Tuesday, 18 March 2025

DG 41

Berkali-kali mak dan abah hubungi aku. "Along. Rayuan masuk maktab berjaya. Nanti mak abah datang ambil".

"Along tak nak jadi cikgu!" lalu handphone dimatikan. 

Sebelum mak abah call, ada beberapa saudara mara yang cuba memujuk untuk aku keluar UITM dan masuk ke maktab yang kini digelar sebagai IPG (Insitut Pendidikan Guru).

Tanpa rasa bersalah mematikan telefon dan tekad tidak mahu menjadi guru, aku meneruskan minggu orientasi dengan selamba. Di hari keempat orientasi, tiba-tiba terdengar satu announcement "Diminta pelajar bernama Mohamad Naim bin ...... untuk hadir ke pejabat pengurusan kerana ibu bapa anda sedang menunggu".

Ya Allah. Tak tahu nak rasa apa masa tu. Rasa yang aku sendiri dah tak ingat dan tak nak ingat. Berdosanya aku pada hari itu. 

Kaki berjalan menuju ke pejabat pengurusan dan dah boleh agak apa akan berlaku seterusnya. Air mata berjurai-jurai jatuh. Jiwa remaja. Kerja nak memberontak. 

Selesai urusan di pejabat pengurusan, kaki melangkah ke hostel dan masih menangis. Semua baju dan peralatan mandi disumbat sahaja ke dalam luggage dan baldi. Tak inform langsung dekat roommate. Masa tu sebilik 4 orang dan salah seorang yang aku rapat ialah Fais namanya. Tak mesej pon sebab sedih sangat. Memang masa tu menangis je. Masuk kereta pon masih menangis dan konon-konon aku yang terpaling merajuk. Hanya pandang luar sahaja sepanjang perjalanan.

Sebelum balik ke Bangi, abah bawa aku ke IPG Tuanku Bainun terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat mengenai borang dan dokumen yang perlu disediakan semasa pendaftaran yang akan berlangsung sebulan dari tarikh aku keluar dari UITM. 

Semasa sampai di IPG, aku sedikit pon tidak berasa seronok. Haruslah berbeza struktur binaan IPG dan UITM. Betapa cantik dan canggih design bangunan UITM jila nak dibandingkan IPG Tuanku Bainu yang telah beroperasi sejak 1994.

Setelah selesai urusan, perjalanan balik diteruskan. Aku masih menangis dan diam seribu bahasa di dalam kereta sambil melihat luar. Tak tahu apa yang dilihat. Pandangan kosong tetapi fikiran penuh dengan kebencian. Tangisan semakin reda tapi hati rasa nak menjerit-jerit. "Along tak nak jadi cikgu!".

Sebulan di rumah sementara menunggu pendaftaran IPG sememangnya sangat menyeksakan. Sedih sangat bila diingat. Betapa derhakanya aku sebagai seorang anak. Kononnya terpaling tersakiti. Sebulan tu juga aku kurungkan diri di dalam bilik dan tak bercakap dengan mak abah. Tapi bila lapar tetap ke dapur untuk makan. Kelakar. 

Wednesday, 12 March 2025

Aku Seorang Guru

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Di pagi 11 Ramadan 1446H, terdetik pula nak update blog ni. Last update ialah pada 2016 ya. Dah tak ingat pakai email yang mana masa aktif ber-blogging dulu. After few recovery akhirnya dapat masuk dan alhamdulillah boleh menulis. 

Untuk memulakan penulisan, aku share satu karangan yang aku pernah buat dulu. Karangan ini dibuat sempena untuk menghantar satu penyertaan pertandingan guru something something which aku pon dah lupa. Ada dapat email daripada pihak penganjur untuk hantar penyertaan tapi disebabkan kekangan masa dan kitanya tak rajin nak menaip panjang panjang. Terus terhenti dan tersimpan lah karangan ni dalam hard disk. Bila baca balik teruknya penulisan dulu walhal baru tiga tahun lepas. Karangan ni memang raw tanpa sebarang edit. Siap guna "saya" lagi. 

