal jam 6 pagi(haaa banyak awal tu memang awal lah tu). seriously kena bangun awal malah perlu sebab nak bersiap pon lama lepastu kalau bangun lambat merasa bilik air dah penuh dan hanya akan basuh armpit dan kepala sebab tak nak berbau dan nampak segar bila rambut tersisir rapi. pengalaman tu. tambah-tambah lagi bila selama ni bersiap setengah jam tiba-tiba bangun lambat, 3 minit dah boleh bersiap rupa-rupanya. ajaib bukan?
hari ini juga rasa rindu dekat budak-budak SKTI. owhhhh. seriously cikgu sangat rindu kalian. kalau tidak pagi-pagi cam ni sampai sekolah budak-budak akan say HI CIKGU NAIMMMMM. datang berlari dan salam. owh sangat comel dan macam mana aku tak jatuh hati dekat dunia perguruan ni. hari terakhir di SKTI juga menarik. sangat menarik tertarik kau memang da bomb katakan. mana tidak. cikgu-cikgu dah mula berpesan,
rajin-rajin jenguk sekolah na
jangan lupa kami kat sini
banyak jasa hampa kat sekolah ni, jangan dok segan nak mai lagi.
tak cerita pasal budak-budak lagi, masuk kelas 3 Delima untuk kali terakhir. cikgu kemain semangat bagi nasihat, nangis ramai-ramai. tiba-tiba ada seorang murid hulurkan hadiah.
cikgu buka lah cikgu(beria suruh)
cikgu buka kat rumah je lah.
buka sekarang lah cikgu.
cikgu buka sebab pelik, besar dan bulat. bila buka. ehhh kek. lepastu masing-masing keluarkan kek yang maha banyak dan banyak lagi makanan lain. ok cikgu faham. surprise party. terharu. susun meja dan makan ramai-ramai. lepastu cikgu marah-marah balik sebab kelas bersepah dan bising gila. hahaha. budak-budak. aku layankan aje.
ada surprise lagi ok. kali ni jamuan mengejut sempena meraikan perpisahan kami oleh kelab guru. nangis. wuwuwuwuwu. surprise sangat. tak tau apa-apa pun. tahu-tahu pagi tu Cikgu Bad cakap.
naim, satgi pukul 10 na.
pukul 10 apa?
ada lahhh. hehehe
aku curious.
macam-macam bukan? banyak lagi ingin dikongsi. sambung nanti lah. kau pun dah bosan aku rasa baca entry panjang berjela ni.
thanks baca :)
No comments:
Post a Comment