Wednesday, 27 April 2016

Tips Penjagaan Retainer

Assalamualaikum wbt

entry ni aku dah peram berapa lama aku pon tak tahu dan aku pon dah lama gilaaaa dah buka braces aku. malam ni terasa macam nak update blog. here we go. ada few sentences yang aku edit dan tambah. tolong gelak sebab ayat-ayat di bawah adalah semasa aku berumur 23 tahun and now i am 26. jom gelak beramai-ramai.


                                        ....................................................................................


dalam entry-enty yang lalu. aku ada beritahu kan sekarang aku adalah pemakai retainer since my braces dah dibuka beberapa bulan yang lalu (tak ingat berapa bulan). sesudah beberapa bulan ni. aku dapati penjagaan retainer agak sukar memandangkan retainer yang aku pakai berbentuk plastik dan besi like i told u before. refer to this ENTRY. kebersihan juga perlu diutamakan kerana waktu siang mulut kita aktif gila, makan itu makan ini, kunyah itu kunyah ini dan kalau tak makan malam maybe kau akan minum air susu. lepastu air susu manis. malas gosok gigi. laputan gula melekat di sekeliling gigi. bahaya! let me tell you macam mana penjagaan retainer yang baik mengikut tunjuk ajar nurse and based on my experience.

berus gigi sebelum pasang
ini penting kawan. mengikut waktu kau pakai retainer. kalau aku. aku akan pakai waktu tidur sebab ramai orang cakap waktu tidur lah gigi kita bergerak. macam biasa (cara aku) akan berus gigi sebelum tidur sebab kita tahu waktu tidur lah mulut kita berehat dariada melakukan sebarang aktiviti. waktu-waktu lain bakteria tak dapat nak membiak sebab nulut asyik bergerak je. tak dapat dia bekerja dengan senang. masa waktu tidur sah-sah lah mulut kita akan tertutup. menganga. depends on how you sleep but for sure mulut akan berehat dan waktu itulah bakteria bermaharajarela. kaitan? 

pasang secara perlahan-lahan dan buka juga perlahan
demi menjaga keberadaan retainer yang super sensitif kau kena lah pakai dan buka braces perlahan-lahan. kalau patah or rosak menangis nak beli yang baru oi. dekat kerajaan you can get it like rm100. tapi kalau dekat swasta berlecak ketiak nak cari duit beli retainer yang baru. so pasanglah braces anda perlahan-lahan dan bukalah dengan berhati-hati.

rendam dalam air paip sahaja
macam aku seorang yang penjimat(kedekut mungkin juga). aku akan rendam braces dalam bekas yang berisi air paip sahaja. tak gigih nak beli segala jenis cecair yang mematikan bacteria bagai. mungkin sebulan sekali atau setahun sekali aku akan rendam air listerin. konon-konon macam mematikan bacteria. aku pon tak ingat last time aku buat benda alah ni.

berus apabila dirasakan kotor
yup. berus retainer anda bila korang rasa dah berkeladak juga berbau jamban. berus guna berus gigi yang kau dah nak buang(tips jimat dan kedekut). well. recycle lah beb dari membazir. berus juga secara lembut ya. tak memasal patah pula braces kau.

jangan letak merata. baik pakai kalau takut patah atau rosak.
last but not least. jangan letak merata your braces. jaga lah dik. duit tu. macam aku memang sebelah sinki lah tempat dia. lepas bangun tidur. cuci dan letak dalam bekas yang aku letak sebelah sinki. lepas tu mak kau muntah masa nak potong ayam dekat sinki sebab nampak macam gigi palsu. aku selalu juga menghadapi masalah hilang braces sebab mak selalu alih dekat tempat lain. geli katanya tengok retainer masa dekat sinki.

Saturday, 26 July 2014

Dah Julai Dah Weyh!