"Dibesarkan oleh ayah yang bekerja sebagai seorang guru, sejujurnya kerjaya guru bukanlah pilihan pertama saya. Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2007, saya berjaya melanjutkan pengajian di UITM Permatang Pauh dalam bidang Civil Engineering. Namun saya hanya sempat mengikuti minggu orientasi di UITM selama 4 hari sahaja setelah mendapat panggilan kemasukan ke IPG Kampus Tuanku Bainun mengikuti opsyen Pendidikan Jasmani selama 5 tahun setengah. Memasuki IPG bukanlah atas kerelaan sendiri tetapi atas permintaan dan rayuan ibu bapa saya. Saya menolak dan menangis semahunya tetapi atas takdir dan keberkatan mendengar kata ibu bapa, kini saya sudah berkhidmat sebagai seorang Guru Pendidikan Khas selama 8 tahun dan sedang menunggu proses kenaikan pangkat daripada DG 41 ke DG 44. Siapa juga sangka, 5 tahun setengah di IPG mengikuti opsyen Pendidikan Jasmani aliran perdana tetapi saya telah di-posting-kan dalam Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI) sehingga kini. Pada awalnya satu kejutan yang besar buat saya untuk berada dalam kalangan kanak-kanak istimewa atau Murid Berkeperluan Pendidikan Khas(MBPK). Saya tidak tahu untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, tiada kepuasan yang berjaya dicapai dan sentiasa berteka teki adakah saya patut dan layak untuk kekal mengajar MBPK.

Berbekalkan semangat untuk mencari keberkatan dan melihat perkembangan murid, saya mula menyediakan diri dengan banyak membaca, mengikuti kursus-kursus yang berkaitan, menyertai pelbagai program anjuran PPD, JPN dan BPK sehingga akhirnya kini yakin saya katakan saya sudah jatuh cinta dengan MBPK dan sentiasa berpendirian agar MBPK mendapat pengiktirafan, kemudahan dan peluang yang setaraf dengan murid aliran perdana. 

8 tahun di perantauan, sekolah pertama sya berkhidmat ialah Sekolah Kebangsaan Durian Tawar, Bera Pahang seterusnya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, Bera, Pahang dan kini saya telah berjaya dalam permohonon eg-tukar dan telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru."

Sepatutnya ada sambungan. Tapi tu lah seperti alasan yang telah dinyatakan di atas. Sampai situ je lah karangannya.

Fuh! bila baca ni tak sangka dah 11 tahun bergelar pendidik dan siapa sangka "Rahsia Tuhan". Aku kini bukan seorang guru tetapi seorang pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia mendapat tajaan CBBPDB di bawah program HLP. Semoga Naim Zul yang dulu konon-kononnya Naim Iman rajin menulis. Banyak sangat kisah menarik sebagai seorang pendidik untuk dikongsi. Seiring dengan usia, aku juga kerap lupa. Kita coretkan di sini untuk dibaca lalu cringe di usia senja nanti sekiranya berumur panjang. InsyaaAllah. 


Wednesday, 27 April 2016

Tips Penjagaan Retainer

Assalamualaikum wbt

entry ni aku dah peram berapa lama aku pon tak tahu dan aku pon dah lama gilaaaa dah buka braces aku. malam ni terasa macam nak update blog. here we go. ada few sentences yang aku edit dan tambah. tolong gelak sebab ayat-ayat di bawah adalah semasa aku berumur 23 tahun and now i am 26. jom gelak beramai-ramai.


                                        ....................................................................................


dalam entry-enty yang lalu. aku ada beritahu kan sekarang aku adalah pemakai retainer since my braces dah dibuka beberapa bulan yang lalu (tak ingat berapa bulan). sesudah beberapa bulan ni. aku dapati penjagaan retainer agak sukar memandangkan retainer yang aku pakai berbentuk plastik dan besi like i told u before. refer to this ENTRY. kebersihan juga perlu diutamakan kerana waktu siang mulut kita aktif gila, makan itu makan ini, kunyah itu kunyah ini dan kalau tak makan malam maybe kau akan minum air susu. lepastu air susu manis. malas gosok gigi. laputan gula melekat di sekeliling gigi. bahaya! let me tell you macam mana penjagaan retainer yang baik mengikut tunjuk ajar nurse and based on my experience.