Assalamualaikum wbt

sedih baca last post which is on Januari. sekarang dah bulan apa ni? dah bulan Julai oi. lagi 2 hari nak raya tahu. itu kau kata "this blog REFRESH"?

memang banyak gila nak share memandangkan it has been 6 months tak update. ada juga buka blog ni kadang-kadang(sebulan sekali). buka tengok comment. tengok stat. baca entry lepas-lepas. sengih sorang-sorang. malas nak buat new entry. lepastu tutup. tiba-tiba lately rasa macam terpanggil-panggil(wah) nak update blog. seru mai balik orang cakap. tahun ni memang berbeza sangat. I am no longer a student but a teacher. insyaAllah will be a great teacher(amin). nanti aku cerita lebih lanjut. memikirkan pasal budak-budak(anak murid) memang panjang berjela aku nak share but will do next time.

tak tahu nak tulis apa lagi? too much to share katanya. puas perah otak nak mulakan penulisan. serious aku macam blur gila nak type apa. slow-slow lah mula balik walaupun macam hebat sangat penulisan dulu-dulu.

well. dihujung ramadhan ni macam biasa. semua orang akan berazam yang baik-baik since dalam bulan ramadhan kau dah bersungguh-sungguh buat amal(kunun). as for me. aku tak minta banyak. aku harap aku boleh menjadi insan yang lebih baik dan banyak melakukan kebaikan kepada orang lain.

selamat berpuasa all :0

Thursday, 16 January 2014

Hello 2014!

dah 16 haribulan Januari 2014.hello 2014! we still in January.too much to share.this blog refresh :D

Wednesday, 2 October 2013

Hat Yai, Thailand Part III

Assalamualaikum wbt

ok promise. this is the last post about my Hat Yai, Thainland trip so called backpackers (katanya). thanks to twinkle(if korang ingat the Indonesian tourist) Aman Amin. my fury2. Furhan. trip ini sangat best dan sangat memorable. lepas ni every year wajib ada trip ke oversea since aku akan kerja dah next year. amin. harap semuanya lancar. ok lah. membebel panjang-panjang so bosan kan. jom tengok our pictures masa last day. enjoy :)


hari dimulakan dengan sarapan secawan teh tarik. wah. time ni puas juga pusing around hotel sebab nak cari kedai  islam. tapi tak jumpa. pusing punya pusing akhirnya jumpa satu kedai melayu siam. diaorang boleh cakap Kelantan. tak silap teh tarik ni 20 bath(RM2). letop kan harga. haha

Furhan and I. sambil-sambil tunggu makanan sampai. snap pic berangan. time ni juga gedik-gedik buat sesi refleksi. ahaha.


the twinkle. hahaha. muka baik je. 

here we go. sarapan kitaorang. nasi kerabu versi Thailand. pelik sikit sebab dia letak bihun and tak de ikan. taste dia not bad. boleh cuba.

Pat Thai. puas cari akhirnya jumpa di hari terakhir. Pat Thai juga listed antara famous food Thailand taw. tapi rasa macam koey teow je.

roti canai versi Thailand. pon boleh. harga 15 Bath(RM1.50) ingat i makan dekat KL tadi. haha

otw balik ke hotel. kami singgah satu kedai jual air bungkus2. i mean macam chatime and coolblog gitu. jumpa cawan fur ni dekat depan kedai. cuba teka apa di sebalik tangan tu. hiks

haaaa. terkejut tak? lucah tak? pelaris kedai sangat aih. haha

ini gambar lepas check out hotel. bergelandangan dekat lobby sebab train lambat lagi.

gelandangan di Thailand dan gila camwhore.

sempat pergi lunch dan makan makanan first kitaorang sampai di Thailand. ini juga makanan terakhir yang kami makan di Thailand. nasi beriani ayam. sedapppppp!

ni dah kenapa? bawah bumbung pon pakai shades. feeling sangat kau. dalam train otw balik. owhh sedihnyaaaaa.

the twinkle again. bye bye Thailand. kap pun kap.

Monday, 16 September 2013

Hat Yai, Thailand Part II

Assalamualaikum wbt

alhamdulillah syukur sangat aku dah hampair nak siap. tunggu nak bentang je my FYP aka AR. syukur juga bila aku berkesempatan untuk update blog.

here we go

2nd day bangun awal sebab pakej pusing-pusing Hat Yai kami bermula jam 9 pagi. sampai dekat kaunter, daftar diri dan kami diberikan kereta vios. wah

bersama Abang Loq the driver, the tourist guide.sporting walaupon faham BI sikit-sikit je.tak faham BM langsung.banyak aku belajar Bahasa Thai dengan dia.

1st place kitaorang visit.lupa nama dia apa.tapi yang tak boleh blah. boleh pula abang Loq dan tok sami dekat tokong ni ajak kitaorang sembahyang sekali. terus i am muslim! ana muslim!

gambar bermotif untuk menggambarkan betapa besarnya the patung

lebih lentik dari tokong. acane? 

2nd place is Samila Beach(mermaid beach). walaupun tengah hari buta. matahari dah memacak. tetap nak mandi. memang rentung tapi bila lagi nak mandi alang-alang dah sampai beach ni.nama pun tourist. orang sini tak kisah. btw air laut dia sangat jernih.bersih.

temasya sukan remaja gitu. tak tahu sempena apa tapi game yang diaorang main nampak best tetapi lucah. nak tahu kenapa lucah.dekatkan mata dengan skrin.you will know what i mean :) (betul tak?)

pose paling berangan. nak lawan juga mermaid dekat belakang tu. ahaks

abaikan bahagian dada. owner blog malas nak censored.kalau dah datang beach ni memang kena bergambar dekat sini. sini ini je yang menarik dekat pulau ni selain pantai yang bersih.

kisah di sebalik mermaid itu

letih dan lapar gila. kitaorang singgah makan dekat restoran berdekatan dengan pantai ni.berjaya makan som tam.pedas gila.

ini som tam mangga tak silap.dia macam kerabu mangga tapi pedas gila.berapi telinga hidung mata semua. pergh

tom yam Thailand. i dont know wether inikah rasa sebenar tom yam sebab tom yam Thailand dan Malaysia banyak beza dia.

3rd place. lupa lagi nama tempat. dasar pemalas nak catat tapi nak update blog. sory. kalau nak naik gajah 500 bath(RM50). mahal dik. lari budget. so bergambar dengan gajah pon jadi lah.

feeling tourist sangat yang pakai hat tu. eeeeeeeee

3rd place. again tak ingat nama. hampeh. dekat sini macam tokong agong. grand gila. banyak gila patung dan loceng. meriah oi

start dah kena rasuk

curi bawa balik Malaysia. den kayo!

loceng ni kalau dibunyikan kuat gila. memang jakun lah kitaorang. lagi-lagi Furhan. teruja benor nak bunyikan loceng

patung ini sangat besar

tetap nak letak sebab rasa macam cantik je pemandangan dia

ini patung paling agung sebab berada di puncak tertinggi dan besar juga. mendongak nak tengok

dekat cable car.harga tiket lagi mahal dari langkawi. so kitaorang decide untuk minum-minum sambil chillax. wah

l.o.v.e

sayang nak minum







dah tak tahu dah ini tempat ke berapa kitaorang visit. tak silap tempat ni bersebelahan dengan ice dome(thanks Furhan).otak masa ni fikir nak pergi floating market je

ok da sampai tempat yang kitaorang nak pergi sangat-sangat. floating market. rambang mata nak pilih makanan. 

nampak tak tangan aku burn akibat mandi laut.pasrah

ini ialah cara kita ambil makanan dan bayar. nak pakai tangan memang tak sampai. kalau gigih juga mungkin kau akan masuk dalam kuali tu atau kau jatuh dalam sungai tu.

antara makanan yang berjaya ditangkap.sedap.sedap.sedap

ok letih.kenyang.nak tidur.ini dalam kereta nak balik dah. rambut dah kusut masai.abang Loq cakap. THAILAND is the best place to vicit(visit).ketemu lagi :)