berus gigi sebelum pasang
ini penting kawan. mengikut waktu kau pakai retainer. kalau aku. aku akan pakai waktu tidur sebab ramai orang cakap waktu tidur lah gigi kita bergerak. macam biasa (cara aku) akan berus gigi sebelum tidur sebab kita tahu waktu tidur lah mulut kita berehat dariada melakukan sebarang aktiviti. waktu-waktu lain bakteria tak dapat nak membiak sebab nulut asyik bergerak je. tak dapat dia bekerja dengan senang. masa waktu tidur sah-sah lah mulut kita akan tertutup. menganga. depends on how you sleep but for sure mulut akan berehat dan waktu itulah bakteria bermaharajarela. kaitan? 

pasang secara perlahan-lahan dan buka juga perlahan
demi menjaga keberadaan retainer yang super sensitif kau kena lah pakai dan buka braces perlahan-lahan. kalau patah or rosak menangis nak beli yang baru oi. dekat kerajaan you can get it like rm100. tapi kalau dekat swasta berlecak ketiak nak cari duit beli retainer yang baru. so pasanglah braces anda perlahan-lahan dan bukalah dengan berhati-hati.

rendam dalam air paip sahaja
macam aku seorang yang penjimat(kedekut mungkin juga). aku akan rendam braces dalam bekas yang berisi air paip sahaja. tak gigih nak beli segala jenis cecair yang mematikan bacteria bagai. mungkin sebulan sekali atau setahun sekali aku akan rendam air listerin. konon-konon macam mematikan bacteria. aku pon tak ingat last time aku buat benda alah ni.

berus apabila dirasakan kotor
yup. berus retainer anda bila korang rasa dah berkeladak juga berbau jamban. berus guna berus gigi yang kau dah nak buang(tips jimat dan kedekut). well. recycle lah beb dari membazir. berus juga secara lembut ya. tak memasal patah pula braces kau.

jangan letak merata. baik pakai kalau takut patah atau rosak.
last but not least. jangan letak merata your braces. jaga lah dik. duit tu. macam aku memang sebelah sinki lah tempat dia. lepas bangun tidur. cuci dan letak dalam bekas yang aku letak sebelah sinki. lepas tu mak kau muntah masa nak potong ayam dekat sinki sebab nampak macam gigi palsu. aku selalu juga menghadapi masalah hilang braces sebab mak selalu alih dekat tempat lain. geli katanya tengok retainer masa dekat sinki.

Saturday, 26 July 2014

Dah Julai Dah Weyh!

Assalamualaikum wbt

sedih baca last post which is on Januari. sekarang dah bulan apa ni? dah bulan Julai oi. lagi 2 hari nak raya tahu. itu kau kata "this blog REFRESH"?

memang banyak gila nak share memandangkan it has been 6 months tak update. ada juga buka blog ni kadang-kadang(sebulan sekali). buka tengok comment. tengok stat. baca entry lepas-lepas. sengih sorang-sorang. malas nak buat new entry. lepastu tutup. tiba-tiba lately rasa macam terpanggil-panggil(wah) nak update blog. seru mai balik orang cakap. tahun ni memang berbeza sangat. I am no longer a student but a teacher. insyaAllah will be a great teacher(amin). nanti aku cerita lebih lanjut. memikirkan pasal budak-budak(anak murid) memang panjang berjela aku nak share but will do next time.

tak tahu nak tulis apa lagi? too much to share katanya. puas perah otak nak mulakan penulisan. serious aku macam blur gila nak type apa. slow-slow lah mula balik walaupun macam hebat sangat penulisan dulu-dulu.

well. dihujung ramadhan ni macam biasa. semua orang akan berazam yang baik-baik since dalam bulan ramadhan kau dah bersungguh-sungguh buat amal(kunun). as for me. aku tak minta banyak. aku harap aku boleh menjadi insan yang lebih baik dan banyak melakukan kebaikan kepada orang lain.

selamat berpuasa all :0

Thursday, 16 January 2014

Hello 2014!

dah 16 haribulan Januari 2014.hello 2014! we still in January.too much to share.this blog refresh :D